TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 27 April 2015

Ziarah Makam Tuan Guru Hj Ismail Hj Nawawi, Benut, Pontian, Johor D.T.

Assalamu'alaikum,

Pada bulan Disember 2014, hamba sempat ke melawat beberapa tempat di Johor dan makam ini merupakan yang terakhir dilawati sebelum kembali ke Selangor.  Cuma hati nak cerita bab yang ini dahulu. Tuan Guru Hj Ismail Hj Nawawi merupakan salah seorang guru hamba, tidaklah lama hamba berguru dengan beliau. Kunjungan dan ziarah pertama dilakukan dalam tahun 2005. Pertemuan pertama membuahkan cinta dan kasih-sayang kepada beliau. Apatah lagi beliau 'menceritakan' perihal dirinya. Cuma, ribuan kemaafan tidak dapat hamba coretkan di sini.  Keseluruhannya, hamba tidaklah sampai pun sepuluh kali mengunjungi beliau pada zahirnya, tetapi dalam berguru, yang terpenting adalah perhubungan kerohanian. Hubungan rohani antara anak murid dan gurulah yang penting selain ilmu-ilmu yang diberikan itu diamalkan. Tiada gunanya berguru 1,000 guru jika hanya untuk diceritakan di kedai-kedai kopi atau dibuat bahan sembang.

Sempat juga beberapa sahabat hamba yang berkesempatan menziarahi beliau. Tentang keistimewaan beliau, tentang kelebihan beliau, tentang siapa beliau, tidak perlu hamba coretkan di sini. Cukuplah untuk mengetahui bahawa beliau memang istimewa pada hamba, anak muridnya. Banyak panggilan kepada beliau, Wak, pakcik dan sebagainya, tetapi hamba memanggilnya sebagai 'Moyang', kerana beliau selesa dipanggil Moyang oleh kami kepadanya.  Pemergian beliau pada 1 Januari 2014 memang teramat menyedihkan hamba, begitu terasa kesannya pada hati sanubari hamba, tetapi itu semua kuasa Allah. Terasa kehilangan seorang tempat bermanja, tempat bertanya, tempat meluahkan sesuatu. 

Kalau bab sejarah Melayu, banyak yang diungkapkan olehnya yang tidak tercoret dalam catatan sejarah. Itu semua menjadi kenangan yang terpahat dalam dada anak muridnya. Hamba bukanlah sebahagian anak muridnya yang lama dan berkumpul setiap minggu sebelum pemergian beliau tetapi hamba bersyukur ke hadrat Allah kerana dipertemukan dengan beliau dan diberi kesempatan mengambil sedikit ilmu daripadanya.  Dalam kunjungan hamba sekeluarga (hamba kalau ziarah guru biasanya sekeluarga dengan isteri dan anak-anak), beliau melayan kami dengan baik sekali. Isteri dan anak-anak juga suka mendengar celoteh Moyang. Pertemuan biasanya dalam 2 jam, dan kadangkala tidak boleh lama sebab orang lain menunggu untuk berjumpa beliau.

Khazanah Moyang pada hamba sekeluarga adalah ilmu-ilmu yang dititipkan dan diwariskan. Semoga bermanfaat pada kami dalam berjalan menuju keredhaan Allah Taala. Al-Fatihah untuk guruku yang amat kukasihi, Tuan Guru Hj Ismail Hj Nawawi, Al-Fatihah. 

Wassalaam.










9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan QAH...

    Inikah guru di hujung benua yang selalu dikatakan Tuan tu?

    saya ada emel satu pertanyaan kepada Tuan yang saya harap Tuan dapat menjawabnya...terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam,

      Ya tuan...

      Wassalam.
      MQAH


      Padam
  2. Assalamualaikum, boleh tak ceritakan lgi secara lebih detail pasal beliau?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam,

      Setakat itu sahaja yg boleh diceritakan. Ada ilmu yang diambil dari beliau ini 'pendek sanadnya'....

      Wassalam.
      MQAH


      Padam
  3. Assalamualaikum tuan,

    Maaf bertanya,apa kah amalan Tuan Haji Ismail amal kan dan macam mane saya hendak mencari amalan Tuan Haji Ismail.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Cari mereka yang boleh mewariskan ilmunya.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  4. Salam Tuan,

    oook,Tuan ade no telefon mereka yang waris ilmunye ini tak.

    BalasPadam
  5. As salam tuan Amirul... Sy pernah bercakap dgn isteri hj ismail suatu ketika dulu...apakah benar usia arwah hj ismail ini ketika hidup mancapai 250 tahun??? Dan apakah anak isteri beliau masih tinggal di parit hj abd rahman wahid??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah Taala lebih mengetahui. Beliau jawab pada hamba, usianya 9 tahun sahaja...:-)

      Padam