TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (8) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (2) Alam (9) Alam Ghaib (3) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (13) Amal Soleh (3) Aqidah (15) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (3) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (4) Bid'ah (3) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cuti-Cuti Malaysia (62) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (14) Guru Mursyid (16) Guru Tariqat (17) guruku (13) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (13) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (6) Ibadat Haji (6) ilmu kebatinan (2) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (13) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (1) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (7) Isu Yaqazah (8) Jalan-Jalan (96) Jihad Ekonomi (26) Jom Makan (15) Karamah (2) Karya Sendiri (15) kebenaran (6) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (27) Kisah Nabi (2) Koleksi (1) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (6) Makam Sultan/Raja Melayu (6) Makam Wali Allah (40) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (34) Masjid Lama (19) Masjid Utama (25) Maulidur Rasul (15) Mekah (2) Melayu (12) Merdeka (1) Misteri (6) motivasi (1) Mukasyafah (2) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (13) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (15) nostalgia (1) Nur Muhammad (3) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (9) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (17) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (16) Rezeki (1) RSAW (8) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (5) Sedekah (1) Sejarah Melayu (3) Selawat (4) Senibina Islam (5) Sifat 20 (1) Solat (5) Solat Sunat (8) Sumpah (1) Sunnah RSAW (8) Tamadun Islam (6) Tariqat (4) Tasawuf (12) Tawassul (3) Tulisanku (255) Ulamak Islam (6) Ulamak Nusantara (16) Ulamak Tanah Melayu (13) Universiti (3) Usahawan Muslim (8) Usuluddin (1) wahdatul wujud (3) Wali Allah (54) Wali Melayu (27) Wali Songo (10) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 22 Mac 2011

Ziarah Guru Mursyid Tariqat Nasqsyabandi Kholidi

Assalamu'alaikum,

Rabu, 16 Mac 2011, 11 Rabiul akhir 1432, selepas menziarahi Tok Guru Nurul Zaman di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, hamba sekeluarga ke kampung 'di belakang'....Kami keluar dari Lubuk Merbau, dalam jam 135 petang ambil simpang ke Padang Rengas rasanya dan tiba di sebuah kampung di sebelah kanan (Kampung Labu Kubung). Selepas perhentian bas, kami ambil simpang sebelah kanan, merentasi sawah padi yang menghijau dan sampai ke sebuah kampung.  Ustaz Ismail sudah sedia menunggu kerana Tok Guru dah telefon sebelum kami datang.

Ustaz Ismail, itu panggilan hamba kepadanya kerana itu panggilan Tok Guru kepadanya. Nama sebenarnya adalah Sheikh Ismail Bin Alang Muhammad, lahir tahun 1928, dah berusia 83 tahun. 'Sheikh' itu memang sebahagian nama yang diberikan oleh ayahnya kepadanya, bukan gelaran. Beliau merupakan mursyid Tariqat Naqsyabandi Kholidi di Pondok Sayong, Kuala Kangsar. Gurunya Sheikh Abdul Rahman adalah seguru dengan Sheikh Abdul Wahab Rokan semasa kedua-duanya menuntut di Mekah. Ehmmm, baru hamba faham...Hamba ingatkan Naqsyabandi Kholidi di Tanah Melayu hanya bersalur-galur dengan Sheikh Abdul Wahab Rokan sahaja, rupa-rupanya ada salur-galur lain.

Ustaz Ismail merupakan guru hamba yang kedua, guru tariqat hamba yang pertama. Dah ?? tahun hamba berbaiah dengannya, di suatu malam selepas Raya Haji, awal 1990-an dulu. Seperti biasa dalam amalan Tariqat Naqsyabandi Kholidi, ada mandi taubat, ada majlis talqin dan sebagainya...Bab mandi taubat ni, ia bagus, kalau boleh buat tiap-tiap kali selepas mandi pun baik, kecuali waktu mandi wajib lah..:-)...Niatnya mudah,'Sahaja aku mandi taubat dari segala maksiat zahir dan batin kerana Allah Taala'...Maksiat zahir mungkin kita tak buat, maksiat batin mungkin kita buat secara tidak sengaja...

Ustaz Ismail banyak rahsianya. Dalam 40 lebih khalifah tariqat semasa di bawah Mursyid sebelumnya, beliau yang 'dipilih Allah Taala'....cerita-cerita ni kena tanya dia sendiri, tak boleh cerita kat sini...:-)...Rumah yang beliau tinggal sekarang, rumah batu setingkat, 4 bilik, beliau buat seorang diri sahaja...Cuba anda bayangkan, macam mana nak buat rumah batu seorang diri, nak bawa naik atap, zink, kayu-kayu yang membentuk rusuk rumah dan sebagainya...Tu waktu beliau berumur dalam 70-an...Beliau juga ada pengalaman berperang dengan komunis, hebat ceritanya, kena tanya beliau sendiri...Kalau bab tariqat, sudah 60 tahun beliau diizinkan talqin, dah lama tu...Kalau lihat susuk-badannya, walaupun dah 83 tahun, memang masih 'kental', ada petua dan rahsianya dan Alhamdulillah satu petua  dikongsikan beliau dengan hamba dan isteri...:-)

Kalau dari segi amalan, beliau kata orang akan kata kita orang gila...Jam 12 tgh malam, 1 pagi, org nak tidur, kita nak beramal sampai ke Subuh...tak ke pelik tu...Itulah kekuatan orang-orang dahulu...Kekuatan rohani membawa kepada kekuatan jasmani, membawa kepada kekuatan jemaah dan masyarakat. Orang sekarang, kalau jam 1-3 pagi, depa boleh bangun tapi nak tengok bola, bukan nak beribadat, bukan nak bertahajud. Jauh langit dengan bumi. Kalau dari segi khatam zikir, dah 500-600 khatam dah dihabiskannya....Fuhhh, masih jauh bebenor hamba, kata hati hamba...

Beliau ada kongsikan ilmu untuk anak-anak yang 'sedikit nakal'...Katanya baca Ayat Kursy pada sebaldi air dan mandikan anak, cuma jangan mandikan anak waktu dia sedar, waktu dia tak sedar...Maksudnya, waktu anak tidur, kita angkat pelan-pelan ke bilik air dan mandikan dengan air yang dibaca Ayat Kursy tadi...Katanya biar anak tu terkejut....Balik nak kena buat ni...:-)

Anak muridnya ramai juga, beribu atau berpuluh ribu, tidak mustahil. Ramai orang besar dalam pihak berkuasa agama jadi anak muridnya...tak payah bagitaulah siapa...Beliau ada jadual kuliah tetap di sekitar Lembah Klang, ada anak muridnya yang bawa turun dari Kuala Kangsar.  Dari segi kedudukannya dalam pihak berkuasa agama negeri Perak, beliau tak ada jawatan rasmi, cuma katanya kepada Tok Guru 'Beliau Pengerusi Ijmak Ulamak Negeri Perak'...Sewaktu kes Al-Arqam mahu diharamkan, beliau sendiri turun padang selama 4 hari ke Perkampungan Al-Arqam untuk menyiasat sendiri. Hamba tanya apa kesilapan Al-Arqam, katanya, silap dari segi aqidah, yang kemudian didahulukan, yang dahulu dikemudiankan...fikir-fikirlah sendiri...ada lagi diceritakannya tentang Al-Arqam, tetapi takat tulah, aib orang bukan untuk diheboh-hebohkan...

Ustaz Ismail 'agak marah' dengan Ustaz-Ustaz muda hari ini yang baru balik dari Mesir dan lain-lain negara serta lulusan agama...Katanya 'baru belajar sikit dah pandai nak kata orang sesat'...'Dia yang sesat nak kata orang lain sesat'...'Belajo dulu sebelum nak pandai-pandai kata orang sesat'...'Kita tanyo sikit bab huruf pun tak boleh nak jawap, belum tanya yang lain lagi'...Hamba setuju bebenor dengan kata Ustaz Ismail tu...Orang sekarang ngaji dapat ijazah sarjanamuda dah nak eksyen, dah rasa pandai, tu yg susah tu...Kita sepatutnya semakin lama ngaji semakin rasa tak pandai, bukan semakin rasa pandai...:-)...ramai juga Ustaz-Ustaz muda yang datang dan  'disyarahkan balik' oleh Ustaz Ismail ni....

Asalnya niat nak ziarah dalam sejam saja, rancak bercerita sampai jadi 2 jam setengah....Alhamdulillah, banyak perkara yang kami dapat daripada Ustaz Ismail kali ini. Isteri pun suka, kata isteri tak susah sangat nak memaham loghat Kuala Ustaz Ismail...:-)...

Hamba memang sedikit berbeza denga sahabat dan rakan yang lain dari segi menuntut ilmu. Ramai yang ziarah, menuntut datang dengan kawan-kawan, datang geng lelaki sahaja, tetapi hamba kalau bab ziarah dan menuntut ilmu, hamba bawa isteri dan anak-anak sekali...Itu perbezaan utama, kalau tak boleh terima cara hamba, nak buek camno...:-)...Anak sulung hamba pun dah suka dengar cerita-cerita hakikat, alam ghaib dan lain-lain...Orang kata nak melentur buluh biarlah dari rebung...:-)

Dalam jam 445 petang, kami meninggalkan rumah Ustaz Ismail....Dalam berbelas tahun tahun hamba mengenali Ustaz Ismail, susuk wajahnya dan rupa bentuk dirinya tak banyak berbeza... Beliaulah ahli Ketuhanan yang juga ahli Kebatinan...dah tak ramai orang macam ni...Kami menuju ke Masjid Kampung Kota Lama Kanan...
Gambar Ustaz Ismail yang sempat dirakamkan sebelum kami 'beransur'



Waktu bujang dulu, hamba pernah berangan untuk menetap di kawasan seperti ini....indah, aman, tenang dan nyaman

'Parit ban' di sebelah kiri. Hamba memberhentikan kereta dan memanggil anak-anak untuk melihat budak kampung mandi parit ban...Hamba bagitau anak2, depa org bandar, tak pernah mandi parit ban...:-)

Anak kedua hamba kata 'Bestlah abah jadi budak kampung, dapat mandi parit ban, buat macam2'...:-)

Walaupun petang, panasnya tak panas mana...

Walaupun ramai orang Melayu dah tinggal di bandar, orang kampung 'lebih beruntung' dalam krisis masa depan...pandangan hambalah...:-)

Waktu pagi, suhu dalam 21-23 celcius masih boleh dibaca dalam kampung seperti ini...jadi tak perlu penghawa dingin

Di hujung kampung, bersebelahan dengan bukit dalam gambar dan di sebelah sungai adalah kampung Ustaz Ismail

90 ulasan:

  1. Syoknya..sejuk mata memandang, sejuk lagi badan merasa. KS

    BalasPadam
  2. Tuan hamba dah berbaiah ke belum? Jangan tunggu lama2...:-)

    BalasPadam
  3. bersama Syekh wahab Rokan...memang ada beberapa syekh lain seperti Syekh Abdul rahman (yang dimaksudkan oleh Syeikh ismail sbg gurunya dalam sanad kholidi) dan Syekh Jamil (simpang Pulai, perak)...

    Namun yang diberi 2 cop pada khirqahnya (ijazah bertulis..yakni pengesahan sbg mursyid mengikut adab kholidi) utuk memimpin Kholidi di nusantara, hanya Syekh Wahab Rokan. Khalifah lain dibawah asuhan Syekh Sulaiman Zuhdi hanya diberi 1 cop.

    wallahualam.

    BalasPadam
  4. AlhamduliLlah....
    untung syeikh dapat bdamping slalu dngan ahliLlah...
    doakan ana...

    BalasPadam
  5. Salam
    maaf, ni soalan taraf tadika ye
    apa beza ahli ketuhanan dgn ahli kebatinan?

    BalasPadam
  6. Anon 9.49pm...hamba akan menulis bab tu, kena tunggu...

    BalasPadam
  7. Anon 5.38pm ...moga tuan hamba sentiasa mendapat rahmat Allah Taala dan diberkati oleh-Nya...

    BalasPadam
  8. Anon 4.49pm...ada macam2 pandangan, anak murid membeza2kan guru, sedangkan jalan sampai ke hadrat Allah Taala itu begitu luas...terhijab anak murid dengan pelbagai isu sedangkan keluasan rahmat Ilahi itu tiada siapa yang dapat menjangkaui...

    BalasPadam
  9. Anon 9.49pm - tak ada soalan tadika atau tidak dalam menuntut ilmu...hamba kalau dengan mursyid, hamba tanya macam2 sampai faham...dah faham baru jadi ilmu, dah jadi ilmu kena amal, dah amal baru 'pokok berbuah'...:-)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah sy akn tunggu article tu
    jgn lelama ye tuan

    Anon 9.49 pm

    BalasPadam
  11. dah hamba post kan...ada sambungannya...sabar...

    BalasPadam
  12. Assalamu 'alaikum,
    Alhamdulillah kerana berkesempatan membuat artikel tentang tok guru Sheikh Ismail. Dulu saya selalu datang menyinggah ke rumahnya bersama ayah saya. Ayah saya merupakan khalifah di bawah pimpinannya. Sebelum ayah saya kembali ke rahmatullah, ayah saya sempat melihat saya mengambil ijazah darinya dan saya mandi taubat serta solat taubat. Saya menggelarnya 'Tok Ayah' kepadanya. Namun saya malu berjumpa buat masa ini kerana saya tidak mengamalkannya kerana keadaan sekeliling saya dipenuhi maksiat. Membaca Al-Qur'an khatam tiap2 bulan sahaja cara yang saya mampu sekian dari umur 12 tahun sehingga sekarang saya berumur 21 tahun dan sedang menuntut di sebuah universiti baru di negeri Kelantan...Saya tak tahu dan rasa malu padanya kerana beliau mudah tahu anak muridnya yang tidak beramal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xperlu malu...ade yang dah baiah dengan tok ayah lame....tinggal dan datg balik....tok ayah okay je....dlam beragama ni xperlu malu....

      Padam
  13. Anon 1254am - Usia tuan hamba masih muda, ziarahlah beliau, jgn putuskan begitu sahaja. Alhamdulillah, amalan tuan hamba yg istiqamah itu, hamba pun tak mampu buat macam tu...Yg pentingnya adalah amal shahadat, yakni zikir di dalam itu, yg itu mahu hidup dan sentiasa, dan utama yg membezakan yg mukmin dgn org awam...Hamba walaupun sudah bertariqat lain masih ziarah beliau dan beliau menerima hamba sekeluarga dgn baik. T/jawab guru adalah membimbing walaupun anak muridnya sejahat manapun, asalkan ia mahu kembali ke jalan yg benar...

    BalasPadam
  14. Salam

    Mohon izin copy gambar Tok Guru Nurul Zaman & Sheikh Ismail..

    BalasPadam
  15. Salam Anon 1217pm...Hamba beri izin dgn tujuan kebaikan sahaja dan tidak menimbulkan fitnah...

    BalasPadam
  16. salam perkenalan wat qul amirul hakim said... saye mcam pernah dgr name sheikh ismail, tike itu saye berade d pulau besar...

    BalasPadam
  17. Salam doth47. Sheikh Ismail di Pulau Besar nama sebenar kpd Sultan Arifin yg makamnya di Pulau Besar tu...Sheikh Ismail ni, mursyid di Sayong, Kuala Kangsar..

    P/S - mai mana pulak 'Said' tu???

    BalasPadam
  18. salam tuan ..sy berminat nak berguru dengan tuan guru nurul zaman dan ustaz ismail..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Joe...sebaik2nya solat istikharah mohon petunjuk Allah. Dapat lampu hijau baru boleh berguru dengan mereka berdua.

      Padam
  19. Salam Joe, email hamba utk hamba berikan HP mereka... qulamirulhakim@gmail.com

    BalasPadam
  20. sudah 2 kali saya ke kuala kangsar untuk berbai'ah..tetapi masih belum diizinkan olehNya...moga suatu hari nanti dipermudahkan

    BalasPadam
  21. Saudara Syafie, Insya-Allah, moga dipermudahkan-NYA. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

    BalasPadam
  22. insyaAllah,,22 April 2012,,saya akan menghadap Ustaz Ismail bagi mengambil bai'ah..moga kali ini diiznkan Allah..malu rasanya mahu meminta tolong dr Guru Nurulzaman

    BalasPadam
  23. Kalau dah berguru dgn Tokguru Nurulzaman, tak ada ruginya minta 'tolong' dia sebab rumah dia dekat dgn rumah Ustaz Ismail...Kalau nak HP Ustaz Ismail, beritahu hamba..

    BalasPadam
  24. alhamdulillah..dipermudahkan Allah berbai'ah..terima kasih tuan atas doa dan galakan..cuma Tok Guru tak sihat sekarang..kaki beliau sakit tercucuk paku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Syafie, ya hamba ziarah beliau dalam perjalanan pulang ke BBBangi pada 7 Jun 2012.

      Padam
  25. Saya kenal beno kedua-dua guru tu, Syeikh Ismail n Guru Nurulzaman.
    Syeikh Ismail tinggal di kampung Labu Kubung (kampung saya). Nurulzaman Ahmad Adam tu anak sedara saya, tinggal di Lubuk Merbau, rumah di atas bukit belakang masjid.
    Beruntungnya kampung kami ada guru-guru seperti mereka tu.

    BalasPadam
  26. salm...ana juga berlajar dengan tok guru...ana baru berumur 15 tahun...ana bersama adek dan bapa ana....seronok dengar kuliah tok guru....ana bersekolah di maahad al mizan...adek ana pulak bersekolah di sma addiniah jelutong....

    BalasPadam
  27. kami sekeluarga baru lepas menziarahi salah seorang jemaah tuan guru syeikh ismail..(pak bakar) yang baru sahaja pulang ke rahmatullah disemadikan di alur pongsu perkampungan tarikat nisabandi..bersama jemaah suluk dari pondok amirul mukminin sayong...al-fatihah..

    BalasPadam
  28. Rindu pulak pada Tuan Guru Syeikh Ismail....

    BalasPadam
  29. Tuan Nizam Idris...rindu maknanya kena pergi ziarah... :-)

    BalasPadam
  30. Salam.. Saya ada amalkan berzikir syahadat didalam hati tetapi belum pernah berguru. Adakah sebaiknya saya berguru dengan Ustaz Ismail dalam mengamalkan zikir syahadat di dalam hati? Semoga saudara diRahmati Allah

    BalasPadam
  31. Salam Tanpa Nama, itulah sebaik2nya...

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah.. telah dibukakan jalan untuk bertemu dan mendengar ilmu dari Ustaz Ismail. Semoga dapat terus diamalkan ilmu yang disampaikan. Terima kasih atas nasihatnya.. :)

    BalasPadam
  33. Tok Guru Ustaz Ismail ni Allahyarham Haji Mat Saman Kati ka? Dia dulu pernah jadi ahli Majlis Fatwa Perak tapi bukan pengerusi kot.

    Kalau dikatakan Ustaz Ismail ni pernah jadi guru di Perak 1947-49, tu pun sama time dengan Haji Mat Saman Kati jugak.

    BalasPadam
  34. Ustaz Ismail seguru dengan Allahyarham Hj Mat Saman Kati dalam tariqat ini (Naqsyabandi Khalidi) tetapi Arwah Hj Mat Saman Kati jadi Mursyid dalam tariqat Samaniah, kalau tak silap, bukan dalam Naq Khalidi.

    BalasPadam
  35. Haa, betul Haji Mat Saman bawa Tariqat Sammaniah, tapi menurut Allahyarham Haji Wan Shaghir, Haji Mat Saman penyebar tariqat Syattariyah.

    Dalam buku Haji Mat Saman 'Ilmu Tasawuf' pula, diterangkan cara2 berbaiah dan zikir Tariqat Naqshbandi Mujaddidiyah, ni tariqat yang dibawa Syeikh Ahmad Sirhindi dan kalau tak silap, Haji Wan Sulaiman Kedah pun bawa tariqat ni.

    Tetapi menurut Allahyarham Ustaz Ghazali (Beruas), murid Haji Mat Saman, dia bawa Syazliyah. Tapi dia dah meninggal dan saya pun masih budak2 masa tanya soalan ni kat beliau, jadi susah nak pastikan.

    Peningla jugak tapi pendapat yang muktabar (ikut orang yang berbaiah dengan anak Haji Mat Saman), depa kata Sammaniah.

    Jadi guru kedua2 Haji Mat Saman dan Ustaz Ismail ni Syeikh Abdul Rahman, anak murid Syeikh Abdul Wahab Rokan, begitu?

    BalasPadam
  36. Salam Selene,
    Guru kepada TH Mat Saman dan Ustaz Ismail memang Sheikh ABdul Rahman tetapi Sheikh Abdul Rahman bukan anak murid kepada Sheikh Abdul Wahab Rokan, tetapi rakan seguru.

    Maksudnya Sheikh Abdul Rahman dan Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah anak murid kepada Sheikh Sulaiman Zuhdi di Mekah.

    Mereka seguru di Mekah dan masing2 diizinkan utk mengembangkan tariqat ini di Kepulauan Melayu. Cumanya Sheikh Abdul Wahab Rokan lebih terkenal di sebelah sini.

    Sheikh Abdul Rahman ada lebih 40 Khalifah semasa zamannya dulu, cuma Ustaz Ismail yang diizinkan utk 'menjadi mursyid'; mengganti tempatnya. (ini sumber dari Ustaz Ismail sendiri).

    BalasPadam
  37. Maaf jika saya bertanya lebih lanjut lagi, bukan sangat hendak mempertikai tapi lebih untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

    Sheikh Abdul Wahab Rokan (1811-1926 - ini tarikh yang dimasyhur menurut Hj Wan Saghir, wallahualam). Jika beliau berguru dengan Sheikh Sulaiman Zuhdi di Abu Qubays, maknanya beliau, Sheikh Abdul Rahman dan Sheikh Omar Basheer (Pulau Pinang) adalah seguru.

    Tetapi, kerana faktor usia, Sheikh Abdul Wahab Rokan boleh dikatakan hidup sezaman dengan Sheikh Omar Basheer (1811-1884).

    Bolehkah saya minta sedikit tarikh berkenaan Sheikh Abdul Rahman ini, apa nama penuhnya dsb untuk memperdalamkan lagi kajian.

    Untuk makluman tuan, Sheikh Omar Basheer ini juga beramal dengan Naq Khalidi dan mungkin juga menjadi khalifah Sheikh Sulaiman Zuhdi di sebelah Pulau Pinang.

    BalasPadam
  38. Salam Sellene, Ustaz ismail dah lebih 40 tahun jadi mursyid, kalau hamba tak silap. Sekarang 84 tahun, waktu umur 25 tahun dah bresuluk, iaitu 60 tahun dulu, maksudnya dalam tahun 1950-an... itu saja yg hamba tahu... TTg sheikh abdul rahman, kena tanya Ustaz Ismail sendiri...

    BalasPadam
  39. Adakah maklumat tentang Naqsyabandi Khalidi di Pulau Pinang? Yang selalu dengar Pondok Upih tapi tak tahu lebih lanjut lagi.

    Bolehkah saudara tolong tanyakan Ustaz Ismail tentang Syeikh Abdul Rahman ni? Takut saya tanya nanti tak dilayan pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau nak tahu lebih lanjut...elok lah bertyer pde tok ayah sendiri...datang pondok riadatus solihin, kuala kangsar...tidak jauh mne dari pulau pinang...

      Padam
  40. Salam Sellene,

    Hamba pun jarang berjumpa. Elok tuan hamba jumpa sendiri, berprasangka baik dgn ahlillah. :-)

    BalasPadam
  41. Joe

    Assalamualaikum

    mudah2an dapatlah ambe jumpa Ustaz Ismail bila balik kampung di K. Kangsar nanti
    sapa2 yg sudi boleh lah tunjukkan ambe untuk menziarahi Ustaz Ismail
    ambe pun datang dengan keluarga (anak isteri je nanti)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. ambe dari terengganu...musim cuti sekolah atau cuti umum je balik ke Manong....ni no tel ambe...019-9077532...kalau ada sahabat2 atau amirul sendiri nak gi ziarah boleh lah kol ambe atau mesej ambe....insyaallah kalau musim cuti sekolah mungkin balik ke k.kangsar

      Padam
  42. Salam tuan2..boleh berikan saya no telefon Tuan Guru Mursyid Syeikh Ismail Alang Muhammad...

    BalasPadam
  43. Assalammualaikum Tuan,
    Apa yg dimaksudkan dgn berbaiah?
    Saya ingin mengetahui ttg amal syahadat.. saya sngt risau & tercari2..
    Bagaimana nak berguru dgn Tuan Guru Syeikh Ismail?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan,

      Hubungu beliau sendiri. 012-5443913

      Wassalam
      MQAH

      Padam
  44. Assalamualaikum. .sy berminat plak dgr cerita2 kalian...rase nak berbaiah dgn guru ni...jom...

    BalasPadam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. Tuan Tanpa Nama: saya dari terengganu..teringin ziarah Tuan Guru.. Ada Keizinan dariNya insya-Allah berjumpalah kita nanti...

    BalasPadam
  47. assalamualaikum.saya jumpa murid2 Sheikh Ismail ni kebanyakannya adab tiada.mulut mmg kurang ajar.selalu hukum org lain dan satu lagi mana ada guru mengaku murshid.buat pengetahuan semua Murshid Naqs kholidy adalah Sheikh Jahid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam,

      1)Umat Islam buat banyak masalah, silap atau salah RSAW ke?

      2)Anak murid mmg gitu, saya berbaiah banyak tariqat, ramai guru, anak2 murid yg belum sampai ke peringkat 'matang' memang gitu.

      3)Ada guru yg harus mengaku mursyid. Saudara perlu terus berguru dan menziarahi guru2 lain. Jangan taksub dengan seorang guru sahaja. Taksub hanya pada Allah dan Rasul.

      4)"buat pengetahuan semua Murshid Naqs kholidy adalah Sheikh Jahid.--> Kenyataan saudara mencerminkan diri saudara, masih taksub dengan guru saudara, sama seperti anak2 murid tadi yang saudara katakan tadi. Saudara katakan mana ada guru ngaku mursyid, tetapi saudara hanya iktiraf mursyid saudara sahaja. Perjalanan saudara masih jauh kerana ketaksuban pada mursyid masih ada pada diri. Perlu ada kasih-sayang dengan mursyid, tapi jangan membenarkan mursyid sahaja. Semua mursyid bukan maksum, tetapi menunjuk jalan dalam mengenal Allah.

      5)Bergurulah sehingga mengenal Allah. Selagi tuan belum mengenal Allah, teruskan perguruan tuan dengan sesiapa sahaja yg boleh membuka jalan ke situ.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  48. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa maksud fatwa? fahamkan itu dahulu...Adakah pendapat seorang guru dikira fatwa? Bab fiqh banyak perbahasan,.. Pernah pergi ke luar negara dan lihat amalan orang Islam lain dari mazhab lain?

      Padam
    2. 1)Siapa saudara hendak menisbahkan seseorang itu Musyid atau tidak? malu hamba pada Allah seseorang bertasawuf bersikap sebegini. Kalau orang lain tidak matang, bermasalah, kita jangan ikut sama.

      2)Kalau bab Ustaz Jahid pun ada isu kontroversinya, tapi hamba mengambil sikap hormat pada semua guru/khalifah tariqat tasawuf, maka hamba tidak ambil sikap seperti orang lain dan seperti saudara.

      3)Mengembaralah lagi, bergurulah lagi,,,

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  49. Nampak sgt taksub.benda haq ngan batil pun sh tak bole nk beza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berani kerana Allah pergi Mekah, mohon pada Allah. Ilmu Allah luas, jangan sempitkan dengan ilmu kita yang sempit. Tak gi Mekah, nak datang berjumpa hamba pun boleh, kita jumpa di Masjid buat solat Hajat berjemaah. Tuan jadi imam 7 salam, hamba jadi imam 7 salam, boleh?

      Padam
    2. emel hamba (qulamirulhakim@gmail.com) bila tuan hamba mahu berjumpa di Masjid sekitar Selangor/KL.

      Padam
    3. Yang hak jelas, yang batil jelas. Perkenalkan diri jika pejuang Allah, emel hamba dan kita berjumpa mohon ketentuan dari Allah.

      Padam
  50. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Keyboard Warrior"...itu istilah yang tepat untuk saudara. Hanya berani di alam maya sahaja. Untuk makluman saudara, Mufti Perak pun ziarah beliau atas dasar ilmu. Masuk rumah orang, nak komplen macam2, tapi tidak berani berjumpa secara nyata.

      Padam
    2. Nasihat hamba:

      1)Tuan hamba belum matang dalam menimba ilmu. Mengembaralah lagi, bergurulah lagi,,, Kalau berguru baru seorang, habiskan berguru sampai makrifatullah sebelum menimba ilmu dengan guru2 lain.

      2)Belajarlah lagi tentang pelbagai mazhab. Pergilah ke luar negara, lihat kepelbagaian amalan dalam bermazhab. Orang yang 'matang', lagi lama dia belajar, lagi dia tidak menyalahkan orang.

      3)Belajar dan beramallah sehingga keyakinan saudara atas apa sahaja perkara kerana Allah swt.

      4)Hamba mmg banyak berguru, sebab itu tidak mudah menyesatkan orang seperti saudara. Dah merantau, masuk kampung, ziarah dan berguru dengan macam2 orang. Semua guru hamba kasih dan sayang. Hamba dah 22 tahun di jalan ketuhanan, tuan hamba berapa lama? Muhasabahlah sikit nak mengata orang.

      5)Buktikan tuan hamba bukan keyboard warrior. Tidak guna masuk rumah orang, cakap macam2 tetapi tidak berani, tidak ada keberanian atas apa yang diperkatakan. Itukah yang tuan hamba belajar dari guru tuan hamba? Itukah adab yang tuan hamba belajar dan diajar oleh guru tuan hamba? Atau itu perangai tuan hamba sendiri?

      Wassalam.

      Padam

    3. Hamba beri 44 hari kalau tuan hamba berani kerana Allah dan bukan Keyboard Warrior. Jangan memalukan nama TG Ustaz Jahid atas perangai tuan hamba sendiri. Emel hamba (qulamirulhakim@gmail.com) di masjid mana kita boleh bermuzakarah dan memohon petunjuk Ilahi.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
    4. Tempoh 44 hari sepatutnya berakhir pada 26 Jun 2014. Memandangkan hamba ada urusan mengerjakan umrah dan berada di luar negara antara 24 Mei - 10 Jun, maka tempoh itu boleh berakhir 14 Julai. Buktikan tuan hamba bukan keyboard warrior, 'iman tuan hamba bukan hanya di kekunci komputer'. Mengapa takut mengadap Ilahi jika tuan hamba benar dan betul? Selepas 14 Julai, jika tuan hamba takut berjumpa, hanya berani sebagai Keyboard Warrior, semua komen tuan hamba akan dipadam. Orang macam tuan hamba yakni Keyboard Warrior dah ramai yg hamba jumpa dalam internet. Belajarlah lagi, bergurulah lagi, beramallah lagi...

      Padam
    5. Salam tanpa nama 554 ptg. Tempoh dah berakhir. Komen tuan akan dibuang selepas ini kerana tuan belum matang. Tuan hanya berani di meja komputer, belum berani menghadapi alam nyata. Tak apalah, hamba anggap tuan dalam proses belajar. Belajarlah lagi kerana kita dituntut belajar sampai ke liang lahat. Wassalam.

      Padam
    6. Muhammad Qul Amirul Hakim- a,kum.dari komen yg saya tengok.tuan lebih kurang je dgn tuan tanpa nama tu,nampak gaya tuan la keyboard warrior.patut tuan kena lihat 'sebalik' dan bahagian yg elok dari komen tuan tanpa nama tu,bukan menghentam beliau.tuan yg kena belajar lg..

      Padam
    7. Salam Tanpa Nama 817 ptg.

      1)Beliau menghukum orang tetapi tidak berani menghadap Allah. Tiada mursyid yang sempurna tetapi kalau belajar nak menghukum saja, susah tu. Kalau berani dalam internet saja, tidak payah buat onak masuk rumah orang.

      2)Hamba dah lihat disebalik komen tu tetapi beliau sendiri tidak berani bertanggungjawab atas komennya. Hamba ajak berjumpa nak kepastian tentang komennya, sama ada beliau berani bertanggungjawab atas komennya. Kalau jumpa manusia pun tak berani, berani ke nak jawab depan Allah AWJ.

      3)Mmg kita kena belajar lagi. Hamba bertalaqqi dengan ramai guru dan masih terus belajar. Tuan dah habis belajar ka? Belajar sampai liang lahad, tu tuntutan menuntut ilmu. Jangan rasa dah habis belajar, jangan rasa dah habis ngaji. Ilmu Allah swt mana habis nak belajar.

      4)Blog hamba, hamba bertanggungjawab menjaga keharmoniannya. Buat apa hamba memanjangkan 'konflik sesama Muslim'? Tak puas hati, banyak cara lain dari nak 'cari pasal' di blog hamba.

      5)Kalau nak muzakarah, bincang, cari jalan penyelesaian emel hamba. qulamirulhakim@gmail.com

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  51. Mursyid tarikat tak makan gaji dengan kerajaan,Sheikh Ismail Al
    Kholidi tak pernah kerja makan gaji,rezeki disampaikan oleh Malaikat.

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum.Saya setuju dgn pendapat Tuan tanpa nama di atas.mursyid tak pernah mengaku dirinya mursyid.dan semua org rezekinya disampaikan oleh malaikat.jadi murid,jgn jadi taksub.Wallahualam.

    BalasPadam
  53. Assalamualakum...elok kita berbaik sangka. Menghentam org dialam maya pasti bukan amalan orang islam.

    BalasPadam
  54. Wlpn sh Ismail dh berumur hmpir 90 thn, tp mata, pendengaran, ingatan dan kesihatan beliau dipelihara Allah. ANA pernah mrngikuti kuliah beliau dr lepas maghrib hingga hampir pukul 4 pagi. Yg peliknya beliau langsung tidak bergerak dr tpt duduk ataupun mengalihkan kaki krn kelengguhan. Muridnya ketika itu ramai yg tertewwas ( tdor ).

    BalasPadam
  55. Berzikirlah sehingga takut lidah dalam berkalam...semakin byk bercakap,semakin byk kesalahan kita...takutlah dlm berkata2...sy adalah salah seorang jemaah dr Tariqat Naqsyabandiah Al Kholidi di Perlis Kg Abi...jalur dr Tuan Sheikh Abdul Wahab Rokan...bykkan berlapang dada dlm menuntut ilmu dan berguru...jgn mencela guru org lain,sebaiknya bila kita masuk forum jemaah yg lain hendaklah kita menunjukkan akhlak yg sopan dan merendah diri krn kita adalah sesama Islam..."barangsiapa yg menyakiti umat Islam yg lain tanpa hak bererti dia menyakiti Rasulullah..."perasaan kasih dan sayang sesama ummat Islam itu sgt penting...disitulah kita mengenal diri kita takat mana kita bertasawuf...kuat ingat pada Allah...

    BalasPadam
  56. assalamualaikum semua,
    saya mengenali Sheikh Ismail sbb beliau adalah rakan pada arwah datok saya .rumah opah saya betul2 dekat dgn rumah Sheikh (sepelaung je) kat kg labu kubong.tak pernah pulak dengar Sheikh Ismail seorang yg tak hormat org lain.mana mungkin seorg guru tareqat tiada sopan sesama makhluk.tetapi Tuan Muhammad Qul Amirul Hakim saya minta ampun dan maaf sgt2 kalau apa yg saya nk bgtau ni buat tuan terasa.mengenai anak murid Sheikh Ismail, banyak jugak saya dengar org cerita pasal 'ketajaman bahasa dan anggapan mereka pada org lain yg tidak bertareqat adalah seperti lembu lah,syaitan lah,kafir lah.saya sendiri pernah kena kerana menegur seorg anak murid sheikh dari putrajaya kerana menghukum org islam lain kafir.perkara2 sebeginilah yg menjadi penghalang pada hidayah.tiang pada tareqat adalah adab,kalau takde adab malu guru,busukan nama guru.busukan nama2 Mashaikh,dan lebih teruk lg busukan nama tareqat.saya pun bodoh,taktau apa,lagak je lebih.tetapi sekadar saling ingat mengingati sesama ahli tareq.mcmana nk jalan atas jln iman kalau berperangai mcm tu? -mohd shah naqshaband

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tanpa Nama 451 ptg...
      hamba setuju dgn pandangan tuan. Mmg ada anak murid yang terlebih sudu dari kuah, tapi itu adalah proses menuju kematangan. Hamba dah jumpa ramai anak murid dari pelbagai aliran, kenal sangat org yg baru belajar ni,

      Padam
  57. Andai ada murid seperti itu,ia perlukan masa lg utk ditarbiah...kdg2 ambil masa sampai 20thn...org yg belajar Tariq ni kebanyakan org yg ada masalah akhlak hati dan fikiran...dan dipilih ditarbiah oleh Allah dibwh pimpinan tuan guru krn kasih sayang dr Allah atas makhluk yg masalah td...andai itu yg terjadi kita xdapat lari melainkan dgn bersabar dan berdoa saja kpd jemaah...Klu org pndg hina atas jemaah yg mcm ni,nk bt mcm mn...luar bidang kuasa kita...klu org yg baik2 ni jarang nak belajar Tariqat ni...hnya yg masalah2 ja byk..."hospital utk tempat org sakit,bukan tempat org sihat"

    BalasPadam
  58. A,kum Tuan hati sanubari.semoga rahmat Allah bersama2 tuan dan guru tuan sampai bila2 amin.saya setuju sgt2 dgn apa yg tuan katakan tu.perletakan tertib pertama bila bertariq adalah seluruh makhluk Allah adalah mulia dari kita dan sentiasa letak diri sbgai murid sampai mati.bila tak letak diri sbgai murid yg tu yg jd mcm tu.termasuk saya ni (lagak je lebih ni).jalan lorongan pada Iman adalah adab.natijah dari Iman juga adalah adab.kalau tkde rasa walau sekelumit pun nk beradab dgn org lain.lupakan nk beradab dgn Guru,Rasul dan Allah.adab ni konsep dia besar.adab adalah wadah pada amalan.kalau wadah pun tknak ambik tahu,mmg tkde jln la.wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam...alhamdulillah atas doa dr tuan ke atas sy dan guru sy...sgt2 diharapkan...ya,perjalanan kita sgt mementingkan perilaku adab hati dan luaran...sehingga bisa memberi hormat kpd jemaah ahli dan org luar...apabila kita dicemuh,pastikan ada rasa berlapang dada...biar dr siapa pun...insya Allah...semoga dipermudahkan...amin.

      Padam
    2. Hendaklah tulus dan ikhlas...jangan sampai menghambat kata pujian dan riak...

      Padam
  59. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  60. Muhammad Qul Amirul Hakim, kenapa komen yang tidak kena dgn nafsu kau, kau delete?aku baca komen2 yg dah kau delete banyak yang tepat kena pada batang hidung.belajar lagi.jangan dok ngutuk orang kafir lah.syaitan lah,tak baik.Allah tak suka.kata orang keyboard warrior lah.apa lah.aku tengok kau la keyboard warrior.siap ada blog..hehe..kena komen sikit dah meletup..hahahah..dok pom pang pom pang syahadat bagai,Allah Rasul..tap perangai macam tak rupa ahli zikir pun..kesian kau

    BalasPadam
  61. Salam Tanpa Nama 415 ptg.

    1)Bila pula hamba komen kafir, syaitan? Beri bukti.

    2)Blog ini dibuka ada tujuannya, bukan untuk mencari pertelagahan dengan manusia. Jadi kalau nak berbalah cari tempat lain.

    3)Kalau tak puas hati datang berjumpa, emel telah diberi, tapi tak mau jumpa. (qulamirulhakim@gmail.com)

    4)Hamba simpati dengan tuan hamba, menggelegak betul nafsu ammarah di hati tu. Istighfar banyak2, selawat banyak.

    5)Selepas ini, mana-mana komen nak bertelagah memang akan dibuang. Rumah hamba, hamba berhak menjaga keharmoniannya.

    wassalam.
    MQAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Tanpa Nama 415 petang,

      Tuan hamba tersilap orang nampaknya. Baca artikel di blog hamba jika nak kenal siapa hamba.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  62. Salamt tuan.boleh saya tahu apa perbezaan diantara tariqat naqsyabandiah dengan tariqat ahmadiah.tuan dari tariqat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tanpa Nama 1141 ptg,

      Banyak nak jawab tuan. Salasilahnya tidak sama, amalan khususnya tidak sama. Bnyk lagi. Yg penting kedua2nya Tariqat yg muktabar.

      Wassalam.
      MQAH


      Padam
  63. bezanya Naqshabandy adalah ibarat lautan..tareqat2 lain adlaah sungainya..

    BalasPadam