TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 26 Ogos 2012

Kembalinya Tuan Guru Hj Lebai Juri ke Rahmatullah

Assalamu'alaikum,

Hamba baru buka blog dan baca ada satu komen dari pembaca. 

*As salam pemilik blog,di maklumkan bahawa tuan guru lebai juri telah pun menemui Allah SWT pada 24/08/2012 @ 04.15pm di hospital daerah jelebu.doakan semoga allahyarham bersama orang-orang yg beriman."


Hamba cuma sekali bertemu Tuan Guru Hj Lebai Juri. Kisahnya ada di sini.  Terima kasih banyak2 kepada  penyampai berita ini. Hamba sendiri walaupun dalam setengah jam ziarah beliau dan itu merupakan pertemuan pertama, 'kasih-sayang beliau kpd hamba' tetap hamba kenang. Pesanannya pada hamba cuma satu 'La ilaha illAllah'....faham2kanlah...

Allahyarham Tuan Guru Hj Lebai Juri berkahwin dengan Yang Chik Binti Nordin dan dikurniakan dengan 6 orang anak; 1)Aisyah (sudah meninggal dunia) 2)Harun (sudah meninggal dunia)  3)Isa   4)Jamilah   5)Mohd Nor  6)Muhammad.  Anak bongsu Allahyarham,  Muhammad Bin Lebai Juri adalah Ketua Pengarah Nuklear Malaysia.  Allahyarham merupakan ikhwan Tariqat Ahmadiah Idrisiyah tetapi cucunya (yang memberikan maklumat ini-Abdul Jabbar Mohd Taib) tidak pasti sama ada Allahyarham berbaiah dengan Shiekh Muhammad Said Linggi atau Sheikh Ahmad. Cucunya memberitahu hamba yang arwah Atuknya (Allahyarham TG Hj Lebai Juri) kenal Sheikh Murtadza dan pernah mendukung Sheikh Murtaza sewaktu kecil.

Allahyarham banyak mengajar agama di kawasan Jelebu pada era 1950-an sehingga ke awal 1990-an dan fokus kepada ilmu tasawuf dan zikir.  Tentang kelebihan dan kekeramatan beliau, anak-anak muridnya yang banyak tahu. Ada pelajar yang menuntut di Mekah datang menziarahi beliau atas petunjuk yang diterima semasa mimpi di Mekah dan kemudian pelajar ini terus berhubungan dengan Allahyarham melalui surat. 


Pernah 1 hari anak murid membawa atok naik motosikal berjalan d kg batu serambai..tiba2 minyak habis..anak murid berkata Tuan minyak sy habis..atok sy terus g ke area semak di sebelah..mengambil 1 tong minyak..di tuang dlm moto..atok sy berkata klu bile2 minyak ko xde g je area semak tu ye ambil minyak..Byk lg cerita2 keramat beliau yg di ceritakan oleh org kampung & anak murid beliau..ada orang jumpa beliau di mekah sedang beliau berada di jelebu..(cerita daripada cucunya)


Berapa ramai insan yang dimengertikan mengenai rahsia-rahsia-NYA dan memilih untuk lebih banyak berdiam diri. Allahyarham merupakan salah seorang daripadanya.

Al-Fatihah untuk Tuan Guru Hj. Lebai Juri...


Wassalam.

3 ulasan:

  1. Asssalamualaikum...al fatihah buat tuan guru
    Tuan syeikh adalah anak murid kepda tuan syeikh abdullah bin syeikh said jamaludin al linggi.dlm masa yg sama allahyarham belajar dgn tuan syeikh ahmad dan berkhidmat sebagai juru tulis teks khutbah jumaat dan merangkap juru tulis peribadi tuan syeikh ahmad mufti n9 yg pertama.
    Byk pengalaman juga rahsia pada anak murid beliau yg mana tiada usaha untuk mengumpulkan untuk ditulis buat tatapan jenerasi akan datang.maka jadi lah riwayat yg di sampaikan melalui penceritaan yg tak rasmi tiada yg tertera.lama kelamaan hilang begitu sja.contohnya beliau berbasikal pergi ke pekan kuala klawang muridnya naik motosikal yg sampai dulu adalah beliau siap dah beli barang sikit umpama tasbih dan kain.

    BalasPadam