TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 12 Disember 2014

Kreativiti Manusia - Gunakanlah Akal Sebaik-baiknya

Assalamu'alaikum,

Bulan Disember ini hamba agak sibuk. Belum pasti dapat menulis artikel-artikel yang tersimpan lama, seperti Ziarah Makam Habib Noh di Singapura, MAHA 2014 dan sebagainya. Sebagai pembuka bicara Disember ini, hamba ada salinkan gambar-gambar dari internet (facebook dll) tentang kreativiti manusia. Akal yang dikurnikan Ilahi jika digunakan dengan baik akan menghasilkan natijah yang besar. Mereka di Barat memanfaatkan imaginasi dan daya akal untuk menghasilkan penemuan dan teknologi terkini, kita umat Islam hanya bergelar pengguna teknologi, bukan perekacipta teknologi. Dahulunya semasa kegemilangan Tamaduan Islam di Baghdad, Andalusia, Turki, Mongul di India, bahkan tamadun Islam Melayu di kepulauan Nusantara sekalipun, kita menemukan dan menghasilkan pelbagai barangan dan ciptaan untuk dunia.

Di mana silapnya? Antaranya adalah akal yang dikurnikan Allah SWT tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Anda biasa perhatikan kreativiti dan inovasi dalam barangan IKEA, sebuah syarikat dari Sweden. Antara faktor yang membolehkan IKEA menghasilkan barangan2 canggih ialah faktor cuaca dan persekitaran di negara mereka. Dengan cuaca 4 musim, tidak jauh dari Artik, anda tidak mampu membina rumah besar kerana ada kos tambahan iaitu penghawa dingin di musim panas dan pemanas (heater) di musim sejuk. Ia bermaksud anda perlu menghasilkan kemudahan penginapan yang tidak begitu besar, tetapi boleh digunakan dengan pelbagai manfaat. Ingat tentang hadis Nabi SAW, "sebaik2 manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat".. Ini yang cuba dilaksanakan IKEA iaitu menghasilkan  barangan yang membawa banyak manfaat, memanfaat lokasi ruang, memanfaatkan banyak perkara, walaupun mungkin mereka pun tidak pernah dengar Hadis Nabi SAW ini. 

Begitu juga dengan Google...Blog hamba ini di bawah Google. Google memanfaatkan kreativiti manusia dengan mereka bentuk pejabat mereka dan lain-lain dengan begitu unik dan kreatif. Akal kita kadang2 dilingkungi oleh pejabat, keluasan dan seni bina semasa. Bagaimana meluaskan minda anda? Ubah dekorasi, susun atur, suasana, sekitaran, warna, dan jadikan ia menarik. Cubalah!!! wassalam.























Tiada ulasan:

Catat Ulasan