TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 19 Ogos 2013

Ziarah Wakil Talqin Tariqat Qodiriyah Naqsyabandiyah - Tuan Guru Hj Mohd Zuki As-Sujjak Bin Shafie

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, pada 1 Syawal 1434 bersamaan 8 Ogos 2013, hamba dan keluarga berkesempatan ziarah Wakil Talqin Tariqat Qodiriyah Naqsyabandiyah - Tuan Guru Hj Mohd Zuki As-Sujjak Bin Shafie di Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Hamba pernah ziarah Abah Anom di Suryalaya, Tasik Malaya, Jawa, bulan Disember tahun 2003. Itulah ziarah pertama dan terakhir hamba dengan Abah Anom. Abah Anom kembali ke rahmat Ilahi, Sang Kekasih pada 5 September 2011 dan dimakamkan di Suryalaya pada 6 September 2011. Walaupun pertemuan zahir hanya sekali, perhubungan bukan zahir tidak boleh dibicarakan di sini kerana mengundang fitnah. Cukuplah dikatakan Abah Anom merupakan sebagai salah seorang guru kepada hamba yang banyak dosa ini dan kenangan bersama beliau akan terpahat dalam lipatan sejarah hamba dan keluarga. Al-Fatihah untuk Tuan Guru Shohibul Wafa Tajul Arifin....Al-Fatihah.

Tuan Guru Hj Mohd Zuki As-Sujjak Bin Shafie atau lebih mesra dipanggil Pak Guru, merupakan Wakil Talqin Tariqat Qodiriyah Naqsyabandiyah yang terkenal itu. Kalau dalam Tariqat Naqsyabandiyah, Wakil Talqin ini lebih kurang macam Khalifah lah...Pak Guru mengasaskan Pondok Inabah  (model asal di Suryalaya, Jawa) di Kedah pada tahun 1980-an di rumahnya sendiri di Pulau Bidin, Langgar, Alor Setar, namun kemudiannya berpindah pula ke Jabal Suf, Kuala Nerang beberapa tahun selepas itu (1996).  Ini kali keempat hamba ziarah Pak Guru. Kali pertama tahun 1996, diajak kawan dari UUM pada malam Jumaat yang pekat, kami berkereta ke Pondok Inabah di tengah-tengah sawah. Itu kali pertama hamba melihat penagih-penagih dadah 'terjerit-jerit dan terpelolong' ketika majlis zikir diadakan pada malam Jumaat itu. Hamba ingat Pak Guru bercerita tentang 'diri' pada malam tersebut. Salah seorang ahli zikir malam itu berpesan kepada kawan hamba yang ajak hamba itu, 'jangan terpisah dengan hamba', hamba pun tak tahu apa maksudnya waktu itu. Kali kedua, hamba dibawa oleh Tuan Mangkuk sekitar tahun 2002/2003 dan hamba ada persoalan penting yang harus ditanyakan kepada Pak Guru. Alhamdulillah, jawapan Pak Guru sama dengan jawapan dua orang guru lain yang ditanyakan soalan yang sama. Kali ketiga bertemu Pak Guru di BBBangi, ketika Pak Guru hadir dalam Majlis TQN di salah sebuah rumah Profesor di BBBangi pada tahun 2003 juga. Waktu itu  hamba ada persoalan rumit atau juga satu ujian besar yang perlu diselesaikan. Ujian ini hamba tempuhi dan selesaikan semasa Ekspedisi ke Tanah Jawa bulan Disember 2003 di  mana ziarah  Abah Anom merupakan salah satu darinya. Kiranya sekitar 10 tahun juga tidak bertemu secara zahir dengan Pak Guru. Raya Haji tahun lepas (2012/1433), hamba datang ke Jabal Suf, tetapi 'belum ada rezeki' nak berjumpa beliau. 


 Pak Guru -  Tuan Guru Hj Mohd Zuki As-Sujjak Bin Shafie
(Tarikh dan masa gambar tidak betul kerana belum dibetulkan di dalam kamera)

TQN, yang menggabungkan amalan Tariqat Qodiriyah dan Naqsyabandiyah diasaskan oleh Syekh Ahmad Khootib Syambaasi rodliyalloohu 'anhu. Abah Anom merupakan guru mursyid ke-36, kalau mengikut salasiah rasmi TQN di Suryalaya. Selepas pemergian Abah Anom September 2011, belum ditunjuki-NYA siapa pengganti beliau, maka TQN belum bermursyid setakat ini.  Hamba sampai di Pondok Inabah selepas ziarah saudara-mara di Alor Setar sekitar jam 630 petang juga. Tengok-tengok, Tuan Mangkuk dan Tuan Kanjeng Sunan pun ada, ehmmm rezeki bertemu di sini. Untuk pengetahuan pembaca juga, ada beberapa bilik tetamu disediakan untuk keluarga yang datang ziarah, juga boleh bermalam.


Mula-mula itu, kami 'sembang di luar' sebelum Pak Guru ajak sembang di dalam rumah. Tuan Mangkuk, Tuan Kanjeng Sunan dan ada individu lain turut serta dalam sembang di dalam rumah itu. Kami berhenti sebelum Maghrib, solat berjemaah Maghrib di surau dalam Pondok Inabah. Tuan Mangkuk dengan ahli keluarganya dan Tuan Kanjeng Sunan mohon permisi selepas solat Maghrib kerana mereka sudah lama di situ. Selepas majlis zikir di Surau, hamba sekeluarga bertemu Pak Guru. Hamba  tanya sendiri kat isteri dan anak-anak, ada apa-apa nak tanya, tanya sendiri kat Pak Guru bukan senang nak bertemu. Itulah cara hamba kalau ziarah guru, biar anak-anak dan isteri tanya apa mereka nak tanya kepada Sang Guru. Pernah waktu kami ziarah Sang Guru di hujung benua, anak kedua hamba tanya umur Sang Guru, dan Sang Guru kiaskan 9 tahun...:-) 


Anak sulong hamba tanya tentang amalan nak mudah ingat, mudah hafal, mudah faham pelajaran. Jawab Pak Guru, amalkan amalan di bawah sebanyak 11 kali ketika bangun tidur dan hembuskan pada air (air masak/air mineral), dan minum. Buat amalan ini waktu baru bangun tidur belum minum dan makan apa-apa, belum ke bilik air/mandi. 


La ilāha ilAllāh Muhammadur Rasūl Allāh fi kulli lamhatin wa nafasin’ adada ma was’iahu ‘ilmullāh 

Tiada Tuhan selain Allah Muhammad Rasulullah, pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas seluas ilmu Allah.

“There is no deity but God, Muḥammad is the messenger of God, in every blink of an eye and taking of a breath, an amount that is encompassed by the knowledge of God”


Isteri hamba pula tanya amalan mudah nak bangun pagi mendirikan Solat Sunat Tahajud.  Jawab Pak Guru, amalkan baca surah Alamtarokai... (Al-Fiil/Gajah) 11 kali dan Alam Nashrah... (Al-Inshirah) 11 kali sebelum tidur. Anak kedua hamba bisik kat hamba suruh tanya satu soalan. Mula-mula hamba fikir, berat juga soalan tu kalau nak ditanya, mengenang nanti terkilan pula anak hamba kalau hamba tak tanya soalan tu, hamba tanya juga soalan itu at Pak Guru...Pak Guru tersenyum sambil menjawab, "sikit-sikit, nanti dapatlah pandang... tu".. Pak Guru suruh amalkan, lazimkan dengan Bismillah dalam memulakan apa sahaja kerja/perbuatan/kelakuan. Pak Guru menceritakan bagaimana Abah Anom dulunya dalam mendidiknya menyuruh beliau bacakan Bismillah 70,000 kali agar beliau lazim dalam memulakan apa saja kerja dengan lafaz yang agung itu. Pak Guru juga menceritakan pelbagai fadilat Bismillah, antaranya, menukarkan perkara mudarat menjadi manfaat. Bagi orang tasawuf, surah Al-Fatihah itu terkandung dalam Bismillah. Sebab itu, orang-orang dulu dapat berjalan atas air dengan lafaz Bismillah... saja. Malah kunci ke alam ghaib juga adalah dengan lafaz Bismillah... juga.

Kuih raya Pak Guru anak murid yang hantar....


Akan hamba sendiri apa yang ditanya? Tak perlulah anda tahu, kerana ia urusan peribadi hamba. Cuma, Pak Guru juga  guru hamba dan hamba memang 'kena ziarah' Pak Guru atas 'suatu urusan' dan 'pelbagai urusan'. Dari urusan itu, akan ada urusan yang lain, berdasarkan pandangan/jawapan Pak Guru. Dalam jam 900 malam, kami meninggalkan Jabal Suf. Alhamdulillah,  isteri suka, anak sulong suka, anak kedua suka, hamba pun suka dan bersyukur. Anak ketiga dan keempat  memang 'sentiasa suka' sebab boleh berlari ke sana-sini... Masing-masing puas hati dapat tanya sendiri apa nak ditanya dan secara bersemuka. 930 malam kami sampai di Lebuhraya PLUS dan jam 1100 malam kami sampai di rumah di kampung....Moga-moga dengan catatan ini di blog ini, akan ada pencari-pencari tasawuf ziarah, bertemu dan belajar dengan Pak Guru.   Wassalam.

Meja makan yang 'antik' di Jabal Suf

Salah satu sofa unik di Jabal Suf

Salasilah Tariqat Qodiriyah Naqsyabandiyah
1.     Robbul arbaabi wamu'tiqur riqoobi Alloh subhanahu wa Ta'ala
2.     Sayyidunaa Jibbriil 'alaihis salaam
3.     Sayyidunaa manba-ul 'ilmi wal asroori wa makhzanul faidli wal anwaari wa maljaa-ul ummati wal abroori wamahbathu jibriila fil-laili wan nahaari wa habiibulloohis sattaaril ladzii unzila  'alaihi afdlolul kutubi wal asfaari sayyidunaa Muhammadunil mukhtaari shollaoohu 'alaihi wa 'alaa aalihi wa ash-haabihil akhyaar
4.     Sayyidunaa 'Aliy karomalloohu wajhah
5.     Sayyiduna Husain rodliyalloohu 'anhu
6.     Sayyidunaa Zainal 'Abidin rodliyalloohu 'anhu
7.     Sayyidunaa Muhammad Baaqir rodliyalloohu 'anhu
8.     Sayyidunaa Ja'far Shodhiq rodliyalloohu 'anhu
9.     Sayyidunaa Imam Musa al-Kaadhim rodliyalloohu 'anhu
10. Syekh Abul Hasan 'Ali bin Musa al-Ridho rodliyalloohu 'anhu
11. Syekh Ma'ruuf al-Karkhi rodliyalloohu 'anhu
12. Syekh Sirris Saqothi rodliyalloohu 'anhu
13. syekh Abul Qosim Junaidil Baghdadiy rodliyallohu 'anhu
14. Syekh Abu Bakrin Dilfisy-Syibli rodliyalloohu 'anhu
15. Syekh Abul Fadl-li ao 'Abbdul Waahid at-Tamiimii rodliyalloohu 'anhu
16. Syekh Abdul Faroj at-Thurthuusi rodliyalloohu 'anhu
17. Syekh Abul Hasan Alii bin Yuusuf al- Qirsyi al Hakaarii rodliyalloohu 'anhu
18. Syekh Abuu Sa'iid al Mubarok bin Alii Makhzuumii rodliyalloohu 'anhu
19. syekh 'Abdul Qoodir Al Jaelani Qoddasalloohu sirrohu
20. Syekh 'Abdul 'Aziiz rodliyalloohu 'anhu
21. Syekh Muhammad al-Hattaak rodliyalloohu 'anhu
22. Syekh Syamsuddin rodliyalloohu 'anhu
23. Syekh Syarofudiin rodliyalloohu 'anhu
24. Syekh Nuuruddiin rodliyalloohu 'anhu
25. Syekh Waliyuddiin rodliyalloohu 'anhu
26. Syekh Hisaamuddiin rodliyalloohu 'anhu
27. Syekh Yahya rodliyalloohu 'anhu
28. Syekh Abuu Bakar rodliyalloohu 'anhu
29. Syekh Abdurrohiim rodliyalloohu 'anhu
30. Syekh 'Ustman rodliyalloohu 'anhu
31. Syekh 'Abdul Fattah rodliyalloohu 'anhu
32. Syekh Muhammad Murood rodliyalloohu 'anhu
33. Syekh Syamsuddiin rodliyalloohu 'anhu
34. Syekh Ahmad Khootib Syambaasi rodliyalloohu 'anhu
35. Syekh Tholhah rodliyalloohu 'anhu
36. Syekh Abdulloh Mubarok bin Nur Muhammad rodliyalloohu 'anhu
37. Syekh Ahmad Shohibulwafa Tajul 'Arifin rodliyalloohu 'anhu.
-Pangersa Abah Anom Ra.-
(Sumber: Kitab 'Uqudul Jumaan' Terbitan Pondok Pesantren  Suryalaya)

12 ulasan:

  1. Menurut tulis anda, Abah Anom merupakan guru mursyid ke-36, kalau mengikut salasiah rasmi TQN di Suryalaya. Tapi sebenarnya adalah guru mursyid ke 37.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Tegak Perkasa,

    Mohon berikan linknya supaya boleh dilihat dan ditanya mereka yg arif yang mana yang benar.
    Wassalam.
    MQAH


    BalasPadam
  3. salam tuan Qul Amirul Hakim,

    bagaimanakah caranya jika saya ingin baiah dengan Pak Guru? adakah ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan bilakah masa perlu hadir untuk baiah?

    terima kasih atas perhatian tuan pada soalan ini

    BalasPadam
  4. Salam Tanpa Nama 956 mlm. pergilah jumpa pak Guru. Syaratnya bawa hati yg ikhlas untuk belajar bab zikrullah dan kena ada wuduk. Maksudnya kalau perempuan sedang uzur, tak boleh. Tiada masa khusus, macam biasa kena tutup auratlah.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tuan, bole minta number telefon/email? saya ingin tahu bagaimana hendak menghubungi guru/ahli talqin di sabah atau malaysia??

    BalasPadam
  6. Wa'alaikummussalam,

    Ni nombor yang saya ada dulu, tidak pasti masih boleh diguna atau belum.

    04-7825755

    Wassalam.
    MQAH

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Macam mana nk jadi murid tarekat qadiriyyah nie ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tanpa Nama 953 ptg,

      Ziarah Pak Guru di pondoknya.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  8. salam tuan saya azmi sangat ingin baiat untuk dapat kan zikir tqn ini.saya dari sabah boleh beri alamat pondok tuan guru untuk saya datang,di sabah ada x ahli talqin yang boleh saya baiat untuk tarikat tqn..boleh berikan no telefon,ini no saya 012 8352318,jazakallah khair

    BalasPadam
  9. salam tuan saya azmi sangat ingin baiat untuk dapat kan zikir tqn ini.saya dari sabah boleh beri alamat pondok tuan guru untuk saya datang,di sabah ada x ahli talqin yang boleh saya baiat untuk tarikat tqn..boleh berikan no telefon,ini no saya 012 8352318,jazakallah khair

    BalasPadam
  10. salam tuan saya azmi sangat ingin baiat untuk dapat kan zikir tqn ini.saya dari sabah boleh beri alamat pondok tuan guru untuk saya datang,di sabah ada x ahli talqin yang boleh saya baiat untuk tarikat tqn..boleh berikan no telefon,ini no saya 012 8352318,jazakallah khair

    BalasPadam