TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 27 September 2013

KEPENTINGAN SALASILAH SEORANG GURU MURSYID


Oleh Dagang Piatu


Bagi menentukan seseorang murid menerima keberkatan (kesan ruhaniah) atau limpahan ruhani yang bersambung dengan syeikhnya itu terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya iaitu Rasulullah s.a.w. Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan imdad bir ruhaniah dari segala masya'ih yang terdahulu sehingga Rasulullah s.a.w yang dengannya menyampaikan kita kepada jazbah fillah(tarikan kepada Allah iaini zuk fana'fillah dan baqo'billah).

Bagi yang terputus wasilah ruhaniahnya maka terputuslah apa yang di panggil rabithah mursyid(pertalian mursyid).Jika tiada baginya rabithah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh bathin seperti iblis, syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan ruhaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.Sebab itu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke mertabat wali,mertabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa'sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya. Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu') bagaimana pula dia nak mengaku dirinya lebih atau macam-macam lagi.Satu perkara lagi sifat orang yang terputus sanadnya suka kondem orang lain yang nyata kondemnya itu tidak jujur dan terlalu taasub dengan amalannya saja kononnya amalannya yang sah , betul dan orang lain itu semuanya tak betul kalau betul pun tak sempurna macam dia punya. Sebenarnya 2 perkara ini selalu dilakukan bagi orang yang lalai dalam zikrullah atau memang sudah ada cacat dalam perjalanannya.

Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu seumpama otoriti yang sangat berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat. Salasilah juga adalah suatu keesahan yang menyatakan bahawa tiada berlaku perubahan atau pindaan atau saduran dari hal penyampaian ilmu Tariqat itu sendiri dan lazimnya salasilah ini di kepilkan bersama ajaran-ajaran,adab-adab serta segala keterangan maqam-maqam zikir tariqat yang di rekod bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan asal.

Pesanan Ulama sufi yang muktabar dalam kepentingan mengetahui salasilah tariqat .

1. Kata Syeikh Amin Kurdi dalam Kitabnya Dhiya'ul Iman :

"Ketahuilah bahawa seorang murid di jalan Allah yang mahu bertaubat dan menghilangkan sifat kelalaiannya wajiblah ia mencari seorang syeikh yang ada di zamannya. Iaitu seorang yang sempurna suluknya(perjalanannya) syariat dan haqiqat mengikut Al Qura'an dan Al Hadis juga sentiasa berpandukan para Ulama hingga sampai ke maqam ar-rijalul kamal. Syeikh itu telah sampai kepada keredhaan Allah dan suluknya juga adalah di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai persambungan salasilah hingga ke nabi s.a.w. Ia juga mestilah telah mendapat izin dari syeikhnya untuk menyampaikan ajarannya kepada orang lain. Ia juga mempunyai ilmu dan makrifah yang benar dan bukan jahil dan bukan kerana di dorong oleh keinginan nafsu dirinya.Oleh yang demikian syeikh yang arif yang mempunyai persambungan salasilah itu adalah merupakan wasilah kepada Allah bagi seseorang murid itu. Syeikh itulah juga merupakan pintu menuju kepada Allah yang akan di lalui oleh murid itu. Sesiapa yang tiada mempunyai syeikh yang memimpin dan mengasuhnya maka syeikhnya adalah syaitan".

2. Katanya lagi :

" Tidaklah boleh seseorang itu membuat bai'ah dan memimpin para murid kecuali setelah ia mendapat tarbiyah dan ke izinan mursyidnya seperti yang di tegaskan oleh para masya'ih. Orang yang berbuat kerja demikian itu padahal ia bukan ahlinya yang sebenar , akan lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Ianya akan menanggung dosa sebesar dosa seorang perompak kerana ia telah memisahkan murid dari syeikh yang arif sebenarnya".

3. Katanya lagi :

"Adalah sangat wajar bagi para murid di jalan Allah itu untuk mengetahui salasilah para syeikh mereka itu hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a.w. Bila kedudukan syeikh mereka jelas dan benar ada persambungan salasilah hingga kepada nabi s.a.w. maka jika para murid itu mahu mendapatkan pertolongan limpahan ruhaniah dari syeikh mereka itu mereka akan berhasil apa yang dimaksudkan . Orang yang salasilahnya tidak bersambung hingga kepada nabi s.a.w. maka orang itu adalah terputus dari limpahan ruhaniah tersebut. Oleh itu orang itu bukanlah menjadi waris bagi Rasulullah s.a.w. dan TIDAK boleh di ambil bai'ah dan ijazah daripadanya".

4. Kata Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni di dalam Kitab Madarijus Salikin :

"Hei para murid ! Semoga Allah memberkan keredhaan Nya kepada kami dan kamu. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui bapanya dan datuknya di dalam jalan ini (ilmu Tariqat), maka ia adalah buta. Mungkin jua orang yang tersebut di nasabkan (di binkan) kepada orang lain yang bukan bapa sebenarnya. (jika begitu) maka bermakna ia termasuk ke dalam apa yang di sabdakan oleh Nabi s.a.w. : ‘Allah melaknat orang yang dinasabkan kepada orang lain yang bukan bapanya yang sebenar".

Maksud bapa dan datuknya ialah para guru-guru yang terdahulu (para masya'ih) kerana guru mursyid kita ialah bapa ruhani manakala guru kepada guru kita adalah datuk ruhani kepada kita sehingga lah seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. iaitu sumber segala ruhani iaini benih sekelian alam dan induk rahmat Allah Ta'ala dengannya melimpah sekelian rahmat Allah atas setiap kejadian.

5. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dalam Kitab Sirrul Asrar :

"Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata : Sahabat r.a. adalah ahli jazbah (ahli tarikan bathin) kerana kekuatannya menemani nabi s.a.w. Tarikan bathin tersebut menyebar kepada syeikh-syeikh tariqat dan bercabang lagi pada salasilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakkan umat, yang tinggal adalah orang-orang yang meniru-niru sebagai syeikh tanpa makna kedalaman dan tersebarlah kepada ahli-ahli bid'ah". Ini menunjukkan ‘karan' atau jazbah fillah akan turun kepada kita melalui susur jalur salasilah tariqat.

6. Katanya lagi :

"Bagaimana cara menentukan Tasawuf yang benar ? Caranya dengan dua macam : (Pertama) lahiriahnya(Kedua) Bathinnya.Lahiriahnya memegang teguh pada aturan syariat dalam perintah mahupun larangan.Bathinnya mengikuti jalur suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang di ikuti adalah nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. merupakan perantara antara dia dengan Allah.Dan antara dia dengan nabi adalah ruh ruhani Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai jismani pada tempatnya dan ruhani pada tempatnya, sebab syaitan tidak akan menjelma menjadi nabi dan itu merupakan isyarat pada orang - orang salikin agar perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta. Pada fasal ini terdapat tanda-tanda yang sangat halus untuk membezakan mana golongan yang benar dan yang salah , yang tidak dapat di temukan kecuali oleh ahlinya".

Maksud di atas ialah bagi menentukan tasawuf yang benar ialah zahirnya mengikut syariat dan bathinnya mengikut jalur suluk (iaini perjalanan yang berantai salasilah sehingga berakhir kepada nabi s.a.w.) supaya hingga jelas hati murid mempertemukan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi sebagai washitah(perantara) yang menyampaikan kepada Allah iaini makrifat terhadap Allah dengan sebenarnya.Kerana jika terputus salasilah bereti terputuslah wasilah dan akibatnya akan kelirulah perjalanannya dan payahlah seseorang itu membezakan dapatan ruhaniah yang haq dengan yang bathil kerana perkara ini amat lah halus lagi sukar.Jangan di kata cahaya itu lah diri dan jangan disangka bayang itulah sebenar.Jangan dikata zuk itulah muktamad kerana syaitan masih boleh memberi kan rasa zuk dan segala pembukaan yang palsu ! Maka berlindunglah kita kepada Allah dari segala tipudaya makhlukNya.Maka tiada yang mengetahuinya melainkan ahlinya yang berjalan mereka itu mengikut akan mengikut orang yang mengikut akan nabi s.a.w. pada zahir (syariat)dan bathinnya(rabithah ruhaniah yakni tariqat yang menyampaikan haqiqat).Bak kata perpatah : Jauhari jua yang mengenal manikam.

Justeru itu hendaklah kita fahami bilamana di katakana ‘Tariqat' maka disana ada di dalamnya beberapa perkara yang tidak terpisah ibarat ‘irama dan lagunya' iaitu :

1. Mursyid berkait dengan
2. salasilah dan keizinan berkait dengan
3. rabithah ruhaniah(pertalian) berkait dengan
4. adab-adab berkait dengan
5. zikir dan maqam-maqamnya berkait dengan
6.muraqabah dan musyahadah terhadapNya

Kesemuanya ini adalah wasilah pokok dalam Tariqat dan keenam-enam inilah di panggil ‘Tariqat'. Ke enam-enam perkara di atas juga ada yang di zahirkan dan di dokumentasikan dan ada yang di bathinkan iaini tidak di nyatakan atau tidak di dokumentasikan khusus yang berkait dengan dapatan atau penemuan ruhaniah yang menjadi adab supaya tidak dinyatakan. Namun perkara seperti salasilah dan ke izinan adalah perkara yang wajib di nyatakan supaya di ketahui akan nasab ruhaniahnya dan supaya tidak kita di anggap anak yang tiada bernasab seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni r.h dan yang lebih di takuti kita menyeleweng dari usul dan kaedah kaum sufi secara tidak kita sedari.

Tidak ada keringanan dalam perkara salasilah ini , jangan pula ada pihak yang berkata salasilah ini tak penting yang pentingnya ialah haqiqatnya atau makrifatnya. Jika ada pihak yang berkata begitu ;terus segera tinggalkan orang itu kerana orang itu telah mengajar suatu pemahaman yang tidak betul yakni menyalahi usul mengikut kaum sufi. Kerana bagaimana buah itu lahir tanpa pokok dan benihnya ? Sebab itu kata Ulama sufi : "Barangsiapa menyalahi ushul maka diharamkan dia daripada wushul(sampai kepada makrifat Allah Ta'ala dengan makrifat sebenarnya)". Iaini barang siapa menyalahi perkara-perkara yang telah di sepakati oleh kaum sufi maka terlerai dia daripada jalan mereka.Bersama kita berlindung dengan Allah Ta'ala daripada bahaya-bahaya ini dan tipudaya makhlukNya.


Ahad, 22 September 2013

Jeruk Madu Pak Ali

Assalamu'alaikum,

Hamba nak kisahkan tentang Jeruk Madu Pak Ali. Hamba ada lawat kilang Pak Ali di Seberang Perai beberapa bulan yang lalu.  Pak Ali dah lama dalam perniagaan ini, rasanya bermula tahun 1985. Kini anaknya (yang gambarnya digunakan sebagai cap dagangan Pak Ali) yang banyak terlibat dalam mengurus syarikat ini. Mengapa Jeruk Madu Pak Ali? Orang Malaysia ramai yang sukakan jeruk. Dulunya kita selalu makan jeruk yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam. Hamba pernah hampir lima tahun tinggal di Balik Pulau, semasa sekolah menengah. Dah tahu dan faham tentang jeruk, buah pala dan lain-lain jeruk yang dihasilkan oleh bukan Islam. Kalau pergi tempat mereka beroperasi, anda mungkin 'tak lalu' nak makan jeruk ni selama-lamanya. Pak Ali datang dan menawarkan alternatif yang berbaloi kepada umat Islam. Selain halal, Jeruk Madu Pak Ali menggunakan cuka epal, bukan asid biasa. Rasanya lebih enak dan sedap, kandungan asidnya amat sedikit, tidak menggunakan gula biasa yang membawa banyak penyakit, ada madu dan lain-lain kelebihan. Dulunya perniagaan jeruk   di Chowrasta Bazar di Pulau Pinang dikuasai oleh jeruk bukan Islam.  Kini Jeruk Madu Pak Ali telah berjaya menembusi dan menguasai pasaran utama di  Chowrasta Bazar.  Walaupun tauke Jeruk Madu Pak Ali di Chowrasta Bazar masih bukan Islam, sekurang-kurangnya ini membuktikan barangan keluaran Muslim berupaya menandingi barangan keluaran bukan Muslim.  

Harganya mungkin 'tinggi sedikit' berbanding jeruk bukan Muslim tetapi ia membawa banyak manfaat kesihatan berbanding mudarat kesihatan.  Ketika hamba bersembang dengan salah seorang pekerja di sini, anak Pak Ali lalu dan masuk dalam pejabat. Orangnya mudah saja, tidak sombong dan begitu bersahaja. Prinsip Pak Ali sendiri dalam berniaga amat mudah. Yang hamba dengar, salah satu petua Pak Ali dalam berniaga adalah membiayai perbelanjaan air dan elektrik surau/masjid. Dengarnya beliau membiayai bil elektrik dan air tiga buah masjid. Ini salah petua yang tidak boleh dipelajari dalam kuliah di universiti atau di dalam kursus-kursus perniagaan.   Gambar-gambar di bawah merupakan gambar dalam kedai kilang, kedai di kawasan kilang. Kini, rombongan pelajar/pelancong ke Utara selalu singgah ke Kilang Pak Ali ini. Kalau musim cuti sekolah, banyak bas rombongan akan singgah dan pelancong akan mengambil kesempatan membeli jeruk dengan harga yang murah.  Petua kalau nak ke Kilang Jeruk Madu Pak Ali tak susah. Anda dari Utara atau Selatan perlu keluar Tol Bukit Tambun. Selepas keluar tol, ambil jalan ke Simpang Ampat. Kemudian ambil jalan ke Kulim atau Junjung atau Tasik Junjung. Kemudian, tanya-tanyalah orang kampung di mana Kilang Jeruk Madu Pak Ali...Wassalam.









Anugerah yang dimenangi











Taklimat kepada rombongan dilakukan di sini








Surau disediakan




HUKUM - BERPINDAH TEMPAT UNTUK SOLAT SUNAT

sumber :  Facebook

  • HUKUM :: BERPINDAH TEMPAT UNTUK SOLAT SUNAT

    Oleh Ust Syed Shahridzan 

    "SOALAN:...

    Kita biasa melihat di masjid atau di surau, orang-orang yang sudah menunaikan solat fardhu akan berpindah ke tempat lain untuk solat sunat. Antara sebab yang pernah saya dengar dari ustaz-ustaz dahulu bahawa tempat-tempat yang pernah kita solat nanti akan menjadi saksi di akhirat kelak. Adakah fakta ini benar? Dan wujudkah hadith-hadith yang menunjukkan amalan dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w? (versi suntingan kepada bahasa lebih formal)

    JAWAPAN:
    Amalan menukar dari tempat solat fardu ke tempat yang baru untuk bersolat sunat adalah sabit di dalam sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Terdapat banyak dalil dari hadith-hadith yang diriwayat daripada Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, antaranya:

    عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُصَلِّ الْإِمَامُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ حَتَّى يَتَحَوَّلَ. رواه أبو داؤد, كتاب الصلاة, باب الإمام يتطوع في مكانه.

    Mughirah bin al-Syu’bah Radiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Seseorang imam tidak bersolat(sunat) pada tempat yang dirikannya solat(fardu) sehingga lah dia bertukar(berpindah tempat).” Hadith riwayat Imam Abu Daud.

    Hadith di atas ini kelihatan mengkhususkan kepada orang yang menjadi imam solat, namun terdapat hadith yang lain lebih bersifat umum iaitu tidak khusus pada imam solat sahaja malah para makmum dan individu yang bersolat sendirian. Antaranya hadith yang diriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam:

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ إِذَا صَلَّى أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ أَوْ عَنْ يَمِينِهِ أَوْ عَنْ شِمَالِهِ يَعْنِي السُّبْحَةَ. رواه ابن ماجه, في باب إقامة الصلاة والسنة فيها, باب ما جاء في صلاة النافلة حيث تصلى المكتوبة

    Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang bersabda: “Apakah kamu rasa keberatan apabila kamu telah solat(fardu) untuk gerak sedikit di hadapan atau mundur, atau pindah ke bahagian kanan atau ke bahagian kiri?, iaitu dalam solat sunat." Hadith riwayat Imam Ibnu Majah.

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : " إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَتَطَوَّعَ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ فَلْيَتَقَدَّمْ أَوْ لِيَتَأَخَّرْ ، أَوْ عَنْ يَمِينِهِ ، أَوْ عَنْ شِمَالِهِ. رواه البيهقي في السنن الكبرى, كتاب الصلاة, جماع أبواب صفة الصلاة, باب الإمام يتحول عن مكانه إذا أراد أن يتطوع في المسجد.

    Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Jika di antara kamu ingin mengerjakan solat sunat selepas solat fardu, maka bergerak lah ke hadapan, atau ke belakang, atau ke kanan, atau ke kiri.” Hadith riwayat Imam al-Baihaqi.

    Imam Ibnu Hajar telah menukilkan riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, bahawa Ali bin Abu Talib Radiyallahu ‘anhu berkata:
    مِنَ السُّنَّةِ أَنْ لَا يَتَطَوَّعَ الْإِمَامُ حَتَّى يَتَحَوَّلَ مِنْ مَكَانِهِ. رواه ابن أبي شيبة (راجع: فتح الباري, في شرح الحديث 812) 

    Maksudnya: “Perkara yang termasuk daripada sunnah ialah seseorang imam solat tidak bersolat sunat sehingga lah dia berpindah dari tempatnya(solat fardu).” Fathul Bari, syarah hadith 812.

    ADAKAH TEMPAT YANG DIDIRIKAN SOLAT AKAN MENJADI SAKSI DI AKHIRAT KELAK?

    Menurut Imam al-Syaukani di dalam Nail al-Autar:

    والعلة في ذلك تكثير مواضع العبادة كما قال البخاري والبغوي لأن مواضع السجود تشهد له كما في قوله تعالى: { يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا } أي تخبر بما عمل عليها

    Maksudnya: Dan ‘illah(sebab) mengenai itu(pindah tempat solat) untuk memperbanyakkan tempat-tempat ibadah sepertimana yang dikatakan oleh al-Bukhari dan al-Baghawi, ini kerana tempat-tempat sujud(solat) akan menjadi saksi untuknya. Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala(surah al-Zalzalah, ayat 4, maksudnya), “Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya”, iaitu bumi mengkhabar tentang apa yang dia amalkan ke atasnya(bumi).

    Menurut beliau lagi:

    وورد في تفسير قوله تعالى: { فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمْ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ } " إن المؤمن إذا مات بكى عليه مصلاه من الأرض ومصعد عمله من السماء " وهذه العلة تقتضي أيضا أن ينتقل إلى الفرض من موضع نفله

    Maksudnya: dan terdapat di dalam tafsir firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala(surah al-Dukhan, ayat 29, maksudnya) “Mereka itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi”. Sesungguhnya orang mukmin apabila mati, maka dia akan ditangisi oleh tempat solatnya dari bumi dan tempat naik amalannya di langit, dan ini juga adalah sebab(illah) perpindahannya kepada perlaksanaan solat fardu dari tempat solat sunatnya.

    Iaitu disyariatkan juga berpindah dari tempat solat sunat untuk melaksanakan solat fardu. 

    Wallahu A'lam.

    Abu Ruqayyah Ba 'Alawi. 14/8/13."

    Jazakallah Khairan Ustaz Ahmad Syarief Abu Umar kerana berkongsikan ilmu ini..

Ahad, 8 September 2013

Doa yang Menggetarkan Arasy

Assalamu'alaikum,

Doa ini hamba 'panggil' Doa Malaikat Arasy sahaja...Kena faham bahawa kita tidak bergantung harap kepada para Malaikat, tetapi kepada Allah SWT semata-mata. Hamba ambil dari arwah Mursyid, lama dahulu. Ada kisahnya di zaman RSAW (catatan seterusnya). Maklumat dari guru hamba lebih kurang sama ceritanya. Kaifiat beramal yang hamba ambil dari arwah Mursyid adalah:

1)Mendirikan solat hajat khusus.
2)Selepas salam, sujud semula.
3)Dalam sujud semula itu , baca doa2 yang afdal dan hajat dihati.
4)Akhiri dengan doa ini tiga kali sekurang2nya.
5)Bangun semula dan beri salam seperti biasa.

Hamba kongsi amalan doa ini dengan pembaca kerana ia banyak manfaatnya.  Dalam satu kisah, staf di pejabat hamba mengadu ibunya tidak cukup darah dan masalah-masalah lain. Hamba berikan doa ini kepada ibu kepada staf di Jabatan hamba itu dan minta beliau amalkam. Maksudnya baca dalam doa selepas solat, baca dalam solat hajat khusus dan lain-lain. Alhamdulillah, pada suatu pagi Jumaat, staf ini menyampaikan kepada hamba bahawa ibunya bermimpi Malam Jumaat itu seorang budak kecil datang merenget untuk minum susu pada kali terakhir pada ibunya (yang tua itu). Budak kecil ini berjanji tidak akan datang lagi selepas itu. Rupa-rupanya 'budak kecil' itu Toyol belaan orang di kampung ibunya itu (sekitar Cheras). Toyol itu menjadikan ibunya yang tua itu 'sebagai tempat hisap darah'. Sebab itulah darahnya (ibu staf ini) sentiasa tidak cukup, muka pucat, kena makan macam2 ubat dan vitamin. Alamdulillah, selepas mimpi tersebut, ibu kepada staf ini mukanya dah merah dan tidak mengahadapi masalah kurang darah lagi.

Cerita kedua adalah seorang tenaga akademik dekat bilik hamba telah 'dirasuk' oleh jin yang dihantar oleh seorang bomoh. Apabila jin ni nak rasuk, staf ini akan dengar bunyi tertentu, dan perlahan, sedikit demi sedikit tidak dapat mengawal dirinya sehingga kerasukan. Beliau akan cuba bertahan dengan banyakkan berzikir, baca ayat Kursy dan sebagaiya. Hamba tanya beliau adakah ada 'buat apa2' yang mungkin pelajarnya marah (Pelajar pasca siswazah). Beliau perasan memang ada pelajar sarjana dalam kelasnya semester sebelum ini yang tidak puas hati dengannya. Apatah lagi beliau seorang yang agak tegas dalam kuliah. Jadinya pelajar ini telah mengupah tok bomoh untuk 'kerjakan beliau'.  Hamba beri doa ini dan minta beliau amalkan. Alhamdulillah, beliau sembuh dari serangan tok bomoh ini.

Banyak lagi manfaatnya. Hamba sendiri banyak gunakan doa ini untuk berhadapan dengan makhluk-makhluk ghaib, jin, syaitan dan dewa-dewi.  Kalau nak berperang, letih kita melayan alam malakut, maka kita mohon pertolongan Allah jelah... Selain itu, hamba juga amalkan doa ini untuk menghadapi ujian berkaitan pelbagai jenis sihir dan sakti, sama ada kecil ataupun besar.  Doa yang hamba terima ini sedikit berbeza dengan doa dalam laman sesawang di Indonesia. Kalau pembaca nak amalkan, hamba cadangkan amalkan doa yang hamba berikan di sini. Hamba berikan petikan dari laman sesawang Indonesia ini sebab nak maklumkan bahawa doa ini memang ada dalam Kitab Lama.  Memandangkan ramai pembaca tak kenal hamba, dan doa ini ada dalam sirah RSAW, maka eloklah untuk pembaca amalkan dan lihat sendiri manfaatnya.

Wassalam.
*Hamba dimaklumkan oleh Tuan Abdul Hakim Abdul Rashid dalam Group Keluarga Besar Naqshabandiah Kholidiah bahawa  doa ini adalah doa Zaid bin Harithah dan ada di dalam wird amalan Tarikat Darqawiah Syazaliah

دعاء ملائكة عارش
اَللَّهُمَّ يَاوَدُوْدُ (3كالي)
يَاذَالْعَرْشِ الْمَجِيْدِ
يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ يَا فَعَّالٌ لمَاَيُرِيْدُ
أَسْأَلُكَ بِنُوْرِوَجْهِكَ الَّذِيْ مَلآ أَرْكَنَ عَرْشِكَ
وَبِقَدْرَتِكَ الَّتِيْ قَدَّرْتَ بِهَا عَلَى جَمِيْعِ خَلْقِكَ
 وَرَحْمَتِكَ الَّتِيْ وَسِعَتْ كُلِّ شَيْءٍ
يَا حَيٌّ يَاقَيُّوْمُ
لاَاِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
 يَاغِيَاثَ اَلْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَعَنِّيْ
 يَامُغِيْث (3كالي)

TERJEMAHAN
Wahai Allah Yang Maha Pencinta (3x)
 Wahai Yang Memiliki Arasy Yang Maha Mulia
Wahai Yang Maha Memulai Wahai Yang Maha Mengembalikan, Wahai Yang Maha Pelaksana Terhadap apa yang Dia Kehendaki
Aku mohon KepadaMu Dengan Cahaya KeagunganMu yang telah memenuhi penjuru ArasyMu
Dan aku mohon KepadaMu Dengan KetentuanMu yang telah Engkau tentukan ke atas semua CiptaanMu
Dan aku mohon Dengan Kasih SayangMu yang telah Engkau luaskan segala sesuatu
Wahai Yang Maha Hidup Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri
Tidak ada Tuhan selain Engkau
 Yang Maha Penolong kepada Yang Mencari Pertolongan tolonglah aku 
Wahai Yang Maha Penolong )3x)





sumber : http://mfatoniasyhari.wordpress.com/2009/06/12/doa-menggetarkan-arsy/



DOA YANG MENGGETARKAN ARSY ALLAH SWT
Penerjemah : H. Mohamad Fatoni Asyhari, S.Ag
يَا وَدُوْدَ  يَا وَدُوْدَ . يَاذَا اْلعَـرْشِ اْلـمَجِـيْدِ. يَا مُبْدِأَ يَا مُـعِـيْدَ. يَا فَعَّالاً لِمَا يُرِيْدُ. أَسْأَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلَـأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ. وَأَسْأَلُكَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَـدَّرْتَ بِهَا عَلَى جَمِيْعِ خَـلْقِكَ. وَأَسْـأَلُكَ بِرَحْمَـتِكَ الَّتِي وَسِعْتَ كُلَّ شَيْئٍ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.  يَامُغِيْثَ أَغِــثْـنِي.
Ya  waduud,  ya waduud,  ya dzal arsyil majiid. Ya  mubdia  ya muiid.  Ya fa’aalal lima yuriid. As aluka binuuri wajhikal ladzii mala-a arkaana arsyika. Wa as aluka biqudrotikal latii qoddarta bihaa ‘alaa jamii’i kholqika. Wa as aluka birohmatikal latii wasi’ta kulla syaein. Laa ilaaha illaa anta, ya mughiits aghitsnii.
Artinya :
Ya Dzat Yang Maha Kasih, Ya Dzat Yang Maha Kasih. Ya Dzat Yang Mempunyai Arsy yang agung. Ya Dzat Yang Memulai dan Mengembalikan. Ya Dzat Yang Selalu sukses apa yang dikehendakiNya. Aku mohon padaMu dengan cahaya keagunganMu yang telah memenuhi sendi-sendi ArsyMu. Dan Aku mohon kepadaMu dengan ketentuanMu yang telah Engkau tentukan semua ciptaanMu. Dan aku mohon dengan kasih sayangMu yang telah Engkau luaskan segala sesuatu. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Ya Dzat Yang Maha Penolong, tolonglah aku.
(Dibaca 3 kali)
SEJARAH DOA
Dalam hadits riwayat Anas RA, beliau berkata :
Ada seseorang di zaman Nabi, berdagang dari Syam menuju Madinah tidak disertai rombongan karena tawakkal kepada Allah SWT. ketika dia kembali ke Syam, ia dihadang oleh perampok berkuda.
Perampok berteriak : Berhenti !
Berhentilah pedagang  : Kamu mau harta ?
Perampok : Harta ini milikku, aku mau nyawamu.
Pedagang : Tunggulah aku sampai selesai shalat !
Perampok : Lakukan apa yang kau mau !
Kemudian pedagang shalat 4 rokaat dan menengadahkan kepalanya ke langit seraya berdoa :
يا ودود يا ودود .  يا ذا العـــرش المجيد . يا مبدأ يا معيد. يا فعالا لما يريد. أسألك بنور وجهك الذي ملأ أركان عــرشك. وأسألك بقدرتك التي قـــدرت بها على جميع خــلقــك. وأسألـك بـرحـمتك التي وسعـــت كل شـــيء. لا أله ألا أنت.  يامغيث أغثني. (x3)
Tiba-tiba datang (Malaikat) penunggang kuda dengan membawa senjata perang, ketika perampok melihatnya, maka ditinggalkanlah pedagang dan . Ketika (Malaikat Penunggang Kuda) mendekat, maka ia menusuk perampok hingga mati jatuh dari kudanya.
Penunggang kuda berkata kepada pedagang : Ketahuilah bahwa saya Malaikat dari langit ketiga. Ketika kamu berdoa pertama kali, kami mendengar bunyi pintu-pintu langit. Kami berkata : suatu peristiwa telah terjadi. Ketika kamu berdoa yang kedua, terbukalah pintu-pintu langit, ketika kamu berdoa yang ketiga, turunlah Malaikat Jibril seraya berseru:  Siapa yang sedang dilanda kesusahan ini?, maka kamu mohon kepada Allah SWT agar aku diperintahkan membunuhnya (perampok). Ketahuilah wahai hamba Allah bahwa barang siapa yang berdoa dengan doamu ini saat mendapat kesulitan, maka Allah SWT akan menolongnya dan memberi solusi. Kemudian Pedagang datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengabari Beliau (tentang peristiwa tadi). Rasulullah SAW bersabda : “ Sungguh Allah SWT telah membimbingmu Asmaul Husna, apabila didoakan bersamanya, akan dikabulkan. Dan apabila diminta bersamanya, akan diberi.”
Catatan :
Bapak/Ibu/Sdr/I yang ingin mengunduh (download) doa di atas dan akan diinfokan ke family, teman dan masyarakat, silahkan kunjungi facebook “mohamad fatoni asyhari” dan atau group “Titian Islam, طريق الاسلام, The Path of Islam”.