TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (61) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (5) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (13) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (20) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (88) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (22) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (1) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (13) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (10) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (6) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (24) Tawassul (4) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 1 September 2014

Ziarah Tuan Guru Hj Abdul Hamid Bin Ismail (Paksu Hamid), Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah D.A.

Assalamu'alaikum,

Tuan Guru Hj Abdul Hamid Bin Ismail (Paksu Hamid)

Kita 'lari sekejap' dari kisah Istanbul yang belum habis sebenarnya. Alhamdulillah, Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, hamba sempat ziarah seorang guru hamba yang amat dikasihi, Paksu Hamid di Kuala Nerang, Kedah. Hamba kira, hamba berguru dengan Paksu Hamid dalam 10 tahun lebih juga.  Selepas menyambut Aidil Fitri di kampung bersama bonda dan adik-beradik, hati kuat untuk ziarah Paksu Hamid. lagipun tahun lepas hamba tak berkesempatan ziarah beliau.  Bertolak selepas Solat Zohor, kami sampai di rumah Paksu Hamid dalam jam 445 petang dan sempat bersama dengan beliau sehingga jam 630 petang. Itupun 'dah lebih masa yang sepatutnya'. Kuih-muih Raya dan air tersedia di atas meja, siapa tetamu yang datang boleh layan diri.

Pertemuan pertama dengan Paksu Hamid dicadangkan oleh seorang sahabat, Sheikh Mangkuk. Petua yang diberi amatlah mudah. Masuk lebuhraya ke Utara, apabila sampai ke persimpangan ke Jitra Selatan, keluar dari lebuhraya dan ambil kanan (lintas lebuhraya) menuju ke Wang Tepus/Kuala Nerang. Bawa terus sampai anda berjumpa simpang tiga. Jalan kiri menuju ke Pondok Inabah yang dikelolakan oleh Pak Guru aka Tuan Guru Hj Mohd Zuki As-Sujjak Bin Syafie. 1 Syawal 1434, hamba ziarah Pak Guru.  1 Syawal 1435, hamba ziarah Paksu Hamid pula. Jalan ke kanan ada Masjid di sebelah kanan, maka dalam 100-150 meter dari simpang, ada Sub-Power station TNB di sebelah kanan jalan, ambil jalan selepas itu dan naik ke atas. Waktu hamba mula datang dahulu, tanya orang di Kampung tu saja mana rumah Paksu Hamid, ramai orang kampung tahu dan sub-power station TNB itu petuanya. Kalau bab ladunni dan makrifat, sesampai sahaja hamba kali pertama,  Paksu Hamid telah menerangkan tentang hamba  itu, ini, sini, sinun. 

Paksu Hamid berpuasa sepanjang tahun, kecuali hari-hari yang diharamkan.  Ini untuk menjaga diri dari termakan makanan yang mengandungi pelbagai unsur sama ada syubhat, 'haram', tidak elok, dan sebagainya dan sebab-sebab lain. Teringat Sheikh Ali Sobuni, seorang ulamak dan Guru Mursyid dari Syria yang begitu menjaga bab makan-minum.  Ada tiga langkah jika hendak berpuasa seperti Paksu Hamid, kena tanya beliau sendiri. Waktu hamba ziarah kali pertama dahulu, lebih 10 tahun yang lalu, hamba ada niat nak berubat sebab 'terus diserang dan diasak pelbagai penjuru' apabila Guru Mursyid kembali ke rahmatullah. Nasihat Paksu Hamid mudah saja. 'Kalau kamu kuat, tipu daya syaitan itu lemah dan begitulah sebaliknya'. Jadi kena kuatkan amalan dan pergantungan dengan Allah SWT.  Selepas ziarah kali pertama, beliau memberikan sebungkus kertas dan memberitahu, 'balik dan amalkan'.  Ada ketika ziarah ada tetamu lain, ada ketika ziarah tiada tetamu lain, ikut rezekilah. Ada sekali ziarah tu, selepas ziarah beliau hamba bercadang ziarah seorang guru lagi (arwah Pak Lon Tanjung Jaga), beliau seperti sudah tahu 'kegemaran hamba' mencadangkan hamba mencari seorang lagi hamba Allah di Pulau Pinang. Hamba belum  dapat mencari orang yang beliau maksudkan, bila datang lain kali, beliau kata 'tak perlu ziarah orang itu', maka tak carilah hamba Allah itu di Pulau Pinang.

Paksu Hamid ni memang 'arif bab rahsia negara', sampai 'tidak dibenarkan' berkata-berkata di luar kawasan rumahnya. Kalau pandai 'korek' sedikit-sebanyak tu terkeluar juga rahsia negara dari mulut Paksu Hamid. 'Orang-orang besar' pun ada yang ziarah, minta doa ini dan itu tetapi dilayan oleh Paksu Hamid dengan hormat.  Ziarah kali ini, sambil berjenaka, disulam soalan dan pencarian. Contoh soalan Paksu Hamid dalam jenakanya adalah kenapa buah durian berduri? Kenapa buah tembikai tidak berduri? He3... Cuma hamba lihat kali ini memang Paksu Hamid 'agak uzur' berbanding sebelumnya.  Sebelum ini, Paksu Hamid berbicara di atas sofa di bilik atas, kini beliau berbicara sambil duduk dari atas 'tilam/lembeknya'.   Hamba minta izin untuk ambil gambarnya dan masukkan kisahnya dalam internet dan Paksu Hamid izinkan. Cuma Paksu Hamid pesan kat hamba tulis kat internet, "Paksu sihat". Dahulunya, Paksu Hamid ada sebuah kitab yang mencatat ilmu-ilmunya. Kini ilmu-ilmunya itu telah dijilidkan dan dipecahkan dalam 11 kitab, dari Jilid 1 sampai Jilid 11.  Ada beberapa anak murid Paksu Hamid yang beliau berikan kesebelas jilid itu untuk dikembangkan. Pesannya kepada mereka yang menerima 11 jilid kitabnya itu, kembangkanlah ilmunya. Paksu Hamid komen tentang ulamak sekarang yang katanya tak mahu belajar dan mengaji tentang kitab-kitab lama.  Beliau suruh hamba carikan dua buah Kitab dibawah (rujuk gambar). Katanya, kalau ada Pesta Buku di Mesir, minta orang Malaysia yang ada di Mesir carikan. Banyak masalah dunia boleh diselesaikan jika faham isi kandungan kedua kitab ini. 

Sepanjang hamba ziarah sebelum ini, kalam Paksu Hamid dengan hamba banyak berkisah kepada syarah Ibn Arabi. Selain itu, banyak pesanan dan nasihat Paksu Hamid pada hamba dan keluarga dan antaranya yang boleh dikongsi dengan pembaca ialah:
  • Sentiasa berdamping dengan kitab Al-Quran. Tiap-tiap malam nak tidur, pegang kitab Al-Quran, kata pada diri sendiri "Ini kitab Al-Quran, Kalam Allah yang belum dapat aku baca, belum dapat aku fahami sepenuhnya".
  • Belajar Bahasa Arab sampai arif.  Kalau tak dapat belajar secara rasmi, faham setiap hari satu patah perkataan. Kalau setahun dah 365 patah perkataan. dari perkataan/istilah disambung dijadikan ayat, dari ayat menjadi perenggan, dari perenggan, lama-lama menjadi karangan. 
  • Jaga bahasa dan pertuturan kita. Kalau benda tak elok walaupun tidak salah disebut, cuba elakkan. Contohnya nampak 'tahi cicak', daripada menyebut perkataan 'tahi cicak' walaupun tak salah, lebih baik sebut perkataan lain yang lebih elok. Kalau bab kata-kata ni, Paksu Hamid memang 'halus'.
  • Jaga makan-minum dan pergaulan.
Kali ini Paksu Hamid banyak berbicara tentang kalimah tauhid, La ilaha illAllah, bab makrifatullah.  Tanya sahabat yang ziarah pun mereka mengakui Paksu Hamid kini banyak menghabiskan cerita tentang makrifatullah. BUKAN, DIA. DIA, BUKAN. Carilah. Kata Paksu Hamid juga, Allah Taala tidak perlu dicari, yakin dan beriman sahaja.  Semua persoalan hamba kali ini, Paksu Hamid jawab dengan merujuk kepada kitab Al-Quran, disuruhnya mencari dalam kitabnya, Jilid sekian, halaman sekian. Contohnya hamba bertanyakan bab Lailatul Qadar, beliau suruh hamba buka kitabnya Jilid 5, halaman 7. Tentang Lailatul Qadar juga tetapi 'yang tipu', beliau kata Jilid 5 juga, halaman 9.  Hamba bertanya tentang MH370 dan MH17, tanpa berselindung dan berkias, Paksu Hamid merujuk kepada ayat Al-Quran mengenai bala. Dan bagaimana mengelak bala juga dinyatakan dalam ayat berkaitan.  Hamba bertanya tentang Imam Mahdi, beliau suruh baca dan faham surah Al-Israak, ayat 4/5. Hamba tanya bab istiqamah dalam amalan, beliau suruh rujuk kepada surah Al-Fusilat ayat 30/31. "Kalau tak nampak malaikat, belum istiqamah lagi kalau faham maksud ayat tersebut".

Masa terasa begitu sekejap dengan Paksu Hamid. Kalau boleh setiap minggu nak ziarah dan bertalaqqi dengan Paksu Hamid. Ada anak murid Paksu yang datang seminggu sekali dan mencatat ilmu dan kata-kata serta nasihat Paksu Hamid. Walaupun sekejap, terasa banyak yang dipelajari, terasa kasih-sayang dan ambil berat seorang guru walaupun bukan selalu bertemu. Hamba ada 'melawak' tanya Paksu Hamid, nak berhenti kerja dari pekerjaan sekarang, Paksu Hamid tidak izinkan. Katanya dalam nada disulam jenaka, eloklah kerja sekarang, cuti pun kerajaan bayar gaji. Kalau kerja sendiri, cuti tak dapat gaji, bila kerja baru ada gaji. Sebelum berpisah, hamba minta halal atas segala makan-minum, minta maaf atas segala salah-silap,  dan minta diredhai  atas segala ilmu yang dipelajari daripada beliau. Pada mereka di Tanah Melayu, eloklah cari kelapangan masa untuk ziarah Paksu Hamid. Pabila meninggal seorang arifbillah, susah dicari di mana munculnya penggantinya. Wassalam.
Gambar dari telefon


Gambar menggunakan Kamera Canon


Gambar dari sahabat

Kitab pertama yang Paksu Hamid suruh cari

Kitab kedua yang Paksu Hamid suruh cari


21 ulasan:

  1. Assalamualaikum admin erm àpahal pulak aq tak dapat tgok pic buku neyh..adoi..kenapa durian berduri? Best nya pakcik ni berlawak bijaksana pakcik ni..admin sya nak tanya ni boleh percaya tak kalau org ckp dia penah nampak wajah Wali Qutub kat Mekah..konon dia berdoa depan Kabah then dpat tgok..boleh pcaya tak org macm tu..yg heran buat apa dia nak cakap dgn kami yg tak dikenali...dia pensyarah ganjil..jumpa sekejap saja..lepastu dia pindah..lama dah pekara ni tp dalam tahun 2014 bru tringat2 blik..boleh tlg jelaskan Wali Qutub tu dengan jelas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      1)Kitab pertama Shamsul Al-Nur...Kitab Kedua Shamsul Makrif al-Kubra...
      2)Di luar ilmu hamba untuk menjawab soalan lainnya.
      3)Wali Qutub? Tuan hamba kena tanya Wali Allah...Hamba org jahil yg masih dalam kejahilan....

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
    2. wahai hamba allah..boleh x hamba bertemu dengan paksu hamid?,hamba datang dari pulau pinang.26 tahun tersesat di jalan allah..dan kini menemui jalan lurus..dan telah kenal diri hamba ini siapa..

      Padam
  2. Salam Akhi MQAH,

    Kat mana boleh saya daptkan kitab Shamsul An-Nur dan Shamsul Makrif Al-Kubra?

    Syukran,
    Rz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan,

      Hamba pun takdo kitab tu...pakat2 carilah.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  3. Ya allah, terkedu dan hampir nak menagis melihat sinar wajah paksu hamid..terasa damai melihatnya apatahlg dapat bersemuka dgn beliau...terima kasih QAH atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  4. Admin ada Fb tak admin..nak add boleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari Muhammad Qul Amirul Hakim dalam FB dan PM perkenalkan diri

      Padam
  5. Ibn arabi ulama sesat berfahaman wahdatul wujud . Saja bgthu .

    BalasPadam
  6. Ibn arabi ulama sesat berfahaman wahdatul wujud . Saja bgthu .

    BalasPadam
  7. paksu hamid ada lagi dak ..cadang nak pi ziarah

    BalasPadam
  8. Ingat hebat sgt la tu puasa spnjng tahun?

    BalasPadam
  9. SHERLOCK kau kau nak riki2 org silap2 kau yg kena lock hehehe...Aku perasan gak makhluk2 perosak ni datang ada musim..kikiki

    BalasPadam
  10. Sherlock ni...dah kena apa ni ye
    Ilmu duk tggi mana nak hentam2 org
    Bagus g jumpa pak su mid klu nak betulkan sgt
    Jgn jadi keybord warior pla

    BalasPadam
  11. Pergi lh di jawo timur bnyok wali Allah disano

    BalasPadam
  12. Pergi lh di jawo timur bnyok wali Allah disano

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, ana dan keluarga sering mengunjungi pak Su Mid. Banyak ilmu yang hanya Allah sahaja yang tahu apabila kita belajar daripada pak Su Mid. Beliau mengajar kita erti keikhlasan dan pandangan mata hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..macamane yer nk jumpe pak su mid?mohon bantuan

      Padam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. azmor ismail...
    enta g ke alor setar, exit tol alor setar utara, yang ada sign board lambang spital.
    lepas tol, ada simpang 4, amik ke kanan, pastu terus je...ke kuala nerang, jabi dsb...
    teruskan sampai jumpa darul ulum muassasah, seblh kanan (enta akan nampak bangunan warna hijau)
    depan sikit, seblh kanan ada sekolah elit sains pokok sena..
    teruskan lagi, tak sampai 1 kilo, enta akan nampak masjid seblh kanan. betul2 bertentangan dgn masjid ada simpang ke kanan, exit ikut simpang tu..
    terus, smapai jumpa masjid felda...rupa bentuk macam moden sikit. depan masjid ada sekolah kebangsaan.

    teruskan lagi...dalam 2 kilo, enta akan nampak pencawang seblh kiri. betul2 sebelum pencawang tu, ada lorong ke kiri..

    ana rasa, part yang last tu (lepas jumpa masjid moden tu)...better enta tanya orng..sbb enta akan konpius kalau ana terangkan..

    nak konpem...boleh call ana, rizal 019-3010140..

    BalasPadam