TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 8 September 2011

Persidangan Franchise International Malaysia 2011

Assalamu'alaikum,

Ini cerita lama, cerita 22-23 Julai 2011 yang lalu. Sepatutnya hamba memasukkan posting ini beberapa minggu yang lalu, namun hamba sebenarnya sedikit uzur ketika bulan Ramadhan yang lalu. Pada 22-23 Julai 2011, hamba menghadiri Persidangan Franchise International Malaysia 2011 yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sekali-sekala kena tukar angin. kalau dok asyik dalam bilik di tempat kerja, boleh beku kepala, boleh jumud pemikiran. Kedapatan ahli akademik di universiti awam dan swasta yang terlalu sibukkan dengan kerja mereka dan tidak menghiraukan dunia luar. Akhirnya, mereka bercakap perkara yang tidak relevan dengan dunia masa kini dan syok sendiri (SS).

Sesi pertama dipengerusikan oleh Prof. Dato' Dr. Adnan Alias, CEO IFBIM

Prof. Dato' Dr. Adnan Alias, merupakan mantan Naib Canselor Unisel 
dan mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM


Sesi pagi dihidangkan dengan pelbagai graf dan carta...

Ada sektor ekonomi yang mengalami pertumbuhan dan ada sektor ekonomi yang mengalami penguncupan


Tinjauan oleh MIER

Sesiapa belajar ekonomi 'dah biasa dengan akronim-akronim tu'...Hamba pernah belajar ekonomi dulu-dulu, memang membosankan...

Siapa suka nombor, carta, graf, boleh belajar ekonomi dan jadi ahli ekonomi

Perbandingan dengan negara-negara lain (AS dan Eropah)

Perbandingan dengan China, India dan Indonesia



Ni penceramah dia, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

Nama??? carilah sendiri dalam internet...:-)

Sasaran menjelang 2020, boleh capai ke???

Sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah Malaysia akan pening kepala dengan cabaran mengurus ekonomi masa kini....

Sektor utama dalam ekonomi negara

Sektor yang semakin mengecil dan tidak penting

Jangan kata persidangan macam ni 'sekular semata-mata'...

Unjuran ekonomi oleh MIER sehingga 2012

Yang ni penceramah dia dari Mesir...Tok Arab la tu...


Pencermamah Mesir ni berkongsi kaedah beliau membangunkan usahawan francais di Mesir



Antara peserta yang hadir.. lihat jam dalam gambar, baru pukul 10.07 pagi...

Suasana dari belakang dewan...

Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum turut serta...


Cuma pengalaman dan pemerhatian hamba dalam 10 tahun kebelakangan ini adalah keterujaan orang Melayu terhadap bidang perniagaan semakin mengghairahkan...

Habis sesi pertama baru ada Majlis Perasmian

ehmmm.... YAB Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan Persidangan dan Pameran FIM 2011 ini

Hamba tersembang dengan seorang pegawai PRO dari Kementerian Pelajaran yang turut hadir....Beliau kata kalau PM atau TPM hadir sesuatu Majlis Perasmian, kena sediakan sekitar 50 kerusi untuk wartawan...

Hamba dimaklumkan pihak penganjur sediakan 30 kerusi saja untuk 'press', tu yang sesak kat depan tu...


Satu hamba puji Majlis Perasmian ni, ada 2 ucapan sahaja iaitu oleh Pengerusi MFA dan YAB TPM... Kita kena ikut orang Jepun dan lain-lain bangsa agar masa dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kalau 3-4 orang berucap pun, bukan depa yang sediakan teks, depa baca teks saja... Dan peserta pun bukan nak dengar sangat...Jadi lebih baik bagi  'the main player' saja untuk berucap... Pengalaman hamba menghadiri majlis perasmian persidangan di Eropah sememangnya ringkas.  Aktiviti bernilai tambah rendah harus dikurangkan...

Cuma hamba dimaklumkan oleh seseorang yang boleh dipercayai bahawa gimik Majlis Perasmian Persidangan/Seminar sebegini oleh VVIP (PM, TPM dan Pak Menteri) biasanya menelan belanja yang banyak, puluhan ribu, ratusan ribu. Itu membazir namanya....Adalah lebih baik wang puluhan/ratusan ribu itu digunakan untuk membaiki kemudahan awam atau menolong mereka yang sepatutnya. Kalau difikirkan dalam setahun, berjuta-juta dibelanjakan oleh pelbagai Kementerian untuk gimik sahaja... Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kena tukar budaya kerja mereka, aktiviti yang nilai tambah rendah/kurang/tiada perlu dihapuskan/dibuang. Gimik perasmian ni dalam 1-3 minit saja, bukan ada kesan pun kat peserta/sasaran, habis berpuluh ribu, memang membazir... PTD kena 'nasihat Pak Menteri', perasmian sekadar pukul gong atau dengan ucapan pun dah cukup, buat apa nak membazir...mentang-mentang PTD di pelbagai kementerian pegang banyak duit, depa ingat boleh habiskan ikut suka ka??? Ubahlah sikit pemikiran tu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan