TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 8 November 2010

Mencari Ulamak Sebenar

Masih lagi dengan tulisan di Bicara Sufi...


Ulamak itu bukan dilihat pada ketinggian, kehebatan ilmunya sahaja, tetapi kezahiran akhlak yg terpuji. Akhlak yg terpuji dapat dizahirkan jika kita dapat membuang sifat2 munafik yg bersarang dalam diri. Bukanlah ulamak pewaris nabi bagi mereka yg masih memiliki sifat2 munafik.


Seorg ulamak itu dikagumi, dihormati dan disegani kerana ilmunya bukan utk dunia tapi utk mendekatkan manusia dgn ALLAH, utk membolehkan manusia mencari keredhaan ALLAH, utk membolehkan manusia merendah diri kpd ALLAH, utk membolehkan manusia mengenal & mencintai ALLAH, & beliau tidak sombong & angkuh, tidak berbangga2... dgn apa saja kebolehannya & pencapaiannya kerana sifat2 terkeji itu sifat2 iblis & syaitan.


ulamak yg benar mungkin ulamak kerajaan, mungkin ulamak pembangkang, mungkin ulamak tidak berparti, yang pasti ulamak sebenar adalah ulamak yg benar disisi ALLAH. Belajarlah dengan ulamak yg benar disisi ALLAH tak kira siapa mereka pada zahirnya...

Hendak mengaji agama, mengajilah dengan ulamak, tetapi ulamak yg macam mana? Ulamak yg menjadi pewaris Nabi. Ulamak pewaris Nabi adalah ulamak yg sebenar yg juga merupakan ulamak yg benar sisi ALLAH. Ulamak sebenar tidak takut dengan manusia dan makhluk tapi hanya takut kepada ALLAH. Maknanya berserah diri dan taqwa mereka itu hanya kepada ALLAH. Mereka tidak takutkan manusia walaupun menerima pelbagai ugutan, cacian, kutukan, hinaan dan lain2. Mereka tidak takut dipenjara kerana Nabi Yusuf AS juga dipenjara dan kekadang berada dalam penjara itu peluang untuk mereka mendekatkan diri lagi dengan ALLAH. Mereka tidak takut kepada makhluk kerana usaha ikhtiar makhluk adalah dengan izin ALLAH jua.



Mereka tidak cinta dengan dunia dan isinya tetapi hanya mencintai ALLAH dan Rasul. Dunia itu tidak ditinggalkan langsung, tetapi mengambilnya barang mana yg patut. Dunia itu bukan di dalam hati mereka, tetapi hanya di genggaman tangan mereka. Bila perlu pakai, pakai, bila perlu guna, guna, bila perlu buang, buang. Dalam hati mereka hanya ALLAH dan Rasul. Mereka mencintai ALLAH, sentiasa ingatkan ALLAH, tatkala duduk, berdiri, berjalan, makan, mereka ingatkan ALLAH, dalam nafas keluar masuk mereka ingatkan ALLAH, hatta walau ketika tidur mereka mengingati ALLAH. Melihat pemandangan yg cantik, mereka ingatkan ALLAH Taala maha cantik, melihat keteraturan sistem alam, mereka tahu ALLAH Taala maha hebat pengaturannya. Mereka melihat 'nama-nama Alah' dan 'perbuatan ALLAH dalam kehidupan mereka. Akan ketelitian dan renungan mereka akan alam dan kehidupan menjadikan mereka semakin tawaduk, maha hebat ALLAH, Tuhan sekalian alam. Mereka tidak takutkan kematian kerana kematian itu adalah jalan kembali kepada Tuhan, suatu yg amat mereka rindui dan tunggu2.


Mereka mencintai Rasulullah SAW. Kecintaan mereka kepada Rasulullah melebihi kecintaan mereka pada isteri dan anak2. Membaca sejarah dan kisah Rasululullah dan para Rasul menginsafkan mereka, kesedihan Rasulullah menjadi kesedihan mereka, kegembiraan Rasulullah adalah kegembiraan mereka. Mereka sedih dan menangis atas kisah2 duka RSAW dan gembira dan suka dalam kisah ceria baginda. Percakapan, pemikiran, kelakuan dan perbuatan Rasululullah adalah ikutan mereka. Mereka banyak berselawat ke atas Rasulullah hatta ALLAH juga berselawat ke atas Rasul-Nya. Kasih-sayang mereka ke atas Rasulullah adalah sebagaimana kasih-sayang Saidina Abu Bakar RA ke atas RSAW. Dari itulah, mereka akan bangkit jika ada golongan yg mempersendakan perbuatan, tindakan, perkataan RSAW. Mereka tahu RSAW bukan Tuhan , tetapi bagindalah sebaik2 makhluk, sebaik2 teladan, semulia2 insan.


Ulamak sebenar hanya menginginkan keredhaan ALLAH Taala, itu sahaja matlamat mereka dalam hidup yg fana ini, tidak lebih dari itu. Kerana mereka tahu keredhaan ALLAH Taala itu tak dapat nak dinilai dengan segala isi kandungan alam ini, terlalu besar nilainya sehingga tidak dapat dikatakan, dikiaskan nilainya. Mencari keredhaan ALLAH Taala itu dalam semua aspek kehidupan, bukan dalam aspek ibadah khusus sahaja. Mereke menginginkan keredhaan ALLAH taala dalam bersolat, dalam berumahtangga, dalam mencari sesuap rezeki, dalam bermuamalat, dalam menjatuhkan hukuman dan mereka melihat kesesuaian segala perbuatan dan kelakuan mereka itu dalam mendapatkan redha-NYA.


Dalam dunia penuh fitnah ini, sukar membezakan antara ulamak dunia dengan ulamak sebenar. Apa yg boleh kita lakukan? Pasti garis panduannya adalah Al-Quran, yakni Kalam ALLAH dan Sunnah Rasul. Namun ulamak dunia juga menguasai Kitabullah dan Al-Hadis, bahkan sarjana Barat, ilmuan Kristian, cendekiawan Yahudi juga 'memahami dan menguasai' ilmu2 ini. Ulamak dunia juga petah berkata2 dan berkata2, berpidato dan menulis bicara bersandarkan Al-Quran dan al-Hadis. Lihatlah dan perhatilah peribadinya. Bagaimana dengan kepatuhannya kepada hukum syarak, serius, sambil lewa, suka2, ikut suka? Bagaimana dengan akhlaknya? Bila dikatakan akhlak, kaitkan dengan kelakuannya, percakapannya, tutur-katanya, budi-bahasanya. Adakah ia mempamerkan contoh2 dan teladan dari akhlak RSAW? Adakah ia menzahirkan sifat2 org fasik, munafik dan lain2 sifat terkeji. Manusia mungkin boleh 'berlakon', menghilangkan sementara sifat2 munafik dan terkeji yg berakar umbi di dalam hati dan zahir keluar dari dalam diri, tapi ia tidak akan selama2nya berupaya berlakon di atas pentas dunia ini.

Dal hal inilah, Islam mempunyai adab2nya. Berbeza dan berlainan pendapat ada adabnya, menghukum ada kaedahnya, menegur ada caranya, mengkritik dalam penulisan ada adab dan tatasusilanya, tidak bersetuju dengan sesuatu lihat konteksnya dan cara menyelesaikannya. Disitulah adab, tatasusila dan 'akhlak' dalam berbicara, berkata2, menulis dan membuahkan isi di minda dalam tamadun Islam memungkinkan Islam menjadi cemerlang, gemilang dan bergemerlapan suatu ketika dahulu. Tidak sama kaedah kita/Islam dengan kaedah, cara mereka di Barat dan mereka yg bukan Islam. Apatah lagi jauh berbeza kita dengan meeka kerana 'niat apabila hendak berbuat sesuatu' itu juga diambilkira dan dinilai oleh-NYA, bukan yg terzahir sahaja. Bukan ulamak sebenar mencari kemenangan dunia, mencari sokongan para pengikut, mengumpulkan ramai peminat tetapi ulamak sebenar itu mencari kebenaran di sisi ALLAH Taala, mencari keredhaan ALLAH dalam apa sahaja isi dan perkara bicara.


Akhir kata, ku seru mereka yg mencari guru dan ulamak untuk berguru, kosongkan minda, buangkan segala prasangka, bersihkan diri, sucikan hati, betulkan niat iaitu untuk mencari dan belajar dengan guru/ulamak yg sebenar, guru/ulamak yg diredhai ALLAH, banyakkanlah munajat kepada Tuhan Yang Esa, acap dan kerap kalilah bersolat hajat kepada Raja Segala Raja, Sang Pencipta Rasa, mohon diketemukan, mohon dapat belajar dan berguru dengan ulamak yg sebenar, ulamak yg diredhai ALLAH yg dapat mengajarkan ilmu, membuka jalan hidup kita, kehidupan kita, keluarga kita, menunjuki dan berjalan di atas jalan yg lurus, iaitu jalan yg diredhai ALLAH, bukan jalan yg dimurkai dan bukan jalan org2 yg sesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan