TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 20 Disember 2010

Apa Yang Anda Cari?

Salam,
Dalam banyak2 org beramal, tidak ramai yg sampai di Awaluddin Makrifatullah....Dlm tidak ramai yang sampai di Awaluddin Makrifatullah, ramai yg berhenti setakat Awaluddin Makrifatullah, hanya sedikit benar yg terus berjalan menuju Akhiruddin Dinullah...ramai ahli tariqat yang sampai ke perhentian Awaluddin Makrifatullah berhenti di situ, bukan hamba yang kata, tapi itulah kenyatannya. Sedangkan mereka yang berjalan di atas jalan ketuhanan yang hakiki akan terus berjalan menuju Akhiruddin Dinullah...

Dan dalam tariqat yang muktabar atau jalan yang benar disisi Allah itu yang dipimpin oleh guru mursyid yang murabbi, maka hendaklah perjalanan si salik itu bukanlah setakat Awaluddin Makrifatullah semata-mata. Guru mursyid yang murabbi adalah guru mursyid yang sudah sampai ke Akhiruddin Dinullah, sudah arif selok-belok perjalanan dari perhentian Awaluddin Makrifatullah sehingga ke Akhiruddin Dinullah, berupaya ia membimbing anak-muridnya dari segi ilmu dan amal akan perjalanan dari diri sendiri sehingga ke Awaluddin Makrifatullah dan sehingga ke Akhiruddin Dinullah, berpengalaman ia membantu dan menyelesaikan masalah-masalah anak muridnya dalam perhentian-perhentian antara stesen ini.  

Dan akan perjalanan diri menuju ke Awaluddin Makrifatullah itulah perjalanan nafsu dari Ammarah/Lawamah sehingga nafsu Mutmainnah/awal Radhiah dan perjalanan dari Awaluddin Makrifatullah menuju ke Akhiruddin Dinullah itulah dari awal Nafsu Radhiah sehingga Nafsu Kamaliah.  

Dan betapa ramai ahli tariqat dan para suluk yang memiliki 1001 kehendak diri dalam perjalanan ia menuju Allah. Dari kehendak-kehendak syariat seperti pahala, syurga dan ganjaran kepada kehendak kepada rahmat dan anugerah-NYA seperti ilmu laduni, terbuka hijab/kasyaf (ilmu mukasyafah) dan kehendak kepada kelebihan-kelebihan seperti hikmah-hikmah dan natijah amalan. Sedangkan ini semua walaupun merupakan tingkatan darjat seseorang dalam menuju Allah masih merupakan hijab, masih merupakan suatu yang berkaitan dengan sifat baharu dan juga pendinding seseorang dengan Allah.  

Maka berpesanlah para guruku yang dirahmati Allah, maka berpesanlah para masyaikh, bukan mukasyafah yang kamu cari, bukan kelebihan yang kamu cari, bukan anugerah yang kamu cari, bukan kebolehan mengubat yang kamu cari, bukan ilmu setinggi tujuh petala langit yang kamu cari, bukan ilmu seluas tujuh lautan yang kamu cari, bukan sanjungan dan pujian sebumi manusia yang kamu cari, bukan segala yang baharu yang kamu cari, carilah DIA yang kekal abadi.....

Buangkan kehendak dirimu, matikan dirimu sebenar2 mati, yg kamu berkehendak hanyalah DIA, bukan ilmu-Nya, bukan anugerah-Nya, bukan hebatnya berguru dengan barang siapa, bukan tersingkap hijab dan kasyaf, bukan kelebihan dan kebolehan, bukan hikmah dan kekeramatan, bukan segala yg baharu, hanya DIA yg kekal abadi...

 

Biarlah dirimu itu tidak dikenali manusia, biarlah dirimu itu tidak punya apa2 kelebihan, biarlah dirimu itu kelihatan begitu hina dan dina, biarlah dirimu itu tidak dipedulikan manusia, biarlah dirimu itu dikatakan bodoh dan jahil belaka, kesampingkan tujuan mukasyafah yang menghijabkan sebahagian besar manusia yang berjalan menuju Tuhan, kesampingkan anugerah dan kelebihan yang seringkali melalaikan jua, biarlah dirimu itu dikatakan apa sahaja, asalkan niatmu dan jalanmu itu benar, moga-moga, dengan izin-NYA, dengan redha-DIA...moga-moga berjaya...


Carilah DIA yang kekal abadi, bersamalah DIA dalam setiap hembusan nafas yang keluar, dalam setiap sedutan nafas yang masuk, dalam setiap saat dan ketika, dalam setiap suka dan duka, dalam setiap tujuan dan magfirah, dalam setiap kelakuan dan perbuatan...sesungguhnya kedapatan dan keberolehan akan DIA itu tiada dapat dikata, tiada dapat ditimbangtara, tidak dapat ....

 

Jadilah dirimu Insan Rabbani, insan berjiwa ketuhanan, sebenar-benar insan, sebenar-benar jalan ketuhanan...

Wassalam.


2 ulasan:

  1. alhamdulillah...ana dpt ambik pengajaran dari pengalaman tuan...semuga allah merahmati tuan ...

    BalasPadam
  2. Amiiin...semoga Allah merahmati tuan hamba dan hamba-hamba-NYA...

    BalasPadam