TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 17 Disember 2013

Ziarah Tokwa Gunung Jerai (Abdul Razak Bin Mustofa), Guar Cempedak, Kedah

Assalamu'alaikum,

Pada 25 November 2013, Isnin, selepas menguruskan urusan kenduri adik sepupu, hamba sekeluarga bertolak ke Guar Cempedak, Kedah. Hamba sebenarnya telah di emel oleh seseorang beberapa tahun yang lalu oleh seseorang (yang membaca blog/facebook hamba). Beliau mencadangkan hamba ziarah Tokwa. Nak jadi cerita, emel beliau ini 'terkebelakang', lalu 'hilang dari ingatan hamba'. Apabila hamba mengemaskini akaun gmail hamba, membuang emel-emel tidak penting, hamba 'terperasan' emel beliau. Satu gerak yang jelas apabila terbaca balik emel ini, memang nak kena ziarah. Ingat nak ziarah semasa ziarah Ustaz Zuki, wakil Talqin Tariqat Qaridiyah Naqsyabandiyah  tempohari, tetapi masa tidak berkesempatan.  Dekat-dekat Guar Cempedak, hamba telefon semula anak murid beliau bertanyakan petua ke rumahnya. Petuanya :

1)Dari Gurun ke Alor Setar (Utara), apabila tiba di pekan Guar Cenpedak, ada simpang ke kiri, iaitu ke Yan . (Kalau dari Alor Setar ke Gurun, simpang sebelah kanan).

2)Ambil simpang ke Yan.

3)Ada Pejabat Pos sebelah kanan.

4)Selepas pejabat pos, ada tali air (parit ban).

5)Selepas tali air, ada jalan masuk.

6)Ambil jalan masuk tersebut.

7)Selepas rumah pertama di sebelah kiri, (sebelah kanan tali air), ada lorong kecil.

8)Ambil lorong kecil tersebut, cari rumah TokWa. tanya orang dekat-dekat situ. Rumahnya rumah kedua kalau hamba tak silap. 



Alhamdulillah, kami sampai jam dalam 610 petang, sempat selama 50 minit dengan Tokwa. Beliau sudah berumur 78 tahun, tapi wajahnya sekitar 60 tahun saja. Atuk dan Moyang beliau memang umur panjang, dalam 140/160 tahun juga rasanya.  Tokwa masih belum sihat. Malam Isnin (malam sebelum kami  sampai), tiga kali beliau 'diuji' Allah nafasnya diangkat/ditarik sehingga ke dada/sebelum halkum. Beliau kata, 'ingat dah sampai masa', ingat Allah sahaja.  Kata TokWa, sifat manusia ini adalah lemah, faqir, daif, dan hina. Mencari dunia tidak akan puas, tidak akan habis.  Kata TokWa lagi, kalau nak mengaji, mengaji sampai tak tahu.  Semasa beliau masuk beruzlah 30 tahun di dalam hutan Gunung Jerai, amalan beliau adalah zikir Ya Latif dan Ya Hafiz. Kata beliau, dengan izin Allah, kita dalam peliharann-NYA, walaupun macam-macam ada dalam hutan tu.  Tentang Tuhan, sifat Tuhan menurut Tokwa adalah menggerak, diam, memberi, menahan, menaik, menurun...faham-fahamkanlah. Untuk kaum Adam, boleh amalkan zikir Ya Qahhar dan Ya Jabbar dan mengurut belakang pinggang. Beliau juga ada memberikan zikir Ya Basit sebanyak 1,000 kali sehari kepada isteri hamba. 


TokWa rajin berjemaah maghrib di surau. Beliau sempat memberitahu, kalau nak ziarah lain kali, datang selepas Zohor (200 petang-600 petang) atau selepas Maghrib (800 malam -1200 tengah malam). Waktu ni banyak benda boleh bersembang, katanya. 

Kami tak boleh lama dengan TokWa, Maghrib sudah dekat, dan kami meninggalkan Guar Cempedak, Kedah balik semula ke Melaka. Kami sememangnya ingin ke Changlun dan bermalam di Changlun tetapi rancangan terpaksa bertukar.  Sebenarnya, dalam beberapa  minit sebelum sampai rumah TokWa, seorang sahabat menelefon hamba memberitahu bapa mertuanya telah kembali ke rahmatullah. Bapa Mertua beliau merupakan khalifah kanan kepada arwah mursyid hamba, antara anak murid tertua dan terawal. Hamba anggap beliau sebagai 'saudara tua'. Salah seorang menantunya (sebelum bergelar menantu), semasa mengubat sakitnya, telah ke Madinah, Di Madinah, seorang imam tua memberitahunya untuk ke Melaka, cari seorang lelaki yang cahayanya terpancar dari bumi hingga ke langit. Imam tua di Madinah ini menghadiahkan beberapa benda kepada 'saudara tua' hamba ini.  Sebenarnya hamba pun agak terkejut juga dengan pemergian 'saudara tua' hamba  ini. Itulah dikatakan ajal maut di tangan Tuhan. Al-Fatihah untuk saudara tua hamba,  Tuan Hj Abdul Rahman Shah Bin Ismail, Al-Fatihah.

Wassalam.


2 ulasan: