TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 30 Januari 2012

Pameran Franchise International Malaysia 2011

Assalamu'alaikum,

Ini artikel lama yang dah enam bulan berlalu. Hamba terlupa bab artikel ini dan lama ia terpendam di 'Draft' sedangkan ia sudah lama siap untuk dipaparkan. Sempena Persidangan FIM 2011 yang hamba sertai, hamba turut menghadirkan diri ke Pameran Franchise International Malaysia 2011 yang berlangsung di PWTC, berdekatan dengan lokasi persidangan. Perbezaan utamanya adalah Pameran FIM 2011 ini berlangsung selama 3 hari (22-24 Julai 2011) berbanding Persidangan FIM yang berlangsung selama 2 hari sahaja (22-23 Julai 2011). Pemamer-pemamer merupakan sistem francais tempatan dan antarabangsa yang bertapak di Malaysia atau ingin bertapak di Malaysia. Berikut merupakan antara pemamer-pemamer yang terlibat dalam Pameran FIM 2011 ini.


The Lieza - Produk kecantikan, hamba pun kali pertama dengar dan tahu

Ar-Rahnu XChange-milik Bank Rakyat berjaya menawarkan 'pajak gadai Islam' kepada rakyat. Dari temubual dengan pegawai2 Ar-Rahnu, komposisi pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, bukan orang Melayu dan Islam sahaja. Islam berjaya menawarkan alternatik terbaik kepada masyarakat berbanding pajak gadai biasa yang 'cekik darah'...

Tutti Frutti adalah sistem dari luar negara yang dibawa masuk oleh Kumpulan NAZA. Ia menawarkan produk beku yogurt/aiskrim yogurt. Hamba kira pewaris NAZA telah melakukan strategi kepelbagaian tidak berkaitan yang berbeza dengan arwah bapanya. 

D'Monte - tadika, pusat perkembangan kanak-kanak yang merupakan 'homegrown system'

Siapa kata orang Melayu tidak boleh berjaya? Yati Ayam Percik merupakan contoh orang Melayu boleh berjaya dalam konsep perniagaan moden, yakni francais. Perniagaan ini bermula di Kota Bharu dan 'kehebatan' restoran ini adalah pada ayam perciknya.

Hamba pernak makan sekali di Restoran Yati Ayam Percik di BBBangi. Kuah ayam perciknya memang 'power', sehingga menjilat jari. Setakat ini, hamba dengar jualan restoran ini adalah memuaskan dan melebihi jangkaan awal.  Dengan sedikit bimbingan daripada perunding Melayu, syarikat ini berjaya difrancaiskan.

Buraq Oil - syarikat Melayu/Bumiputera yang terlibat dengan perniagaan stesen minyak di luar bandar

Dengan berpuluh ribu tambahan  modal, stesen minyak kampung ditukar menjadi sebuah stesen moden dan produk peruncitan turut ditambah agar kepelbagaian pendapatan dapat diraih

Marrybrown - antara jenama francais tempatan milik pengusaha Cina yang  berjaya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Walaupun belum berupaya 'bersaing' dengan KFC dan McD, Marrybrown merupakan antara sistem tempatan yang paling banyak memenangi anugerah francais di peringkat kebangsaan. Ibu pejabat Marrybrown terletak di Johor Bahru.

 D'Tandoor merupakan perniagaan milik Muslim yang menyajikan makanan berasaskan India



Menara Optometrist - sebuah syarikat milik Muslim sepenuhnya. Pengguna Muslim mempunyai alternatif untuk mendapatkan rawatan mata daripada pakar mata Muslim masa kini dengan berkunjung ke Menara Optometrist. Mengapa perlu habiskan wang anda di tempat lain? Jihad ekonomi adalah dengan menyokong dan berbelanja di outlet Muslim. 

Menara Optometris diasaskan oleh graduan Melayu, graduan optometris dari UKM. Kini memiliki sekitar 30 outlet, Menara Optometris boleh berkembang lebih pesat jika kita (orang Muslim) menyokong perniagaan milik Muslim. Mengapa perlu habiskan RM400-RM700 di premis perniagaan bukan Muslim jika orang Islam menawarkan perkhidmatan yang sama??? Kejayaan Menara Optometris adalah kejayaan UKM. Satu perkara yang kebanyakan pengguna tidak tahu adalah terdapat perbezaan antara 'Optometris' dengan 'Optik'.  Mendapatkan rawatan mata dan cermin mata di premis 'Optometris' adalah paling baik untuk anda berbanding ke kedai 'Optik' kerana Optometris merupakan pakar mata, bukan sekadar 'buat cermin mata'.



Pusat sehentian pelbagai perkhidmatan milik KPDNKK turut beroperasi untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat.


Forest Secret merupakan jenama francais yang dimiliki oleh PNS, sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk membangun sistem francais tempatan antaranya.


Dari itu, kebanyakan pekerja dan pegawainya merupakan orang Melayu/Islam. Ringkasnya bolehlah dikatakan Forest Secret adalah GLC (Government Link Company) Melayu.

Gloria Jean's Coffees adalah jenama antarabangsa dari Australia yang bertapak di Malaysia

Anda mungkin tidak tahu bahawa  Gloria Jean's Coffees dibawa masuk oleh PNS di mana PNS merupakan francaisi induknya (Master franchisee)

Hamba 'difahamkan' bahawa Restoran MeatWorks ini dari luar negara  dan dibawa masuk ke dalam pasaran tempatan oleh anak seorang VVIP...

Vegetarian tidak sesuai berkunjung ke restoran ini...:-)

Konsep dan produk restoran ini boleh dikatakan baru di Malaysia dan berbeza dengan konsep-konsep sedia ada.

ChicKing (http://chicking.com.my/) - jenama antarabangsa yang bermula di UAE pada tahun 2000. Kini berkembang ke lebih 10 negara dan mereka sedang berusaha untuk bertapak di Malaysia.  Apapun hamba sekarang kurangkan makan ayam, lebihkan makan ikan, daging dan sayuran. Bukan apa, kes-kes ayam disembelih dah jadi macam2, disuntik dll menyebabkan hamba beralih makan ikan (yang tidak disuntik pun), daging (daging tempatan yang lebih segar) dan sayur-sayuran.

Pusat Tuisyen milik syarikat tempatan- masih belum banyak pusat tuisyen yang difrancaiskan berbanding Tadika, Taska/Nursery.


Syarikat aksesori kereta yang mengkhusus dalam kusyen kereta (milik bukan Bumiputera) - masih banyak peluang dalam perniagaan ini dan penguasaan syarikat Muslim masih kurang.


Modern Montessori dari United Kingdom yang cuba meneroka pasaran Malaysia. Peluang masih ada cuma pasaran begitu sengit dengan pemain-pemain yang ramai dan hebat.


Kinderland - sama seperti komen hamba sebelumnya,  pasaran begitu sengit dengan pemain-pemain yang ramai dan hebat

Sakura Kristal Cafe & Restaurant - paling banyak jenama francais adalah dalam perniagaan restoran/makanan. Jadinya persaingan dalam perniagaan sebegini begitu sengit. Kadar sewa premis di kompleks membeli-belah tidaklah murah. Hanya yang terbaik akan kekal di pasaran. Restoran dengan konsep, rekabentuk dan produk berbeza diperlukan untuk menembusi pasaran.



 SNIPS - jenama potong rambut, cuci rambut dan urus rambut yang berasal dari Malaysia.








 Mail Boxes - jenama antarabangsa

Nak cari kerja, daftar le...

Persatuan Francais Malaysia (MFA). NGO yang ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membangunkan industri francais di Malaysia.  Selepas 17 tahun, francais semakin dikenali oleh rakyat Malaysia dan semakin banyak syarikat yang menjalankan perniagaan menerusi konsep francais.


House of Healin (http://www.healin.com.my) - syarikat Muslim/Bumiputera yang diasaskan oleh seorang saintis, 'Profesor Gamat', Prof. Dato' Dr. Hassan Yaacob. Syarikat ini beroperasi dari Shah Alam dan memiliki rangkaian francaisi di seluruh negara. Kelebihan produk syarikat ini adalah ianya melalui proses penyelidikan yang terperinci dan terbukti berkesan sebelum ia dipasarkan. Negara memerlukan lebih ramai orang seperti Prof. Dato' Dr. Hassan Yaacob. Ini membuktikan ahli akademik tempatan, ilmuwan Muslim berwibawa dalam meneroka dan merungkai khazanah alam untuk kepentingan manusiawi.

Persatuan Francais Thailand turut membuka 'booth' mereka di sini untuk mempromosi produk-produk francais dari Thailand.



Bangi Kopitiam - bermula di BBBangi

Bangi Kopitiam  (http://www.bangikopitiam.com/) - sistem francais tempatan

 Hamba tak pernah ke Bangi Kopitiam...he3... makan dan minum 'air tangan' isteri lebih afdal sebenarnya...

Sunrider - jenama dari Amerika Syarikat

 Nak tahu lebih lanjut, layari http://www.sunrider.com/Home.aspx

Ridpest - homegrown system







Mama Chops Papa Grill - dahlunya dimiliki oleh bukan Muslim, kini dibeli dan diuruskan oleh usahawan Muslim



Mayflower - hamba kenal bossnya seorg Muslim walaupun syarikat ini pemiliknya adalah bukan Muslim



Leno - homegrown system






Smart Reader -  jenama tempatan ke persada antarabangsa...sayangnya ia milik bukan Muslim



Children Islamic Centre- tadika berkonsepkan Islam

YAB Timbalan Perdana Menteri ziarah ke sini - tu yang padat tu...




Forest Secret dimiliki oleh PNS tetapi perkembangannya menjadi satu persoalan...Agensi kerajaan tidak seharusnya menjadi 'peneraju perniagaan'. Biarkan usahawan yang menerajui usahaniaga-usahaniaga yang mempunyai masa depan. Pemikiran seorang usahawan tidak sama dengan pemikiran seorang pengurus 'yang makan gaji'.







Siapa yang memiliki Meatworks Malaysia? Takkan anda tak ikuti kisah yang menggemparkan Malaysia dalam November 2011 -Januari 2012.  Apabila keputusan dan dasar kerajaan melibatkan suami, anak, saudara-mara kepada Menteri sebagai contoh, maka 'banyak yang tak jadi'...


Hamba belum makan di ChicKing kerana belum dapat 'Halal Malaysia'

Tanya Bahagian Halal Hub di JAKIM kalau nak tahu tentang 'standard halal' Pak Arab di Timur Tengah... Jangan ingat negara Arab tu Islam dan mereka mengambil berat tentang halal-haram bab makanan n i.





 
Suruhanjaya Koperasi Malaysia - antara cara kita 'nak mengatasi' masalah peniaga-peniaga bukan Muslim yang 'menyusahkan' kita adalah dengan menggerakkan koperasi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan