TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 10 Disember 2012

Ziarah Guru di Hujung Benua

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala, pada 10 November 2012 bersamaan 25 Zulhijah 1433, hamba dapat menziarahi guru hamba yang amat hamba kasihi di hujung benua. Selepas bersiap-sedia untuk ekspedisi ke Selatan tanahair, kami bertolak dari rumah. Senarai tempat untuk dikunjungi dalam ekspedisi keluarga pada kali ini macam-macam juga. Penuh kereta hamba sekeluarga dengan segala keperluan dan barang untuk tempoh selama enam hari. Walau bagaimanapun, taklah padat kerana di Malaysia, tak perlu bawa barang makanan. 

Hamba pernah kembara kelana selama sekitar 16 malam di Eropah bersama isteri dan anak-anak. Dari Harwich, England, kami ke Hook of Holland di Belanda dengan menaiki feri. Feri di sana bukan macam Feri Pulau Pinang atau Feri Langkawi, ia memang besar, setinggi 8-10 tingkat dan biasanya tiga tingkat bawah digunakan untuk kenderaan dari motorsikal sehinggalah ke lori kontena 40 kaki. Kami bermalam selama enam malam di Duinrell  di Belanda.   Duinrell merupakan sebuah pusat perkhemahan, pusat caravan, taman tema kecil. Kami menyewa khemah pasang siap yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur termasuk 5 katil, ruang tamu dan dapur. Tebal khemah ini macam khemah tentera dulu-dulu. Tempat ini dijadikan 'pusat operasi' kami dan kami sempat berkelana beramai-ramai (empat  buah kereta) ke Rotterdam, Amsterdam, The Hague, Keukenhof, Madurodam, dan Volendam di Belanda. Kami juga sempat ke Antwerp dan Brussels di Belgium. Kemudian singgah bermalam di Luxembourg, sebuah negara kecil yang bersempadan dengan Belgium, Peranchis dan Jerman. Luxembourg memang cantik dan tenang, serta antara negara yang mempunyai pendapatan perkapita tertinggi di dunia selain indeks kesihatan dan keselamatan yang tinggi. Sebelum sampai ke Luxembourg, kereta kami (waktu tu pakai Honda Odyssey) masuk keluar antara Peranchis dan Jerman berulang kali. Kejap masuk Jerman, kejap masuk semua ke Peranchis.

Selepas itu kami singgah bermalam tiga malam di Strasbourg, Peranchis. Dari Strasbourg sebagai pusat operasi baru, kami ke Stuttgart, Europa Park dan Heidelberg di Jerman. Strasbourg merupakan pusat Polis Eropah dan Parlimen Eropah. Selepas Strasbourg, kami singgah di beberapa bandar di Jerman, Zurich di Swiss dan bermalam di Interlaken di Switzerland. Interlaken merupakan pusat operasi kami di Switzerland dan dari sini kami ke Geneva, Lausanne, dan Berne selain naik keretapi mendaki puncak Alps. Selepas tiga malan di Interlaken, kami ke Paris dan bermalam selama tiga malam di dua buah pusat perkhemahan a.k.a. pusat caravan. Sempat juga melihat beberapa tempat sekitar Paris. Di Paris,  kami lebih banyak berehat di Caravan sebab isteri keletihan kerana mengandung anak keempat (5 bulan lebih). Maklumlah dah dua minggu berjalan. Pengorbanan isteri bersama disisi dalam kembara kelana di Eropah walaupun mengandung anak keempat akan hamba kenang selalu. Selepas itu kami ke Calais di Peranchis dan naik feri ke Dover di England. Alhamdulillah, dalam 16 malam di Eropah, kami berjaya menempuh perjalanan sejauh 5,000 kilometer (purata 300 km lebih sehari) tanpa masalah kenderaan dan lain-lain.

Berbalik kepada cerita ziarah guru di hujung benua. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kami sampai dalam jam 545 petang. Guruku ini ada di rumahnya dan hamba dan isteri serta anak-anak "bersama beliau" sehingga jam 830 malam, lebih kurang. Tak dapat dibayangkan betapa bersyukur hamba kerana dapat ziarah beliau. Dah empat tahun hamba tidak ziarah beliau. Selepas pulang dari luar negara pada tahun 2010, hamba ada beberapa kali nak ziarah tetapi masa kurang sesuai. Pernah hamba telefon dan diberitahunya 'ramai orang' di rumahnya, jadi tak sesuailah. Hamba kalau ziarah guru ini, taknak ada orang lain, baru puas dapat bercerita, bertanya apa nak ditanya. Kemudian dapat juga tahu 'ada kesalahan hamba', jadi sebab tu ada halangan untuk berjumpa. Berlinang sebentar air mata hamba menahan kesyahduan berjumpa Sang Guru. Selepas pemergian Guru Mursyid hamba pada tahun 2002, hamba memang ada berguru dengan beberapa orang guru, tetapi dengan Sang Guru di hujung benua ni lain sikit...Bahagian masing-masing.

Ehmmm, apa yang boleh dikongsi dengan pembaca tentang cerita kami bersama Sang Guru? Beliau ada bercerita tentang Mekah di betul-betul akhir zaman, tentang di manakah kedudukan imam solat di Masjid Nabawi (siapa tahu?), tentang syurga di bumi, mengapa ziarah Taman Raudah dibuka 24 jam kini (dulu ditutup malam dalam jam 1000 malam sehingga 2/3 pagi), tentang Solat Tahajud, tentang Solat Hajat,  tentang bala di Malaysia, tentang peri pentingnya "memegang Mazhab Syafie", mengapa Madinah ada musim sejuk dan peristiwa berkaitan. Sang Guru juga bercerita tentang masjid lama di Johor, kepentingan Raja/Sultan Melayu di Tanah Melayu menggunakan warna kuning diraja (ada rahsia bagi Raja/Sultan yang mengambil tahu), tentang Perang Dunia Kedua dan macam-macam lagi...maaf hamba boleh buka setakat ini sahaja... Cuma yang penting dan hamba nak beritahu, masih banyak amalan RSAW yang tidak ada di kitab-kitab kuning, kenalah kita mencarinya daripada guru-guru mursyid.  Lebih kurang 2 jam setengah bersama Sang Guru, hamba, isteri dan anak-anak memohon izin untuk pergi. Alhamdulillah, tak ada orang yang datang untuk 'minta ubat' atau perkara lain. Hidup terasa seperti segar kembali, maklumlah dah empat tahun tak "caj bateri" dengan Sang Guru. Terubat rindu teramat rindu untuk berjumpa Sang Guru. Yang penting dalam beramal adalah hati dan intipati amalan, tak perlu kuantiti tetapi kualiti.

Selepas ziarah Sang Guru, kami ke Parit Raja di Batu Pahat. Hamba sekeluarga bermalam di rumah kawan yang dikenali semasa di luar negara. Selesai ekspedisi hari pertama, banyak bersyukur atas rahmat-NYA dan limpah kurnia-NYA.

Wassalam.

5 ulasan:

  1. ke pulau besor tak cite ke yob...abdussalam

    BalasPadam
  2. Salam Tanpanama 1032pm...Sabo, enam hari ekspedisi, ceghita hari pertama dulu yob...

    BalasPadam
  3. Hehehe..yer beno juge..cerita habis nanti pendek plak blog ni...takdak thrill...hihihihi

    BalasPadam
  4. boleh saya tahu siapa guru tuan hamba. hamba sekarang tengah mencari guru

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Kopi kaw...ada yang diberikan namanya dalam blog ini dan ada yg dirahsiakan. semuanya bersebab

      Padam