TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 27 Oktober 2011

Terima Kasih Guruku

Assalamu'alaikum,


Adapun warkah dan nukilan ini kutujukan kepda guruku yang dimuliakan, yang amat kucintai dan amat kukasihi. Ada kiranya lebih 15 tahun engkau membimbingku ya guruku.  Akan 15 tahun ini seperti masih baru berlalu semalam. Tanpa kusedar ianya telah berlalu dalam kira-kira seperempat usia umat akhir zaman. 


Akan diriku ini, meniti pasang-surut dalam ibadah, meniti 1001 ujian kecil dan besar, pendek dan panjang, luas dan dalam, akan banyaknya Ujian Allah yang diriku gagal menghadapinya dengan baik, akan banyaknya ujian-ujian itu diriku gagal  lulus dengan cemerlang, akan banyaknya ujian itu diriku terombang-ambing dipukul badai ganas, akan banyaknya ujian itu selayaknya aku tidak lagi bergelar anak muridmu, namun engkau guruku masih di situ.


Akan lebih 15 tahun itu, banyak benar salahnya diriku kepada dirimu, banyak benar nasihatmu yang aku gagal tunaikan, banyak sungguh kata-katamu gagal aku jadikan ia kenyataan, tidaklah aku menjadi anak murid yang menggembirakan dirimu, tidaklah aku menjadi anak murid yang boleh dijadikan contoh kepada anak muridmu yang lain, tidaklah aku menjadi anak murid yang berjaya dalam bimbinganmu, sedangkan engkau ya guruku, masih di situ, telah begitu banyak berjasa kepadaku...


Walau begitu buruk ibadat aku kepada Allah A.W.J, walau begitu teruk akhlakku dan kelakuanku, walau begitu jauh aku dengan Tuhanku, engkau guruku masih di situ. Sentiasa berkalam indah dengan diriku, tidak pernah memarahi diriku, nasihat demi nasihat sentiasa engkau guruku taburkan pada diriku, kata-kata semangat dan rangsangan sentiasa menjadi buah bicaramu, kelapangan masa sentiasa disediakan untukku, begitu sabar engkau membimbing diriku yang hina dan penuh bermasalah ini, betapa luhur budi dan akhlak dirimu dalam membimbing diriku yang degil, cuai dan alpa ini.


Akhir kata, moga-moga engkau mengetahui akan bicara dan nukilan hati anak muridmu ini. Sesungguhnya guruku, aku mengasihi dirimu guruku, sebagaimana aku mengasihi diriku. Moga-moga aku  mengikuti jejakmu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan