TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 12 November 2010

Al-Fatihah Untuk Guruku Pak Lon Bin Chin

Assalamu'alaikum,

Di hari Jumaat ini, hamba teringatkan salah seorang guruku, yg kupanggil dengan nama Pak Lon, nama sebenarnya Lon Bin Chin...


Kisah pertemuan dengan PakLon merupakan satu kisah yang unik dan tersendiri.   Dalam bulan Ogos 1992, hamba terlibat dengan satu ekspedisi kayak sejauh 180 km, dari Jeniang, Sik, Kedah ke Alor Setar, Kedah.  XPDC ini anjuran Kelab Kenu di sebuah IPTA yang hamba sedang belajar ketika itu.  Ekspedisi berkayak ini berjalan selama seminggu dan habis kulit kami para peserta XPDC menjadi hitam kerana dibakar panas sang matahari.

Salah satu perhentian bermalam adalah Pantai Merdeka. Selepas bermalam di Pantai Merdeka, kami pun masuk laut dan bertolak ke Pantai Murni. Nak jadi cerita, nelayan di Pantai Murni dan sekitaran dah seminggu tak turun laut sebab laut bergelora. Dan depa hairan kami sanggup meredah laut bergelora   dengan naik kayak pulak tu...Jadi kami pun bertolak dari Pantai Merdeka menuju Pantai Murni, mengiringi pantai.  Dalam perjalanan itu, laut memang bergelora, ombak pun dalam 6-9 kaki tinggi, hamba pun tak pernah berkayak dalam laut dengan ombak setinggi itu.  Dengan keadaan kelam-kabut, rombongan XPDC terpisah-pisah, hamba antara kelompok depan dan ada yang termasuk kelompok belakang. Akhirnya kami selamat sampai ke Pantai Murni juga dengan tempoh masa yang tak sama. Rupa-rupanya ada kayak yang terbalik dalam perjalanan hari itu. Kayak kawan ni/mereka terbalik dan lama juga terapung-apung sebelum bot penyelamat, datang, yakni bot yang berada di belakang sekali dan bawa beg para peserta sampai. Dalam kayak terbalik dan terapung-apung itu, mereka sempat berenang ke satu tanjung. Peserta lelaki yang kayak terbalik ini memberitahu peserta bahawa ada seorang tua di Tanjung tu, lupa nama tanjung, tinggal seorang diri.  Orang tua inilah yang memberi mereka makan dan lain-lain.  Itu cerita tahun 1992. Takat tu saja cerita 1992 tu. Cuma alhamdulillah kami semua selamat sampai ke Ampang Jajar, Alor Setar dan dah bertukar bangsa jadi orang Afrika. he3. 


Pada tahun 200?, hamba mendapat petunjuk Allah untuk mencari orang tua tersebut, orang tua yang tinggal seorang diri di Tanjung ??? tu. Jadil hamba rujuklah petunjuk tersebut kepada salah seorang guru utama, hamba dan guru utama ini menyuruh hamba menjalankan perintah, yakni mengikut apa petunjuk Allah Taala yang hamba terima. Kata guru utama, orang tua ini adalah seorang yang amat hampir dengan Allah Taala. Dalam masa yang sama beberapa petunjuk lain sampai tentang hamba pergi berguru dengan seseorang di kaki Gunung Jerai.

Dalam salah satu cuti Aidil Fitri, hamba mengambil kesempatan untuk mencari orang tua ini. 'Clue' yang ada hanyalah seorang tua yang tinggal seorang diri di satu Tanjung antara Tanjung Dawai (yang terletak bertentangan dengan Pantai Merdeka) dengan Yan (di mana terletaknya Pantai Murni).  Maka, hamba sekeluarga pun keluarlah dari rumah di kampung dan menuju ke Tanjung Dawai dengan doa kepada Allah Taala, moga-moga dipermudahkan Allah Taala untuk melaksanakan perintah guru utama ini.  Sampai saja Tanjung Dawai, hamba tergerak untuk menuju ke Kompleks Niaga, sebuah kompleks membeli-belah barang-barang keluaran Tanjung Dawai seperti ikan bilis, ikan kering dan lain-lain. Sampai di kompleks ini, tergerak untuk naik ke tingkat atas, sampai tingkat atas, tergerak untuk ke satu gerai. Maka hamba pun bertanyakan kepada penjual di gerai ini, seorang lelaki, tentang satu tanjung antara Tanjung Dawai dan Yan. Antara nama tanjung yang hamba tanyakan adalah Tanjung Maut, Tanjung ??? dan lain-lain.

Dengan izin Allah, lelaki ini berkata pada hamba, yang ada Tanjung Jaga, dan bertanya hamba sama ada kami mencari orang yang boleh ubat sikit2, yang pandai sikit2 bab perubatan, macam bomoh la katanya.  Hamba pun kata boleh jadi cuma hamba mencari seorang tua yang tinggal berseorangan di satu tanjung. Dan lelaki ini memberitahu memang ada seorang tua yang tinggal di Tanjung Jaga. Alhamdulillah beliau memberi petua bagaimana mahu ke situ dari Tanjung Jaga.


Selepas mengucapkan terima kasih dan membeli apa yang patut, kami pun keluar dari situ dan menuju ke Tanjung Jaga. Di pertengahan jalan, berhenti sekejap untuk solat Zohor di sebuah masjid lama. Di atas jalan menuju Yan, di 'Gon' tertinggi, kami pun berhenti untuk mencari sebuah lorong di sebelah kiri. Alhamdulillah, berjumpa dengan lorong tersebut dan bawa kereta sampai ke pertengahan jalan/lorong yang kecil itu. Hamba pun pergi ke sebuah rumah di situ dan selepas memberi salam bertanyakan pakcik di situ sama ada beliau orang yang menjamu kawan-kawan yang kayak terbalik tahun 1992 dulu. Beliau mengiyakan dan hamba pun pergi panggil anak-isteri di kereta untuk masuk ke dalam rumah pakcik tersebut.

Ramai juga orang yang datang. Dah dekat musim periksa, ramai yang minta air penerang hati. Ada juga anak angkat beliau dari Pulau Pinang. Sembang dengan salah seorang anak angkat beliau yang jumlahnya memang ramai, berpuluh juga, maka dapat koreklah sikit-sikit tentang Pakcik ni dan ilmunya.  Setelah habis urusan beliau dengan orang yang datang berubat/minta air, maka beliau pun bersembang dengan kami.  Kat orang lain beliau beritahu yang kedatangan kami ini tak bawa apa-apa tujuan, maksud beliau bukan untuk datang berubat, minta apa-apa hajat, hamba tersenyum. Dalam hati, hamba berkata tepat kata Pakcik ni, kami datang kerana Allah, atas petunjuk Allah, itu saja. Pakcik yang kemudian menjadi guruku ini memberitahu namanya adalah Lon Bin Chin, orang panggil Pak Lon saja. Peringatan PakLon pada hamba dan isteri adalah mengenai anak sulong. Katanya anak ini hati kering, kalau dia nak buat sesuatu, dia akan buat saja. Dah lama anak ini minta basikal, jadi Pak Lon minta kami tunaikan hajat anak itu yang tertangguh-tangguh. Katanya ini bukan dari beliau, hamba dan isteri pun faham.  Lepas itu, apabila balik ke rumah kami, hajat anak ini pun ditunaikan.


PakLon ini caranya melayan orang mengikut kehendak dan kesesuaian orang tersebut.  Ada orang yang beliau tidak ubat sebab katanya kafarah dari Allah, beliau tidak diberi izin Allah untuk bantu. Ada anak muridnya yang dibekalkan dengan ilmu persilatan, ada yang dibekalkan dengan ilmu hikmah dan macam-macam ilmu beliau ada, cuma beliau sendiri tidak menggunakan ilmunya yang ada untuk kesenangan dirinya. Sekadar cukup untuk hidup sahaja. Beliau bercerita bahawa berbelas-belas tahun juga beliau beruzlah seorang diri di Tanjung Jaga tu, sebelum bina rumah dan bawa anak dan isteri beliau menetap di situ.

Sebelum mohon diri untuk perjumpaan kali pertama itu, hamba pohonkan doa untuk kami sekeluarga. Beliau mendoakan dan sempat juga 'memasukkan Nur' pada anak sulung hamba. Hamba mohon satu ilmu sebagai tanda ikatan sebagai anak murid dan diminta hamba membetulkan sesuatu sebelum datang semula.

Beberapa bulan kemudian, apabila balik kampung, kami sekeluarga sempat mencari masa untuk bertemu beliau dan diberinya satu ilmu yang hamba diminta betulkan sesuatu sebelum itu. Alhamdulillah, jadi juga anak murid PakLon.  Kekadang, memang hamba dan isteri suka ziarah orang semacam PakLon. Kehidupan mereka seperti orang kampung lain, tidak sombong, dan kita mudah mesra apabila bersama mereka.  Alhamdulillah, sebelum berangkat ke luar negara pada tahun 2006, kami sekeluarga sempat menziarahi dan menimba ilmu dari beliau di Tanjung Jaga beberapa kali.


Balik dari luar negara pada Julai 2010, semasa cuti Aidil Fitri, hamba sekeluarga ke Yan mencari beliau berdasarkan petua seorang sahabat yang diperintahkan bertemu beliau melalui petua hamba. Kata sahabat hamba, PakLon dah pindah ke Yan, ke sebuah kampung berhampiran Pekan Yan.  Dalam kegelapan malam selepas ziarah PakSu Hamid di Daerah Padang Terap, kami pun mencari kampung ini. Di satu simpang masuk kampung di Yan ,sempat bertanyakan seorang pakcik yang 'lepak2' di situ tentang PakLon. Pakcik ni kata Paklon dah meninggal dunia kira-kira setahun yang lalu.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Terasa begitu sebak di hati, tiga tahun lebih tidak bertemu, akhirnya menerima berita pemergian sang guru. Rasa terkilan sebab banyak lagi yang ingin hamba dalami dengan sang guru. PakLon, guru hamba yang keenam dalam hamba berjalan di atas jalan ketuhanan, seorang orang tua biasa, lebih dikenali sebagai 'tok bomoh' daripada seorang sufi walaupun hidupnya sebenar di atas jalan sufi berdasarkan 'cara hidupnya yang tiada dunia'.  Beliau hamba ibaratkan seorang yang dilindungi rahsia dirinya daripada dikenali oleh orang ramai akan dirinya yang sebenar. Hatta tidak semua anak angkatnya mengenali siapa dirinya yang sebenar disisi Allah.

Namun, hamba redha atas pemergiannya, hamba yakin PakLon berbahagia di sana. Al-Fatihah  untuk  guruku yang kukasihi Allahyarham Pak Lon Bin Chin.  Al-Fatihah.



1 ulasan: