TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 14 November 2014

Ziarah Wakil Talqin Tariqat Qadiriyah Naqsyabandiyah (TQN) Ustaz Mohd Trang Issa di Baitul Khidmat, Kuching, Sarawak

Assalamu'alaikum,

Kita lari sekejap dari Pulau Perhentian yang hamba memang ada banyak artikel tentangnya. Dari 9 - 13 November 2014, hamba ada urusan kerja di Kuching, Sarawak. 9 November 2014, dalam jam 2 petang, hamba sampai di Kuching, Sarawak. Kali terakhir hamba sampai di Kuching adalah pada Oktober atau November 2011, atas satu urusan kerja juga. Kunjungan ke Kuching bukan 'urusan hamba' tetapi itulah ketentuan-NYA. Hari Ahad apabila sampai, hamba agak keletihan dan tertidur di bilik hotel sampai waktu Maghrib. Selepas itu, tak sempat ke mana-mana, sekadar keluar makan dan beli sedikit makanan untuk besok hari. Hari kedua petang/malam, hamba ke Masjid Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya. Hari ketiga, hamba ke Baitul Khidmat, Kuching untuk ziarah Ustaz Mohd Trang Issa. Hari Rabu malamnya, hamba sempat ke Masjid India Kuching.  Alhamdulillah, selesai urusan di tiga masjid di Kuching dan berkesempatan menziarahi alim ulamak iaitu Ustaz Mohd Trang Issa.

Sebenarnya hamba berjumpa Ustaz Mohd Trang Issa semasa satu majlis di BBBangi. Hamba membawa rakan pensyarah dari Bangladesh yang 'ada masalah' untuk ditalqinkan oleh mana-mana wakil TQN. Ustaz Zuki (Pak Guru) yang turut ada ketika majlis itu menyarankan rakan pensyarah hamba itu ditalqinkan oleh Ustaz Mohd Trang Issa dan beliau sekeluarga (dengan isteri dan dua anak perempuan) pun ditalqinkan TQN oleh Ustaz Mohd Trang Issa.  Apabila hamba perlu ke Kuching, hamba menelefon beberapa kenalan untuk mendapatkan jalan ziarah Ustaz Mohd Trang Issa. Alhamdulillah, hamba dapat berhubung dengan orang kanan Ustaz Mohd Trang Issa. Pada hari Isnin malam Selasa, hamba menelefon orang kanan Ustaz Mohd Trang Issa dan dapat bercakap dengan Ustaz Mohd Trang Issa. Ustaz Mohd Trang Issa menjemputt hamba ke Masjlis Manaqib di bawah pimpinan beliau di Baitul Khidmat, Kuching pada 11 November 2014 (Selasa malamnya). Baitul Khidmat beralamat di alamat rumah Tuan Haji Ali Sulaiman, 135, Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching.  Ia terletak bersebelahan dengan Pondok Lemang. Hamba menaiki teksi malam tersebut dan tiba sebelim waktu Isyak. Manaqib bermula selepas Solat Isyak dan mengambil masa dalam dua jam lebih.  Selepas Manaqib, sempat berbual-bual sekejap dengan Ustaz Mohd Trang Issa dan hamba dihantar kembali ke hotel oleh pembantunya.

Itu Pondok Lemang di Jalan Astana

Sebelah kanan itu Baitul Khidmat

Solat Isyak berjemaah (hamba dah solat di Hotel sebelum sampai)

 Ustaz Mohd Trang Issa memberikan sedikit ucapan/tazkirah


 Kanjeng Sunan pernah menceritakan tentang seorang yang 'dapat merasai aura' Ustaz Mohd Trang Issa dari jauh apabila tiba ke suatu tempat.  Dicari-cari aura siapa, rupanya milik 
Ustaz Mohd Trang Issa

Bagi ahli tasawuf  di Kuching dan Sarawak, eloklah ziarah Ustaz Mohd Trang Issa. Beliau merupakan antara Wakil Talqin TQN yang terawal di bawah Guru Mursyid Abah Anom dan memang terawal di Malaysia, iaitu sekitar 1977 (menurut orang kanan/pembantunya).

 Ustaz Mohd Trang Issa dengan seorang pelajar Universiti Islam Sunan Ampel yang sedang menyiapkan tesisnya mengenai TQN


Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan