Ahad, 12 Oktober 2014

Makam Tok Tanjung Tuan, Tanjung Tuan, Melaka

Assalamu'alaikum,

Ini tujuan sebenar hamba ke Tanjung Tuan, iaitu menziarahi Makam Tok Tanjung Tuan, Melaka. Dari segi lokasinya, apabila anda lihat peta, Tanjung Tuan seperti di dalam Negeri Sembilan, apatah lagi selepas Tanjung Tuan, anda masih di dalam Negeri Sembilan (dari Port Dickson ke Melaka) kalau anda memandu kereta. Hanya Tanjung Tuan terletak bawah kerajaan negeri Melaka, walaupun lokasinya 'seperti di dalam Negeri Sembilan'.  Banyak versi dan cerita mengenai Makam ini. Banyak persoalan yang tidak terjawab tentang tempat ini. Siapakah Tuan kepada Tanjung itu? Mengapa dipanggil Tuan? Apakah darjat Tuan tersebut? Mengapa dimakamkan di situ? Apakah misteri Tanjung Tuan? Mengapakah Tanjung Tuan menjadi lokasi popular pengamal tariqat tasawuf, di samping mereka di jalan persilatan, kerohanian dan juga kebatinan?  

Akan sebab sebenar hamba ke sini sudah pasti ia menjadi rahsia bagi hamba. Akan siapa Tok Tuan pada pandangan hamba, biarlah ia kekal rahsia. Kalau anda baca di internet, ada mengatakan ia Makam Parameswara, ada kata Makam Sultan Iskandar Shah, ada menyatakan Parameswara apabila memeluk Islam menukar nama kepada Sultan Iskandar Shah (yakni orang sama bukan dua individu berbeza). Ada versi menyatakan ia Makam seorang nelayan yang berjaya mengharungi pusaran air bertentangan dengan Tanjung Tuan yang digeruni nelayan sekitar. Pusaran air ini dikatakan hebat seperti Segitiga Bermuda juga.  Versi dulu menyatakan Parameswara memerintah Melaka 1400-1414 dan Sultan Iskandar Shah selepas itu. Kajian sejarah terkini oleh Prof. Syed Naquib menunjukkan Melaka dibuka 1262, telah berusia 750 tahun pada tahun 2012.  Hamba menerima versi Prof. Syed Naquib kerana amanah, ketelitian dan integriti beliau dalam kajian sejarah Melayu. Apatah lagi penemuan terkini ini merujuk kepada "cross reference" dari pelbagai bahan dan bukti sejarah di Kepulauan Melayu, bukan bersandarkan versi Barat.  Sebagai Sarjana Melayu Islam yang terkenal, hamba yakin beliau 'tahu dan akan bertanggungjawab di depan Allah kelak' jika kajiannya salah dan sebagainya.

Mengapa versi Barat boleh ditolak? Yang pertamanya sejarah menyatakan Melaka dibuka 1400 dirujuk kepada Tom Pires dari Portugis.  Sumber ini tidak boleh diterima kerana Portugis sampai ke Melaka awal 1500 atau penghujung 1400. Bagaimanakah kita mahu menerima rekod sejarah mereka yang sampai begitu lewat. Yang keduanya sejarah mengikut versi Barat amat mudah terbuka kepada tokok-tambah, ubahsuai. Ini yang terjadi kepada kitab Taurat dan Injil yang ditokok-tambah dan diubahsuai sesuka hati oleh golongan pemerintah, paderi  dan ilmuan Barat, apatah lagi Al-Quran (yakni Kalam Allah) mengesahkan perangai, kelakuan orang Barat ini yang suka pinda, tokok-tambah, ubah sana-sini ikut selera mereka. Lihatlah bagaimana orang Barat memperihalkan "Orang Melayu Malas" kerana tidak mahu bekerja di lombong bijih dan sebagai penoreh getah sedangkan jiwa orang Melayu ketika itu memang bukan ke situ. Lihatlah bagaimana British memperihalkan tentang agama Hindu/Buddha yang berbeza dengan amalan sebenar agama tersebut. Selain itu, sejarah ditulis untuk tujuan dan kepentingan tersendiri.  Lihatlah bagaimana orang Barat mengakui menjumpai Benua Amerika (Christopher Columbus), sedangkan sudah lama pedagang Islam berdagang dengan orang Red Indian di Amerika.  Bacalah sejarah bagaimana orang Barat menipu dalam sejarah, menyorok 1001 keburukan mereka agar tidak diketahui dalam sejarah iaitu apabila mereka menyerang, merompak, merampas, berbohong/menipu dalam perjanjian. membunuh beribu-ribu orang, 'menghalalkan hamba abdi', membawa pulang pelbagai khazanah milik pribumi ke negara mereka, menyimpan beribu-ribu manuskrip sejarah orang lain di negara mereka dan 1001 penipuan/pembohongan/manipulasi yang sudah menjadi sifat mereka. 

Apatah lagi sejarah 'biasanya' ditulis oleh mereka 'yang menang'. Maka hakikat, dan perkara sebenar dihilangkan, disembunyikan sehingga sejarah sebenar hilang begitu sahaja.  Ini yang juga dikatakan terjadi pada sejarah kerajaan Dinasti Islam di China yang berdagang dengan Kesultanan Melayu Melaka. Rekod 'Kerajaan Islam di China' dimusnahkan, dihapuskan oleh Dinasti seterusnya untuk kepentingan mereka. Tapi, Alhamdulillah, rekod Kerajaan Melayu Melaka ada di pelbagai negara. Sejarah dan kehebatan Hang Tuan meliputi separuh dunia. Orang Amerika Syarikat yang tiada Adiwira sejati mereka mencipta Adiwira Palsu seperti Superman, Spiderman, Captain America, Rambo dan pelbagai lagi. Kita orang Melayu, yang sudah punya Adiwira Sejati (Dato Laksamana Hang Tuah) tidak berbangga dengan Hang Tuah, tidak belajar dan berbangga dengan ilmu persilatan Melayu. Malang lagi ada dalam kalangan orang Melayu yang tidak percayakan kewujudan Hang Tuah dan lebih malang lagi ada yang mempercayai pula Hang Tuah dari China.

Sebagai orang Islam, kita ada banyak kaedah lain dalam menentukan kebenaran sejarah lalu. Apa yang berlalu sudah tertulis di Kitab Yang Nyata, sudah direkod Yang Maha Kuasa. Time Tunnel atau Pengembaraan Ke Masa Lalu adalah 'suatu ilmu' bagi pengamal tasawuf.  Jika dengan izin-NYA, kita akan dapat melihat balik apa yang sudah berlaku sepertimana melihat di kaca televisyen. Ini belum lagi dibincangkan (dan hamba tidak akan bincangkan) jika merujuk kepada 'sumber-sumber ghaib' yang hak. Ia adalah bukan perkara pelik bagi mereka di jalan ketuhanan cuma lazimnya perkara-perkara sebegini dirahsiakan sahaja untuk tujuan tertentu dan bagi mengelak fitnah. Apatah lagi manusia hari ini ramai benar yang tidak amanah, tidak dapat menjaga amanah, tidak dapat menjaga rahsia.  Menziarahi Makam seseorang pada 31 Ogos 2014 adalah suatu yang jarang-jarang hamba lakukan. Hamba pun masih mengkaji mengapa pada ketika Malaysia 57 tahun? Tanggal 31 Ogos 2007, 50 tahun Malaysia bebas dari cengkaman British, hamba di negara China, menghadiri satu persidangan di Shanghai ketika menyambung pengajian di United Kingdom. Waktu itu, hamba pun terfikir apakah hikmahnya Allah 'membawa hamba ke Shanghai' dalam usia Malaysia 50 tahun, berseorangan di negara asing dalam misi menimba ilmu.

Moga ada manfaat artikel ini untuk para pembaca. Wassalam.

Kawasan  bawah

Ini makamnya yang dibaikpulih

Hamba sukakan Batu Nisan ini...Nama yang dicatat cukup mudah "Tok Tanjung Tuan"

Biarlah Tok Tanjung Tuan menjadi rahsia dan kekal rahsia

Al-Fatihah untuk Tok Tanjung Tuan

Yang merosakkan Makam sebegini adalah kegiatan khurafat dalam kalangan orang Islam dan penganut Hindu /Buddha yang suka menyembah macam2.

Jalan turun ke bawah

Selamat Tinggal Tok Tanjung Tuan....

Tapak Kaki Hang Tuah di Tanjung Tuan, Melaka

Assalamu'alaikum,

Antara yang misteri di Tanjung Tuan adalah Tapak Kaki Hang Tuah. Tapak Kaki Hang Tuah di atas batu ini.  Kalau selidik sejarah dan cerita misteri, banyak lagi misteri di sini. Tanjung Tuan juga merupakan tempat berkhalwat bagi pengamal jalan tariqat tasawuf. Ia juga tempat 'beramal' bagi mereka di jalan kebatinan. Selain Pulau Besar Melaka, Tanjung Tuan merupakan lokasi popular pengamal kebatinan, persilatan, dan kerohanian. Ada hak dan batil bagi pengamal kebatinan, persilatan, dan kerohanian. Ramai yang menyangka mereka di jalan hak tetapi di jalan batil.  Yang pertama, tanyalah niat mereka yang beramal di jalan kebatinan, persilatan, dan kerohanian.? Adakah lillahi taala???  Apa tujuan menuntut dan beramal? Adakah mencari keredhaan Ilahi? 

Kebanyakan pengamal kebatinan, persilatan, dan kerohanian mencari habuan dunia. Mencari hikmah-hikmah dalam ilmu persilatan, hendak kuat, bagi orang gerun, tak lut senjata, mencari hikmat-hikmat dan sakti bagi pengamal kebatinan, tak nampak dek orang, cuca, penunduk dan 1001 kesaktian. Ada juga yang berkehendak menjadi guru silat, menemui satu 'ilmu baru', mengolah satu ilmu baru, nak jadi dukun/pawang, nak niagakan ilmu dan untuk kaya dan pelbagai maksud. Jika dunia yang dicari, maka anda kemungkinan besar masih 'sesat dalam perjalanan'.  Teringat filem mengenai Wali Songo, dialog antara Sunan Kalijaga dan Sheikh Siti Jenar. Sheikh Siti Jenar menzahirkan hikmat/saktinya dengan mencucuk jari ke tanah dan keluar air. Sunan Kalijaga ke tempat air keluar itu dan menyentuh dengan tangannya dan berkata "Mana airnya? Mana Airnya?' kerana air tidak ada pada hakikatnya walaupun zahirnya seperti ternampak air terpancar dari tanah.  Lantas Sunan Kalijaga menasihati Sheikh Siti Jenar tentang hal itu.

Sedangkah ahli ketuhanan pun diuji sama ada mereka berkehendak semata-mata kepada Allah Taala ataupun berkehendak kepada 1001 anugerah, pemberian-NYA, nikmat-NYA, inikan pula orang biasa. Belajarlah fiqh, usuludin dan tasawuf sekali, jangan tinggalkan salah satunya. Beramal sampai ke awal agama, yakni makrifatullah, dengan dibimbing oleh mursyid murabbi. Dah lengkap ilmu di dada, sudah jelas tujuan di dunia, sudah tidak berkehendak akan dunia, maka tiada ruginya anda menambah ilmu di dada dengan ilmu perang, kerohanian, kebatinan dan persilatan. Ketika itu, anda beramal ilmu perang, kerohanian, kebatinan dan persilatan adalah kerana Allah Taala, lillahi taala, mencari keredhaan Allah Taala dalam jalan itu....

Banyak lagi misteri dan keghaiban di Tanjung Tuan. Anda carilah sendiri. Bagi hamba, yang misteri, biarlah ia kekal misteri. Di sebalik pelbagai versi dan cerita tentang Laksamana Hang Tuah, hamba memang amat menghormati Dato Laksamana Hang Tuah.  Beliaulah Melayu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.  ....Wassalam.


Dinamakan sebagai perigi keramat...Hamba lihatnya air jernih, jadi jika berkhemah di sini, tak perlu bawa air sebab sumber air bersih ada.


Ini dikatakan Tapak Kaki Hang Tuah (sebelah kanan)

Rintis Keramat, Tanjung Tuan, Melaka

Assalamu'alaikum,

Selesai di Pulau Intan, hamba dan anak kedua melalui Rintis Keramat ke Makam Tok Tanjung Tuan. Berbanding ke Pulau Intan yang ada trek khusus, untuk Rintis Keramat, anda hanya mengikut denai hutan. Namun jangan risau sebab denai hutan ini jelas dan terang. Petua nak masuk hutan sama saja, jaga mulut dan kelakuan serta perbuatan. Alam hutan ini banyak yang mendiaminya. Bukan kita takut kat makhluk-makhluk halus, tetapi kita memang diingatkan jangan sombong kepada sesiapa sahaja. Biasanya terlajak cakap ini sebab 'ada kesombongan' dalam hati. Dalam kita hanya perlu takut dengan Allah semata-mata, jangan pula kita sombong di atas muka bumi. 







Hamba membersihkan kawasan ini yang diletakkan macam2 oleh penganut Hindu...Hindu ni, pantang jumpa benda pelik sikit, habis nak disembah mereka...Dakwah kita orang Islam ke atas penganut Hindu masih 'jauh'...



Boleh berkhemah di sini sebab ada sumber air bersih untuk masak

Pulau Masjid dari pantai...Kenapa dinamakan Pulau Masjid?

Kalau berkhemah dengan kawan satu kepala, memang best,  malam-malam minum kopi cicah biskut, sembang bab tariqat, hakikat tanpa gangguan...apatah lagi....

Pulau Intan, Tanjung Tuan, Melaka (Untuk Kaki Pancing)

Assalamu'alaikum,

Dari Rumah Api, hamba ke Pulau Intan yang terletak di penghujung Tanjung Tuan. Ada trek yang disediakan.Anda cuma perlu ikut trek, dan ambil gambar panduan di Rumah Api. Alhamdulillah, kami sampai tanpa masalah. Kalau ada geng pancing/camping memang tempat ini menarik kerana terpencil dan sunyi.


Menuruni bukit Rumah Api


Rajag penghijrahan burung-burung di Asia

Letih-letih relaklah kejap

Hutan mendamaikan hamba, walaupun menakutkan bagi sesetengah orang. 



Hamba tak bawa kamera yang ada zoom panjang, jadi tak ambil gambar burung2...


Manusia perlu belajar bagaimana berinteraksi dengan hutan dan isinya


Ada beberapa hentian rehat untuk pengunjung


Menuruni bukit


Jadi Daerah Petaling itu asalnya dari sebatang Pokok sebagaimana Kulim


Biasanya kita makan buahnya saja yang dikembangkan dengan air untuk panas-panas di dalam badan



Wakaf paling hampir dengan Pulau Intan

Pulau Intan disukai kaki pancing


Kelihatan kaki pancing 

Boleh berkhemah di sini

Hamba pun terkejut ada kubur di sini


Bertarikh 1960, kira-kira 54 tahun yang lalu (macam Fatima Binti....Sa..din)

Tapi nasih baik tiada sebarang aktiviti pemujaan/khurafat di sini



Pulau Intan ini menjadi Pulau apabila air laut pasang penuh

Mengapa dinamakan Pulau Intan? Hamba belum kaji. Orang Melayu ada kaedahnya dalam menamakan sesuatu. Hamba nak cepat ke Makam Tok Tanjung Tuan, tak sempat cari Tapak Kaki Hang Tuan di sini...