TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 8 Disember 2010

Suatu Ketika Dahulu...Bermulanya Sebuah Perjalanan Bersendirian

Assalamu'alaikum,

Moga ada redha-NYA untuk menceritakan hal ini. Gerak hatiku yang kuat mengukuhkan rasa dan perasaan bahawa aku perlu mencoretkannya, walau aku belum tahu akan manfaatnya, apa penghujungnya, sama ada suka atau duka, moga-moga ia bermanfaat untuk anak-anakku, atau mereka yang hampir dengan Aku dan keluargaku. Semoga di kala aku masih bertenaga menulis dan punya ruang masa dan kelapangan ini, coretan-coretan ini akan membuahkan sesuatu apabila tiba waktunya.


Selepas arwah mursyid meninggalkan kami pada tahun 2002, jemaahnya yang kecil dan masih 'huru-hara', pasti seperi anak ayam kehilangan ibu. Ramai ahli yang baru yang tersungkur di awal dan pertengahan jalan, dan masih kedapatan anak-anak muridnya yang masih berpegangan tangan, bersama-sama berjalan di atas jalan yang dirintis olehnya, yang diterangkan kembali oleh-NYA.  Dari empat khalifah yang diwariskannya untuk 'menjaga jemaah', seorang dijauhkan sementara oleh Allah Taala, tinggallah bertiga khalifah yang ada. Dari tiga khalifah yang ada, akhirnya seorang 'diambil kembali' oleh-NYA amanah-NYA, maka tinggallah dua khalifah untuk menjaga dan memelihara jemaah, mengamalkan jalan yang dibuka kepadanya oleh-NYA, mengumpulkan kekuatan, memerah semangat untuk kembali berjuang.


Dari jemaah yang mula-mulanya agak ramai, akhirnya bilangannya mengecil dan tinggal sedikit. Benar kata seorang Masyaikh, akan ada tapisan demi tapisan.  Namun kedatangan seseorang membawa rahmat Allah yang tersendiri ke dalam jemaah.  Rahmat yang diasbabkan Allah Taala kepadanya membuka 1001 rahmat kepada jemaah. Pintu rahmat-Nya dan ilmu-Nya terbuka luas, maka majlis bulanan menjadi semakin 'meriah' dan berkesan.  Kedatangan majlis ditunggu-tunggu, sanggup bercuti sehari-dua untuk bersama majlis. Dalam 1001 rahmat yang dibuka oleh-Nya, terkandung 1001 ujian yang tidak disangka-sangka. Ilmu, hikmah, kelebihan, membuatkan kita lupa kepada siapa kita....Akan ada ahli yang mula lupa akan asal-usul perjalanan, dari mana kita berjalan, ke mana hendak kita berjalan.   Namun aku masih seperti aku, bersama tetapi memerhati dengan penuh teliti selagi tiada petunjuk yang jelas dari-Nya.


Dalam pada perhatian dan kasih-sayang yang aku semai dan berikan pada jemaah tiada tolok-bandingnya, aku dan isteri diberikan satu ujian mudah tetapi amat besar dari-Nya.  Pada aku ketika itu,  perjuangan jemaah adalah perjuangan aku, masalah jemaah adalah masalah aku, ujian jemaah adalah ujian aku, anak jemaah adalah anak aku. Setakat berulang-alik ke rumah jemaah menyelesaikan masalah, setakat mendengar keluhan dan rintihan mereka adalah tegal biasa bagiku. Bermalaman di rumah mereka, berkongsi suka-duka dan cerita mereka, membuka jalan penyelesaian adalah lumrah bagiku. Setakat menghabiskan sedikit wang untuk mereka adalah biasa bagiku. Berbelanja atas mereka adalah rezeki yang Allah lebihkan atas diriku untuk mereka, bukan kepunyaanku untuk diriku.


Ke mana aku sekeluarga pergi dan lawati, buah tangan, coretan dan 'rujukan' untuk mereka tidak aku tinggalkan. Pendeknya, kasih-sayang aku pada mereka adalah setakuk kecil di bawah kasih-sayang aku pada anak-isteriku. Belum sempurna iman aku kerana belum dapat mengasihi mereka sebagaimana aku mengasihi diriku sendiri. Belum sempurna iman aku kerana belum dapat mencintai Allah dan Rasul melebihi kecintaan diriku pada diriku dan anak-isteriku.

Pabila tiba masa dan ketikanya, bertemu janji dan waktunya, maka aku sekeluarga diminta pilih, antara DIA dan jemaah, mana yang aku pilih. Jawapannya sudah ada, tetapi aku tetap meminta tempoh 3 hari. Maka diberikan jawapan oleh Aku dan isteri kepada ....Maka apabila tiba majlis yang ditunggu-tunggu, maka bermufaraqahlah secara rasmi akan daku, isteri dan anak-anakku dengan jemaahku.......Maka bermulalah sebuah perjalanan bersendirian yang tiada tahu penghujungnya ....bermulalah uzlah untuk aku sekeluarga, tiada lagi sembang mingguan, tiada lagi majlis bulanan, tiada lagi ekspedisi tahunan, tiada lagi ziarah berombongan, tiada lagi kedengaran rintihan dan permasalahan, tiada lagi urusan mereka untuk daku dan isteriku...


Ketika awalnya, kesedihannya Allah Taala saja yang tahu, pilunya tidak dapat dikata, kekosongan ketika itu, tiada yang dapat memahaminya, semuanya hasil prasangka baik kepada-NYA, semuanya demi perintah-NYA, kerana-NYA, untuk-NYA, segala-galanya DIA, aku turutkan jua....moga-moga Aku berjaya....

wassalam.
Qul Amirul Hakim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan