TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 22 Julai 2014

Makam Sultan Muhammad al-Fatih, Istanbul, Turki

Assalamu'alaikum,

Selepas selesai urusan di Masjid Biru pada hari pertama, hari kedua di Istanbul hamba mulakan dengan menziarahi Makam Sultan Muhammad al-Fatih dan Masjid Sultan Muhammad al-Fatih.  Sultan Muhammad al-Fatih, seorang Sultan, Panglima Tentera, seorang tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Perjalanan dari Hotel memerlukan tukar tram/MRT dan sampai ke stesen berdekatan yang mana 1-2 kilometer terdekat dari Masjid  Sultan Muhammad al-Fatih. Ada dua pilihan, ambil teksi Istanbul (yang menggunakan meter jadi tidak perlu risau ditipu) atau berjalan kaki. Hamba ambil keputusan berjalan kaki. Memang tidak  mudah kerana perlu mendaki bukit. Alhamdulillah, hamba sampai sebelum waktu Zohor.  Hamba mengambil masa dalam 30-40 minit juga berada di makam beliau. Bagi hamba  Sultan Muhammad al-Fatih istimewa kerana 'beliau disebutkan dalam hadis Nabi SAW'.  Ramai panglima Islam bercita-cita menjadi orang yang digambarkan oleh Baginda RSAW, beliau yang menepati maksud hadis Nabi SAW tentang pembukaan Constantinople.  Hadis Nabi SAW tentang pembukaan Constantinople tidak habis disitu (kisah Sultan Muhammad al-Fatih) kerana ada perbahasannya tentang pembukaan  Constantinople  pada akhir zaman. Hamba kira Kerajaan Turki telah memulihara makamnya dengan baik, bukan untuk tujuan disyirikkan, dipuja atau dikhurafatkan tetapi sebagai 'satu produk pelancongan Islam', yakni membawa generasi Islam masa kini menghayati perjuangan, strategi ketenteraan, pengorbanan Sultan Muhammad al-Fatih dalam menakluk Constantinople dan melebarkan wilayah Islam.

Bagi hamba sendiri,  antara yang penting boleh dipelajari dalam kisah ini adalah tarbiyah yang diperlukan oleh seorang pemimpin umat dan bagaimana pentingnya peranan seorang Guru Mursyid dalam mendidik seorang bakal pemimpin masa depan.  Guru Mursyid bukan sekadar mendidik tentang fiqh, usuludin mahupun tasawuf tetapi sebagai penasihat Sultan, membuahkan fikiran-fikiran yang bernas, menasihati Sultan tentang apa yang perlu dan tidak perlu, serta memohon panduan dan petunjuk Allah SWT. Kalau anda hendak menjadi seorang pemimpin, pastikan anda ada penasihat merangkap Mursyid Murabbi yang hanya takutkan Allah, tidak berkehendak kepada dunia.  Keduanya adalah strategi ketenteraan beliau yang cukup rapi dan teliti. Antara strategi ketenteraan beliau yang hebat adalah apabila memutuskan untuk menarik kapal laut merentasi bukit dengan menggunakan landasan yang dilicinkan dan semua ini selesai dalam satu malam. Hamba ibaratkan tindakan ini sebagai berfikir di luar kotak, suatu yang amat luar biasa dan diperlukan dalam situasi yang kompleks dan rumit.  Ehmm, nak tulis banyak lagi, cukuplah setakat ini. Anda boleh baca di internet dan beli pelbagai buku yang menceritakan tentang Sultan Muhammad al-Fatih. Al-Fatihah untuk Sultan Muhammad al-Fatih. Al-Fatihah. 

























Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraansainsmatematik dan menguasai enam bahasa (bahasa TurkiGreekHebrewArabParsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

Jasa dan sumbangan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kejatuhan Constantinople
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_al-Fateh_-_Penakluk_Konstantinopel
Buku Sultan Muhammad al-Fateh – Penakluk Konstantinopel dikarang oleh Abdul Latip Talib dan diterbitkan pada 5 September 2008. Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu.
Buku ini merupakan salah satu daripada siri Novel Sejarah Islam yang ditulis oleh Abdul Latip dan mengisahkan peristiwa Kejatuhan Constantinople yang dilaksanakan oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh (pembuka) disebabkan peranannya dalam membuka semula kota tersebut.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Semasa hayat baginda Rasulullah SAW, baginda telah meriwayatkan, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Selepas kewafatan baginda SAW, terdapat beberapa khalifah umat Islam yang berusaha untuk merealisasikan sabda baginda itu. Antara khalifah tersebut ialah Sayyidina Ali bin Abi Talib (34 H), Sayyidina Muawiyah (84 H) dan Khalifah Harun Al Rasyid (165 H), namun kesemua usaha itu menemukan kegagalan.
Pada 27 Rejab 835H bersamaan 29 Mac 1432M, Sultan Muhammad II dilahirkan. Sejak dalam buaian lagi, seorang alim ulama, Syeikh Syamsuddin al-Wali telah meramalkan bahawa baginda bakal mencipta sejarah yang besar. Beliau telah berkata kepada ayahanda Muhammad II, Sultan Murad, "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.". Sejak itu baginda dilatih hidup bersederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.
Setelah menaiki takhta menggantikan ayahandanya pada usia 19 tahun, baginda mula menjalankan usaha untuk membuka semula Konstantinopel. Bagi merealisasikan sabda Nabi Muhammad SAW yang berkata bahawa kota tersebut bakal ditawan oleh pemimpin, tentera dan rakyat yang baik, maka baginda bukan sahaja berusaha menjadi pemimpin yang baik malahan mendidik bala tentera dan rakyatnya sebaik-baiknya.
Kepemimpinan beliau terserlah melalui sifat sederhananya. Baginda sendiri telah membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir bersama rakyat jelata ketika membina benteng Rumeli Hisarri. Perbuatan baginda telah menyebabkan ulama-ulama serta menteri-menteri berasa malu dan terpaksa ikut serta melakukan kerja-kerja berat itu.
Selain itu baginda berusaha menyediakan segala kelengkapan dan keperluan yang penting dengan rapi untuk menakluk kota itu seperti memperkukuh persenjataan. Kesemua ini bakal menjadi faktor kejayaan baginda dalam penaklukan itu kelak.

Watak-watak utama[sunting | sunting sumber]

Buku ini memerikan beberapa watak sejarah tetapi dengan kebebasan seni (artistic licence):
Sultan Muhammad II- Watak utama novel ini. Baginda merupakan seorang raja yang merendah diri, berpandangan jauh dan berfikiran terbuka walaupun terhadap pandangan orang bawahan baginda.
Sultan Murad- Ayahanda Sultan Muhammad. Baginda pernah cuba membuka Konstantinopel sebelum keputeraan Sultan Muhammad lagi. Sultan Murad juga gemar menuntut ilmu dan sanggup ke masjid untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Bayram walaupun boleh memanggil mana-mana ulama yang dikehendaki mengajar di istana.
Syeikh Bayram- Penasihat Sultan Murad. Beliau menerima cabaran Zaqhanus untuk menghidupkan orang mati dan berjaya dengan izin Allah setelah berdoa.
Syeikh Syamsuddin al-Wali- Anak didik Syeikh Bayram. Baginda yang meramalkan bahawa Konstantinopel bakal dibuka oleh Sultan Muhammad sejak baginda masih bayi. Beliau dilantik menjadi penasihat Sultan Muhammad setelah baginda menaiki takhta.
Panglima Tharhan- Ayah saudara Sultan Muhammad dan adinda Sultan Murad. Beliau juga merupakan guru Sultan Muhammad dalam selok belok peperangan.
Maharaja Konstantine- Pemerintah Konstantinopel dan Empayar Byzantine. Baginda merupakan seorang raja yang zalim serta sangat memusuhi Empayar Uthmaniyyah dan agama Islam.
Alexsi- Perdana menteri Maharaja Konstantine.
Panglima Ardogan- Panglima tentera Maharaja Konstantine. Beliau yang selalu menyampaikan sesuatu berita terutamanya yang berkaitan risikan tentera kepada Maharaja Konstantine.
Zaqhanus- bekas ketua paderi Konstantinopel. Beliau memeluk Islam setelah melihat keajaiban Syeikh Bayram. Dalam misi penaklukan Konstantinopel, beliau dilantik sebagai panglima angkatan laut Uthmaniyyah.
Urban- Tukang besi yang membina meriam untuk kegunaan tentera Uthmaniyyah.
Abu Ayyub al-Ansari- Sahabat Rasulullah SAW yang dipanjangkan umur sehingga pemerintahan Khalifah Muawiyah. Turut serta dalam ekspedisi menakluk Konstantinopel Muawiyah dan dikebumikan di pinggir tembok Konstantinopel atas wasiatnya. Dalam novel ini, wataknya cuma muncul dalam bentuk imbas kembali.

Edisi Jimat[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2010, buku Muhammad Al-Fateh - Penakluk Konstantinopel (Edisi Jimat) telah diterbitkan. Terbitan ini mempunyai saiz yang lebih kecil dan harga yang lebih murah. Seperti buku-buku Novel Sejarah Islam yang lain yang diterbitkan dalam edisi jimat, edisi ini disasarkan kepada pelajar dan penduduk di kawasan luar bandar.

Sambungan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan blog rasmi Abdul Latip latiptalib.blogspot.com pada tahun 2008, beliau bakal menerbitkan sambungan kisah Muhammad Al-Fateh berjudul Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Eropah.

sumber : http://satuumat.blogspot.com/2011/11/sejarah-sultan-muhammad-al-fateh.html

Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh

Artikel ini sudah diterjemah ke bahasa Melayu Indonesia. Ia diletakkan di bahagian bawah.



PENGENALAN


Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”

Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana.

Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinople dibuka sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad al-Fateh ialah pembuka yang pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.

Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembok kota Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.


ZAMAN KECIL

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) seorang yang soleh, handal dalam perang jihad dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad jadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.

Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.

Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.
Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian itu.


ZAMAN REMAJA

Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

ZAMAN DEWASA

Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan.

Sultan Muhammad sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka kepada syahid pada bila-bila masa dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu kesemua tentera Islam pada zaman itu mengenakan serban.

Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mahu bapanya ke medan juang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah:

“Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.”

Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.


MEMBUKA KONSTANTINOPLE

Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.

Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.


Tentera Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.
Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.


Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.

Satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa.

Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sudah berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”

Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam ‘naik syeikh’. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid. Allahu Akbar!

Konstantinople ialah kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad menukar nama Konstantinople kepada Islambol, yang membawa maksud “Islam Keseluruhannya”. Nama Islambol diubah pula kepada “Istanbul” oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya sebagai sekadar sebuah muzium.

Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya.


JUMAAT BERSEJARAH

Selepas berjaya menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya:

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”

Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”

Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini! Ada lagikah pemimpin umat Islam yang sebegini?

AKHIR HAYAT

Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun.
Siapa yang meracunnya? Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini. Allahu a’lam.


KISAH POTRET SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Potret ini memang masyhur. Siapakah pelukisnya?
Pelukisnya ialah seorang Itali bernama Genti le Bellini. Dia dihantar oleh Senat Venice ke Istanbul pada tahun 1479 untuk bertemu dengan Sultan Muhammad al-Fateh atas urusan hubungan diplomatik. Dialah yang melukis potret baginda.


PEMBUKA KONSTANTINOPLE SETERUSNYA

Hadis Nabi bercerita tentang kedatangan Yakjuj Makjuj. Kedatangan tentera Khazar, Monggol dan Rusia juga ternyata gerombolan Yakjuj Makjuj. Namun Yakjuj Makjuj yang utama akan muncul selepas kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa al-Masih nanti.

Begitu juga dalam kes Pembuka Konstantinople. Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya memang benar sebaik-baik raja dan tentera pada zaman mereka yang berjaya membuka Konstantinople, namun Pembuka Konstantinople yang utama akan tiba tidak lama lagi. Mereka juga sebaik-baik raja dan tentera, untuk penghujung akhir zaman ini.

Kita lihat apa yang dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Qaul al-Mukhtasor fi ‘Allamah al-Mahdiy al-Muntazor:

“Al-Mahdi akan memerangi Rom selama 3 hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh. Kemudian menyerang Konstantinople. Ketika mereka membahagi-bahagikan emas di Konstantinople dengan memakai takaran perisi, tiba-tiba ada orang yang berteriak: “Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.”
“Al-Mahdi akan menundukkan Konstantinople dan Jabal ad-Dailam.” (Abu Nuaim)

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya mereka menundukkan Konstantinople dan Rom dengan membunuh 40,000 jiwa……. Ketika mereka membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita kedatangan Dajjal…”

Sabda Nabi:
“Peperangan yang terbesar ialah tertakluknya Konstantinople. Dan keluarnya Dajjal ialah selama 7 bulan.”

Hadis riwayat al-Hakim:
“Sesungguhnya pasukan yang menundukkan Konstantinople ialah pasukan Hijaz……. Kemudian mereka dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang kedatangan Dajjal.”

“Tertakluknya Konstantinople ialah keluarnya Dajjal.”

“Ketika menundukkan Konstantinople, Al-Mahdi menancapkan benderanya untuk mengambil wudhuk dan mengerjakan solat Subuh.”

Cuba perhatikan, penaklukan Konstantinople dikaitkan dengan al-Mahdi dan pra-kezahiran Dajjal. Maksudnya pembukaan utama Konstantinople belum berlaku. Ia akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan tentera iaitu Imam Mahdi dan pasukannya.

Anda mahu jadi salah seorang ahli pasukannya yang sebaik-baik tentera itu? Bandingkan amalan anda dengan amalan para perajurit Pembuka Konstantinople yang pertama iaitu tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Tentunya kualiti tentera yang membuka akan membuka Konstantinople kali ini adalah lebih hebat daripada yang pertama. Layakkah anda?

Satu hal yang menarik, orang yang mengatakan Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam ialah Nabi Muhammad saw, Pembuka Konstantinople yang pertama ialah Sultan Muhammad manakala Pembuka Konstantinople yang utama ialah Muhammad bin Abdullah iaitu al-Mahdi. Ketiga-tiganya Muhammad.


Abu Zulfiqar Amsyari





BAHASA MELAYU INDONESIA

PENDAHULUAN 


Sultan Muhammad II yang lebih dikenal sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) adalah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (Penyelamat Yerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia memimpin umat Islam melalui Daulah Utsmaniyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelar "Al-Fath" itu bersamaan keberhasilannya 'membuka' Konstantinople. 

Imam Ahmad meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad saw pernah berkata: "Konstantinople akan dikalahkan oleh tentara Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tentaranya adalah sebaik-baik tentara. " 



Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentara Islam untuk menaklukkan dan 'membuka' Konstantinople yang terkenal dengan integritas tembok berlapisnya. Dari waktu ke waktu ada saja perwira yang mau diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudian, berbagai kampanye militer dilakukan namun semuanya gagal menembus tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Kekaisaran Bizantium ini sangat penting karena ia merupakan jalur utama untuk 'membuka jalan ke ' Eropa’. Runtuh saja pintu Eropa, berarti mudahlah untuk siapa saja menerobos ke luar sana. 



Tuhan mengungkapkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu hal, yaitu Konstantinople dibuka setidaknya dua kali. Sultan Muhammad al-Fateh adalah pembuka yang pertama sedangkan pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bagian ini akan dibicarakan lebih lanjut di bawah nanti. 



Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Anshari menemukan kesyahidannya dekat tembok kota Konstantinople. Dia menyerang pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara argumen Abu Ayyub ke sana adalah karena dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahwa akan ada seorang pria yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda "sebaik-baik raja dan tentara" itu. 




ZAMAN ANAK-ANAK 



Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Maret 1432 di perbatasan Turki-Bulgaria. Ayahnya Sultan Murad II (1401-1451) seorang yang saleh, handal dalam perang jihad dan memiliki wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad jadi seorang yang berterampilan sejak kecil lagi. 



Muhammad belajar dan menguasai berbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu perang, tasawuf, psikologi dan lain-lain. Dia kompeten dalam 7 bahasa yaitu bahasa Arab, Turki, Yunani, Hebrew, Persia, Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa. 



Kekhalifahan Utsmani yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha'irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah memiliki kamar suluk khusus buat mereka. Pribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini adalah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah yaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang keturunan Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai penasihat kepada Pemerintah Turki Utsmani ketika itu. 



Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahwa bukan beliau yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang saat itu sedang berada dalam buaian itu. 




ZAMAN REMAJA 



Muhammad al-Fateh mulai memangku jabatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapaknya yaitu Sultan Murad ada urusan di luar negeri. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara resmi menjabat khalifah. Sultan Muhammad adalah khalifah Utsmani yang ke-7. 




ZAMAN DEWASA 



Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kampanye militer sepanjang hidupnya. Meskipun dia ketua seluruh umat Islam di zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentara Islam membangun Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu juga sama menjadi buruh bangunan. 



Sultan Muhammad sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentara dan rakyat Turkistan ketika itu. Selain mempraktekkan sunnah, serban besar mereka itu tidak lain adalah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka kepada syahid pada setiap saat dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu semua tentara Islam pada zaman itu mengenakan sorban. 



Meskipun Sultan Muhammad sudah ditunjuk sebagai khalifah, tetapi dia masih membutuhkan tunjuk ajar ayahnya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, meskipun Sultan Murad sudah pensiun dan mau fokus pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mau ayahnya ke medan juang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan beristirahat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh ke bapaknya setelah dia menjabat khalifah: 



"Kalau ayahanda pikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajiban ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turut sama berjuang. " 



Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya. 




MEMBUKA KONSTANTINOPLE 



Sebelum melakukan kampanye militer ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar dari sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentara Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perencanaan dan persiapan yang luar biasa harus dilakukan. 

Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh adalah mengerahkan pembangunan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu mil dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentara musuh memang gentar akan teknologi militer umat Islam ini. Meriam ini hanya bisa melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi. 




Tentara Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah sekitar 150.000 orang (*sumber Turki mengatakan 80,000 orang sahaja). Bila mereka shalat berjamaah massal, gemetar hati tentara musuh melihat betapa banyak, disiplin, harmonis, keras dan bersatu hatinya tentara Islam. Dari segi psikologi, moral tentara musuh sudah terbenam jatuh. 



Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentara Islam dengan Kota Konstantinople adalah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentara Islam tidak dapat membuat serangan karena tentara Kristen sudah memasang rantai besi yang melintang selat. Strategi ini berhasil memukul balik serangan pasukan Islam untuk periode yang agak lama juga.


Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun dan tentaranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan dari Paus berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentara Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.



Satu keajaiban terjadi. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tentaranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang ide yang sungguh luar biasa.



Esoknya, tentara Kristen terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentara Islam sudah berada di dalam selat dan siap menyerang. Mereka merasa heran karena rantai perentang masih tidak terpengaruh, jadi bagaimana kapal-kapal tentara Islam dapat melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat terjadi.



Sudah berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak bisa membiarkan kondisi ini berlanjut. Dengan tekad final dia memberikan ucapan: "Saya ingin mati! Siapa yang mau mati, mari ikut saya! "



Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentara Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang prajurit menyerbu masuk ke benteng musuh. Mereka berhasil memacakkan bendera daulah Islam di dalam benteng. Bendera yang berkibar itu membuat tentara Islam 'naik syeikh'. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk berlutut ke bawah tentara Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang prajuritnya berhasil mendapatkan syahid. Allahu Akbar!



Konstantinople adalah benteng utama Pemerintah Bizantium. Pemerintah Bizantium lemah lalu akhirnya hancur setelah kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad mengganti nama Konstantinople pada Islambol, yang berarti "Islam Keseluruhannya". Nama Islambol diubah pula ke "Istanbul" oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodernan Turki. Gereja St Sophies diubah oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, yaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya sebagai sekedar sebuah museum.



Setelah itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hongaria, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya.




JUMAAT BERSEJARAH



Setelah berhasil menaklukkan Konstantinople, sampailah saatnya untuk tentara Islam mengerjakan shalat Jumat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tentaranya:



"Siapakah antara kamu yang pernah meninggal shalat fardhu setelah baligh, silahkan duduk."



Tidak ada seorang pun dalam ribuan prajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajiban shalat fadhu. Beginilah salah satu fitur sebaik-baik tentara.



"Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan shalat rawatib setelah baligh, silahkan duduk."



Sebagian dari tentaranya duduk.



"Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan shalat tajahud setelah baligh, silahkan duduk."



Semua tentaranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan shalat fardhu, shalat rawatib dan shalat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya pribadi seorang pemimpin seperti ini! Ada lagikah pemimpin umat Islam yang sebegini?




AKHIR HAYAT



Sultan Muhammad al-Fateh meninggal pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat mengatakan dia meninggal karena menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun.



Siapa yang meracunnya? Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini. Allahu a'lam.




KISAH POTRET SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH



Potret ini memang masyhur. Siapakah pelukisnya?



Pelukisnya adalah seorang Italia bernama Genti le Bellini. Dia dikirim oleh Senat Venesia ke Istanbul pada tahun 1479 untuk bertemu dengan Sultan Muhammad al-Fateh pada urusan hubungan diplomatik. Dialah yang melukis potret beliau.




PEMBUKA KONSTANTINOPLE SELANJUTNYA



Hadis Nabi bercerita tentang kedatangan Yakjuj Makjuj. Kedatangan tentara Khazar, Monggol dan Rusia juga ternyata gerombolan Yakjuj Makjuj. Namun Yakjuj Makjuj yang utama akan muncul setelah kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa al-Masih nanti.



Begitu juga dalam kasus Pembuka Konstantinople. Sultan Muhammad al-Fateh dan tentaranya memang benar sebaik-baik raja dan tentara di zaman mereka yang berhasil membuka Konstantinople, namun Pembuka Konstantinople yang utama akan tiba tidak lama lagi. Mereka juga sebaik-baik raja dan tentara, untuk akhir akhir zaman ini.



Kita lihat apa yang dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-qaul al-Mukhtasor fi 'Allamah al-Mahdiy al-Muntazor:



"Al-Mahdi akan memerangi Romawi selama 3 hari. Pada hari ketiga itulah Romawi runtuh. Kemudian menyerang Konstantinople. Ketika mereka membagi-bagikan emas di Konstantinople dengan memakai takaran perisi, tiba-tiba ada orang yang berteriak: "Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua."



"Al-Mahdi akan menundukkan Konstantinople dan Jabal ad-Dailam." (Abu Nuaim)




Rasulullah bersabda:



"Sesungguhnya mereka menundukkan Konstantinople dan Romawi dengan membunuh 40.000 jiwa ... .... Ketika mereka membagi-bagikan harta rampasan perang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita kedatangan Dajjal ... "




Sabda Nabi:



"Perang yang terbesar adalah tertakluknya Konstantinople. Dan keluarnya Dajjal adalah selama 7 bulan. "




HR. Al-Hakim:



"Sesungguhnya tim yang menundukkan Konstantinople adalah tim Hijaz ... .... Kemudian mereka dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang kedatangan Dajjal. "




"Tertakluknya Konstantinople adalah keluarnya Dajjal."




"Ketika menundukkan Konstantinople, Al-Mahdi menancapkan benderanya untuk mengambil wudhu dan melakukan shalat Subuh."




Coba perhatikan, penaklukan Konstantinople dikaitkan dengan al-Mahdi dan pra-kezahiran Dajjal. Maksudnya pembukaan utama Konstantinople belum terjadi. Ia akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan tentara yaitu Imam Mahdi dan pasukannya.



Anda mau jadi salah seorang anggota pasukannya yang sebaik-baik tentara itu? Bandingkan praktek Anda dengan praktek para prajurit Pembuka Konstantinople pertama kalinya yaitu tentara Sultan Muhammad al-Fateh. Tentunya kualitas tentara yangakan membuka Konstantinople kali ini adalah lebih hebat dari yang pertama. Layakkah Anda?



Satu hal yang menarik, orang yang mengatakan Konstantinople akan jatuh ke tangan tentara Islam adalah Nabi Muhammad saw, Pembuka Konstantinople satu adalah Sultan Muhammad sedangkan Pembuka Konstantinople yang utama adalah Muhammad bin Abdullah yaitu al-Mahdi. Ketiganya Muhammad.


sumber : https://www.facebook.com/notes/majlis-gelanggang-gurun-pertubuhan-seni-silat-pusaka-gayong-malaysia/sultan-muhammad-al-fateh-penakhluk-agung/105207752890748


Sultan Muhammad Al-Fateh - Penakhluk Agung

29 January 2011 at 23:29


Istanbul atau dulu dikenal sebagai constantinople,adalah salah satu bandar termasyhur di dunia.Bandar ini tercatat dalam sejarah Islam khususnya pada masa Kesultanan Usmaniyah ketika meluaskan wilayah sekaligus melebarkan pengaruh Islam di banyak negara.Bandar ini didirikan tahun 330M oleh Maharaja Bizantium yaitu Costantine I. Kedudukannya yang strategik,membuatkan ia tempat yg strategik di masa Kekaisaran Bizantium.Rasulullah SAW juga telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang penguasaan kota ini ke tangan umat Islam seperti dinyatakan oleh Rasulullah saw pada perang Khandak.

Sultan Muhammad Al - Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun,sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

 Para khalifah dan pemimpin Islam sebelum itu telah berusaha untuk menakluk Kostantinopel.Usaha pertama dilancarkan tahun 44 H di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi,usaha itu gagal.Usaha yang sama juga dilakukan pada zaman Khalifah Umaiyah.Di zaman pemerintahan Abbasiyyah,beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk di zaman Khalifah Harun al-Rasyid tahun 190H.Setelah kejatuhan Baghdad tahun 656H,usaha menawan Kostantinopel diteruskan oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Timur (Anatolia) terutama Kerajaan Seljuk.Pemimpinnya,Alp Arslan (455-465 H/1063-1072 M) berhasil mengalahkan Kaisar Roma,Dimonos,tahun 463 H/1070 M. Akibatnya sebagian besar wilayah Kekaisaran Roma takluk di bawah pengaruh Islam Seljuk.

 Awal kurun ke-8 hijrah,Daulah Usmaniyah mengadakan kesepakatan bersama Seljuk.Kerjasama ini memberi nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menguasai Konstantinopel.Usaha pertama dibuat di zaman Sultan Yildrim Beyazid saat dia mengepung bandar itu tahun 796 H/1393 M.Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Kaisar Bizantium menyerahkan Konstantinople secara aman kepada umat Islam.Akan tetapi,usahanya menemui kegagalan karena datangnya bantuan dari Eropah dan serbuan bangsa Mongol di bawah pimpinan Timur Leng.

 Selepas Daulah Usmaniyyah mencapai perkembangan yang lebih maju dan terarah,semangat jihad hidup kembali dengan nafas baru.Hasrat dan kesungguhan itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863 H/1421-1451 M) untuk meneruskan usaha menaklukkan Kostantinopel.Beberapa usaha berhasil dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama terjadi pengkhianatan di pihak umat Islam.Kaisar Bizantium menabur benih fitnah dan mengucar-kacirkan barisan tentara Islam.Usaha Sultan Murad II tidak berhasil sampai pada zaman anak beliau,Sultan Muhammad Al-Fatih,sultan ke-7 Daulah Usmaniyah.

 Semenjak kecil,Sultan Muhammad Al-Fatih telah mencermati usaha ayahnya menaklukkan Kostantinopel.Bahkan beliau mengkaji usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu,sehingga menimbulkan keinginan yang kuat baginya meneruskan cita-cita umat Islam.Ketika naik tahta pada tahun 855 H/1451 M,dia telah mulai berpikir dan menyusun strategi untuk menawan kota bandar tadi.Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih terletak pada ketinggian pribadinya.

 Sejak kecil,dia dididik secara intensif oleh para ulama terulung di zamannya.Di zaman ayahnya,yaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulama untuk mengajar anaknya sebelum itu,tetapi tidak diterima oleh Amir Muhammad.Lalu,dia menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika membantah perintah gurunya.

 Waktu bertemu Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh Sultan,Amir Muhammad tertawa.Dia lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani. Peristiwa ini amat berkesan pada diri Amir Muhammad lantas setelah itu dia terus menghafal Alquran dalam waktu yang singkat.Di samping itu,Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki.Dia mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu agama seperti Alquran,hadis,fikih, bahasa (Arab, Parsi dan Turki), matematika,falak,sejarah,ilmu peperangan dan sebagainya.

Syeikh Semsettin lantas meyakinkan Amir Muhammad bahwa dia adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis pembukaan Kostantinopel.Ketika naik takhta,Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Semsettin untuk menyiapkan bala tentara untuk penaklukan Konstantinopel.Peperangan itu memakan waktu selama 54 hari. Persiapan pun dilakukan.Sultan berhasil menghimpun sebanyak 250 ribu tentara.Para mujahid lantas diberikan latihan intensif dan selalu diingatkan akan pesan Rasulullah SAW terkait pentingnya Konstantinopel bagi kejayaan Islam.

PENDIDIKAN - Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE - Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE - Setelah proses persiapan yang teliti,akhirnya pasukan Sultan Muhammad Al-Fatih tiba di kota Konstantinopel pada hari Kamis 26 Rabiul Awal 857 H atau 6 April 1453 M. Di hadapan tentaranya,Sultan Al-Fatih lebih dahulu berkhutbah mengingatkan tentang kelebihan jihad,kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT. Dia juga membacakan ayat-ayat Al-quran mengenainya serta hadis Nabi SAW tentang pembukaan kota Konstantinopel.

Ini semua memberikan semangat yang tinggi pada bala tentera dan lantas mereka menyambutnya dengan zikir,pujian dan doa kepada Allah SWT. Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak - Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Pope vatican di Rome telah menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah.

Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt. Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya: “ Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku! ”

Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.Sultan Muhammad Al-Fatih pun melancarkan serangan besar-besaran ke benteng Bizantium di sana.Takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" terus membahana di angkasa Konstantinopel.Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tentaranya berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka memperbanyak solat,doa,dan zikir.

Hingga tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857 H atau bertepatan dengan tanggal 29 Mei 1453,serangan utama dilancarkan.Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota.Tentera Usmaniyah akhirnya berhasil menembus kota Konstantinopel melalui Pintu Edirne dan mereka mengibarkan bendera Daulah Usmaniyah di puncak kota.Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih,akhirnya berjaya mencapai cita-cita mereka menaklik constantinople..

Penawanan Constantinople - Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA - Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

 “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.


sumber : http://www.majalahniaga.com/29-mei-1453-559-tahun-pembukaan-konstantinopel.html

10 Strategi Kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih

June 01, 2012 — Penulis: 

Kategori: Kepimpinan
29 Mei 2012, genaplah 559 tahun pembukaan Kota Konstantinopel di tangan sultan ketujuhkerajaan Turki Osmaniah, Muhammad bin Murad Al-Fatih.
Sultan Muhammad Al-Fatih
Kejayaan umat Islam pada tahun 1453 ini sangatlah besar maknanya. Ia berlaku selepas hampir 200 tahun umat Islam meratapi pembantaian bangsa ganas Tartar ke atas Baghdad, ibu kota Khilafah Islam Abbasiah.
Profesor Halil Inalchik dari Turki menyatakan kejayaan menamatkan riwayat Empayar Rom Byzantin ini hadir selepas 12 percubaan dilakukan umat Islam terdahulu, untuk menawan kota itu menemui kegagalan.
Siapa sangka sebuah bangsa yang jauh daripada Rasulullah S.A.W sama ada dari segi zamannya mahupun jasadnya di Madinah, namun akhirnya merekalah yang merealisasikan ramalan Rasulullah S.A.W.
Tiada yang mustahil bagi mana-mana bangsa untuk memerintah dunia apabila mereka berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam sebagai cara hidup.
Secara ringkas, saya rumuskan 10 strategi kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatihsebagaimana dianalisis para sejarawan terkemuka seperti Profesor Halil Inalchik, Profesor Maksudoglu, Profesor Ilber Ortayli dan Shekh Ali Muhammad As-Sollabi.
Kesemua strategi ini dihasilkan Sultan Muhammad sebaik sahaja beliau dibaiahkan sebagai Sultan Osmaniah pada tahun 1451 Masihi.

3 Fakta Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih

Sebelum itu, ada 3 fakta penting yang mesti diambilkira sebelum kita membincangkan faktor-faktor strategik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih:
#1 – Empayar Rom yang Berbeza
Empayar Rom Byzantin ketika misi Abu Ayyub Al-Ansari dan bangsa Arab tidak seluas empayar Rom Byzantin ketika misi bangsa Turki dan Sultan Muhammad.
Empayar Rom
Terima kasih kepada generasi sebelum Sultan Muhammad yang bertanggungjawab menyempitkan kuasa Kristian Orthodoks itu, sehingga ia menjadi sebuah kerajaan yang kerdil dan terpinggir sehingga memudahkan Sultan Muhammad untuk memberikan fokus sepenuhnya hanya kepada Konstantinopel.
#2 – Baginda Mewarisi Takhta
Sultan Muhammad mewarisi takhta kerajaan Osmaniah yang telah stabil tanpa perpecahan dalam istana, kaya sehingga mampu menaikkan gaji tentera,  kental semangat jihad hasil dari kegigihan usaha ayahnya mendatangkan para ulama terbaik dari seluruh dunia untuk berada di Edirne.
#3 – Pendidikan Teratur & Seimbang
Sultan Muhammad melalui proses pendidikan yang kemas dan teratur, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh mencakupi pendidikan spiritual dan intelektual, serta hubungannya yang sangat erat dengan Syekh Aq Syamsuddin, Mullah Qurani dan beberapa ulama tersohor yang lain.
Sekiranya Sultan Muhammad menaiki takhta pada usia 19 tahun itu tanpa empayar Byzantin yang sudah disempitkan, tanpa kerajaan yang stabil kedudukan politik dan ekonominya, tanpa pula wujud pendidikan yang seimbang ke atas beliau sendiri, belum tentu kemenangan ke atas Konstantinopel akan memihak kepada beliau.

10 Strategi Kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih

Berikut 10 strategi mencakupi aspek dalaman dan aspek luaran dihasilkan Sultan Muhammad Al-Fatih selepas beliau mengamati sedalam-dalamnya punca-punca kegagalan percubaan terdahulu.
Muhammad Al-Fatih dan Tentera Islam
#1 – Pengaruh yang Berpengaruh
Memastikan sokongan dan kesatuan sepenuhnya umat Islam terhadap hasrat Sultan Muhammad membuka Konstantinopel melalui peranan Chandarli Halil Pasya, ahli politik paling berpengaruh ke atas institusi tentera Janissaries dan Syekh Aq Syamsuddin, ulama paling berpengaruh di kalangan rakyat Turki.
#2 – Pengstrukturan Semula
Melakukan penstrukturan semula sistem birokrasi dan pentadbiran negara dengan perhatian khusus kepada sektor ekonomi, dan kos perbelanjaaan yang diperlukan untuk menuju Konstantinopel.
#3 – Menyamar dan Menyelidik
Sultan sendiri membuat penyamaran dan kemudiannya menghantar perisikan untuk terusmenyelidik kekuatan dan kelemahan dalaman Konstantinopel, dari ketebalan tembok dua lapis dan kelemahan Greek Fire, hinggalah pada isu-isu semasa politik yang dijangka tidak memihak kepada Maharaja Konstantinopel.
#4 – Wujudkan Strategi Lumpuhkan Musuh
Membangunkan 140 buah kapal perang moden, 320 buah perahu, menyediakan angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang, termasuk dua belas ribu tentera Janisari yang terlatih.
Kesemua ini sebagai persiapan mengepung secara berkesan Konstantinopel dari segenap arah, memenatkan musuh dan melumpuhkan senjata mereka melalui serangan bertali arus ke atas tembok tanpa henti.
#5 – Berfikir Sebelum Menghukum
Menunggu justifikasi syariah untuk menghukum Konstantinopel di samping menunggu masa, suasana, dan cuaca sebaiknya sebelum memutuskan tarikh sebenar kepungan dilakukan, supaya tidak akan berlaku sedikitpun kesilapan teknikal yang memungkinkan pengunduran semula ke Edirne.
#6 – Improvisasi Hubungan
Menyemak semula hubungan sedia ada antara kerajaan Turki dengan negara-negara Eropah dan Balkan. Serta menawarkan hubungan dagangan yang lebih baik dari tawaran pemimpin Osmaniah sebelumnya.
Perhatian khusus diberikan pada negara-negara jiran dan negara-negara yang bersekutu dengan Konstantinopel, supaya mereka memihak kepada Turki atau bersikap sekurang-kurangnya bersikap neutral apabila Konstantinopel diserang.
#7 – Minimumkan Talian Hayat
Memastikan Konstantinopel dipinggir dan dipencilkan dari sebarang ‘talian hayat’ dari selat Bhosporus.
Sultan Muhammad telah membina Rumeli Hissari di bahagian Eropah bertentangan dengan Anadolu Hissari di bahagian Asia dalam 149 hari sahaja.
Ia dibina untuk beliau menguasai sepenuhnya satu-satunya laluan berpotensi untuk sekutu Konstantinopel seperti Empayar Trebizond membantu Konstantinopel.
#8 – Bukit Galata
Memberikan perhatian khusus pada bukit Galata dan memastikan Galata bersikap neutralsepanjang tempoh perang.
Akhirnya kawasan bukit menghadap Bhosporus ini menjadi saksi tentera Sultan Muhammad Berjaya melayarkan 70 buah kapal-kapal ringannya, di atas bukit pada jarak hampir 5 kilometer untuk berlabuh di Tanduk Emas tanpa melalui sekatan rantai Byzantin.
#9 – Meriam Untuk Hidangan Tembol Tebal
Mencipta 4 buah meriam gergasi dan puluhan mortar untuk meremukkan tembok tebal 10 dan 15 meter Konstantinopel.
Meriam Basilica yang terbesar mempunyai berat 1,400 paun, pelurunya seberat 300 kilogram, memerlukan 2 jam untuk memasukkan satu peluru, mampu menembak 10 das tembakan dalam sehari, jarak capaian bom sekitar 2-3 kilometer dengan bunyinya sahaja boleh didengari pada jarak 20 kilometer.
Meriam ini dibina oleh seorang non-Muslim, namanya Orban dan dipindahkan dari Edirne ke Konstantinopel pada jarak 250 kilometer tanpa diketahui musuh.
#10 – Bangkitkan Semangat Tentera Allah
Memastikan spiritual tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi. Peranan para ulama sangat besar dalam setiap battalion tentera.
Membangkitkan Semangat Tentera Islam
Peristiwa pemindahan kapal di atas bukit selepas kekalahan tentera laut Palta Oglu, dan wujudnya tentera-tentera berani mati yang menggali terowong bawah tanah Konstantinopel adalah antara gambaran-gambaran menakutkan musuh, akibat daripada kentalnya didikan keimanan dan cintakan mati kalangan tentera Islam.
Sehinggalah kemuncaknya lahirnya para pemuda yang cintakan mati lebih dari hidup, rindukan syurga lebih dari kemenangan di dunia hingga Hassan Ulubate yang syahid di atas panji Islam yang dipacakkan di atas menara tembok.
Namun demikian, filem termahal Turki dengan aplikasi kesan visual khas (CGI), “Fetih 1453” yang menelan belanja 17 juta US Dollar, saya lihat bakal mengundang kontroversi dan kritikan dari sejarawan Islam apabila menonjolkan imej Hassan Ulubate sebagai kesatria yang ‘tunduk’ di kaki perempuan si anak Orban, pencipta meriam Sultan Muhammad.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan