Sabtu, 14 Februari 2015

Agro Bazaar Malaysia di Singapura (Malaysian Agro Bazaar in Singapore)

Assalamu'alaikum,

Semasa hamba ke Singapura tahun lepas, hamba kesempatan mengunjungi Agro Bazaar Malaysia di Singapura. Hamba kira ia satu usaha yang baik untuk meluaskan pasaran produk-produk tempatan ke luar negara, apatah lagi ke negara jiran, yang mana prosesnya lebih mudah berbanding ke Timur Tengah. Banyak produk IKS tempatan di bazaar ini yang dikendalikan oleh anak syarikat FAMA. Berbual dengan Pengurusnya, hamba mendapat tahu ini lokasi ke dua puluh ??? yang dinilai, maka lokasi inilah yang dipilih. Hamba kira agak bertepatan kerana tidak jauh dari Kampung Gelam, lokasi pelancongan di Singapura.  

Lokasi kedua Agro Bazaar adalah di Dubai. Selain membeli buah-buahan tempatan, produk IKS tempatan seperti kerepek dan sebagainya, anda boleh minum-minum di sini kerana perkhidmatan kafetaria juga disediakan.  Hamba doakan semoga Agro Bazaar ini mencapai kejayaan, dunia dan akhirat. FAMA jangan lupa bayar zakat perniagaan kalau cukup syaratnya....Wassalam. 














































Putrajaya International Islamic Art and Cultural Festival 2014 (PIIACUF 2014)

Assalamu'alaikum,

Maaf, hamba teramat-teramat sibuk dalam Bulan Januari dan Februari ini. Tak sempat baca emel, komen dan sebagainya. Hamba sertakan koleksi gambar  sempena Putrajaya International Islamic Art and Cultural Festival 2014 (PIIACUF 2014) yang sempat hamba hadiri tahun lepas dan belum dimasukkan ke dalam blog.  Moga aktiviti sebegini diteruskan, khususnya agar masyarakat dapat melihat bagaimana Islam merentasi sempadan bangsa dan geografi. PIIACUF 2014 diadakan sempena Pesta Buku Islam Antarabangsa Putrajaya.  Beberapa gambar dan huraian berkaitan keris hamba ambil dan letakkan disini agar ilmu-ilmu kebatinan peringkat tinggi dalam Islam tidak hilang ditelan zaman.