TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 10 Disember 2010

Suatu Ketika Dahulu...Bermulanya Suatu Perjalanan Bersendirian (2)

Assalamu'alaikum,

Pemergian guru mursyid memang amat kurasai. Apatah lagi aku merupakan salah seorang anak muridnya yang paling rapat dengannya, yang juga merupakan menantunya, yang perkahwinan aku dengan anak kesayangannya itu merupakan suatu perancangan dan ketentuan Ilahi, yang kedatangan aku dan beberapa rakan untuk berguru dengannya adalah atas doa dan hajat beliau pada Ilahi agar dipertemukan jodoh anak kesayangannya itu dengan lelaki sekian3...Cerita ini pun kutahu selepas pemergian beliau, kerana cerita ini tidak beliau luahkan pada aku, tetapi pada salah seorang anak murid perempuannya yang kemudiannya menceritakan pada diriku. Kalau diingat, akulah drebarnya semasa ke sini-sana, anak sulungku merupakan cucunya kedua puluh lima, banyak tempat aku bersamanya. Tidak seperti anak murid yang lainnya yang banyak masa bertemu dirinya di rumahnya, aku bersamanya ke rumah saudara-maranya, mengambil 'amanah' untuknya di sini-sana, membawa pesanan daripadanya dan kepadanya. Banyak perjalanan kami bersama, sama ada ke Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Melaka.

Pemergiannya walau begitu terasa, ku redha dengan ketentuan Ilahi apatah lagi telah banyak kali kami mohon 'disambungkan masanya bersama jemaah'. Apabila sampai masa dan janjinya, maka tidak dapat ditambah walau sesaat, dan beliau juga telah bersedia sebenarnya untuk meninggalkan kami, walau tidak semua ahli jemaah redha atas ketentuan-Nya.  Aku bersyukur ke hadrat Ilaih, sekurang-kurangnya hajat khususku kepada Ilahi sebelum beliau pergi meninggalkan kami Allah Taala makhbulkan jua. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana beliau tanpa kias dan secara berterus-terang menyampaikan juga kepada isteriku akan amanat dan pesanan terpentingnya, untuk dipegang hingga ke mati, tanpa was-was dan ragu-ragu. 

Akan anak murid yang lain, ada yang seperti kehilangan kaki dan tangan. Ramai juga yang sesal penuh penyesalan kerana tidak digunakan masa dengan mursyid sebaik-baiknya semasa beliau hidup.  Tiada lagi kata-katanya yang penuh berhikmah,  terus meresap ke dalam hati, tiada lagi kasih-sayangnya dan perbuatannya yang penuh makna yang merupakan kelebihannya yang dikurniakan Ilahi kepada dirinya dalam mendidik dan memimpin jemaah.

Memang kehilangan mursyid ibarat kehilangan tempat berpaut, tempat bergantung, ibarat kehilangan payung ketika hujan, maka 1001 ujian dan dugaan pun datang.  Aku sendiri diserang dari pelbagai sudut,  dari yang dekat sehingga yang jauh, disihirkan daripada pelbagai jenis sihir,  dari busung angin mainan orang asli, duri, barang yang tajam dan pelbagai lagi aku diuji Allah.  Diri zahirku mula lemah, demam 2-3 minggu sekali, panadol menjadi santapan mingguan, bangun pagi malas sekali, sedikit demi sedikit amalan semakin berkurangan.  Langkah mudah bagi sesiapa sahaja adalah berubat dengan sesiapa yang ahlinya.  Maka ke sana-sinilah aku pergi mencari mereka yang hak untuk membantu, sama ada ke  Kuang  Selangor berubat di Pusat Perubatan Ustaz Jahid, ke Melaka, Negeri Sembilan, tidak ketinggalan juga ke Darus Syifa di Bandar Baru Bangi. Semuanya ibarat penyembuhan sementara, sehinggalah aku sampai dan bertemu (selepasnya berguru) dengan PakSu Hamid,  di Kuala Nerang, Kedah.

PakSu Hamid - Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah D.A.

Permintaan aku untuk diubati dijawab mudah oleh PakSu Hamid. Dalam Al-Quran disebutkan tipu daya syaitan itu lemah....maka kalau kita lemah, maka 'jadi hebatlah' tipu daya syaitan itu. Kalau kita kuat, maka jadi lemahlah tipu daya syaitan itu. Di situlah perhentiannya. Tiada izin Allah untuk aku sembuh dengan usaha ikhtiar yang aku ke sini-sana, sebaliknya  dikehendaki baiki diri, tambahkan amalan diri, kuatkan diri, istiqamah, maka DIA sendiri akan menyembuhkan kita.

Maka, ingin aku nasihatkan kepada barangsiapa yang masih berMursyid, maka timbalah ilmu sebanyak-banyaknya, menghadap Mursyid selalu, paling kurang sekali dalam 40 hari, hayatilah kata-kata dan nasihatnya, gunakanlah kesempatan masa semasa Mursyid masih ada untuk bersamanya, sekurang-kurangnya sampaikanlah diri anda ke Perhentian Pertama, agar tidak tenggelam punca jika Mursyid sudah tiada.

Wassalam.

2 ulasan:

  1. al-Muhaqqiq 'Arif billah Pak Su Abdul Hamid b M.Ismail tinggal di Kg.K.Tembaga, Jalan Derang, Pokok Sena, Kedah

    BalasPadam
  2. InsyaAllah..mudah mudahan dapat ketemu dengan beliau. KS @ AA

    BalasPadam