TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 9 Julai 2015

Jalan Kiri, Jalan Kanan dan Jalan Yang Lurus

Assalamu'alaikum,

Si Salik boleh mendapatkan manfaat dari sifat baharu seperti wangian tertentu ada kegunaannya, batu tertentu ada fadilatnya, tongkat tertentu ada hikmahnya, dan Si Salik masih boleh 'menjadi Soleh', tetapi bagi Pencinta Jalan Ketuhanan yang hakiki, apa yang didambakannya hanyalah Yang Kekal Abadi. Jangan terhijab dengan natijah dari sifat baharu...

Dalam perjalanan menuju Tuhan Yang Maha Esa, Si Salik akan menempuhi ujian2 dari kiri dan kanan.  Ujian di sebelah kiri adalah ujian2 dari makhluk2 batil seperti jin, syaitan dan tentera2 iblis, juga Iblis sendiri bagi yang berdarjat tinggi.  Tanpa pemahaman dan pengamalan syariat yang kukuh dan mantap, sesiapapun boleh gagal dalam ujian dengan Jalan Kiri. Ujian Jalan Kiri berkait rapat dengan dosa besar dan kecil, ketika hati masih diselubungi dosa dan maksiat, penuh zulmat akibat titik-titik hitam yang terbentuk dari usia sebelum Baligh, sehingga baligh dan tidak dicuci dan dibersihkan.  Tugas utama Si Salik dalam urusan ini adalah memahami keperluan dan kepentingan Fiqh kerana tubuh-badannya itu menjustifikasi akan pentingnya Fiqh dalam hidupnya. Dalam masa yang sama, Fiqh itu perlu disepadukan dengan Usuludin dan Tasawuf.  Apabila Tasawuf mula diamalkannya, maka Nafsu Ammmarah di dalam dirinya mahu ditundukkan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit agar titik-titik hitam itu semakin hilang. Bagaimana mahu menghilangkan titik-titik hitam itu? Sudah pasti dengan memperbanyakkan zikrullah dan banyakkan berselawat, maka cahaya-cahaya lantunan amal itu akan memusnahkan sedikit demi sedikit zulmat di hatinya. Masakan hati yang kotor dapat dibersihkan tanpa jalan kebenaran sepertimana dalil (Al-Isra: ayat 81). Maka jalan menghapuskan kebatilan dalam dirinya mestilah mengamalkan kebenaran dahulu.


 وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (Al-Isra’ :81)

Akan jalan kiri itu, ramai yang tertewas jika amalan yang dilakukan tidak disertai dengan panduan syariat. Umumnya, syariat sudah cukup dalam menghalang kita terpedaya dengan jalan kiri. Ini yang dikhabarkan oleh Allahyarham Ustaz Ahmad Janggut kepadaku dalam satu ziarah kepadanya lama dahulu.  Maka kebanyakan Tok Bomoh, dukun, pawang, guru silat, bidan, dan lain2 gelaran itu dengan hati yang penuh zulmat mengamalkan sesuatu kerana berhajat kepada manfaat dan natijah amalan itu, tanpa menimbangkannya dengan neraca syariat, maka boleh tersesat mereka. Maka asbab itulah banyak jampi serapah orang Melayu itu boleh membawa kepada syirik, khurafat dan kepada kekufuran sama ada secara disedari atau tidak disedari.

Akan jalan kanan pula, apabila hati sudah mulai bersih dari kekotoran2 hasad dengki, dendam, irihati dan lain2 penyakit ammarah, maka ditambah pula dengan amalan-amalan kebenaran, yang wajib tidak ditinggal, yang haram dijauhi, yang Sunnat semakin ditambah, maka habiskah ujiannya? Tidak sama sekali. Meningkat darjat seseorang dari Muslim ke Mukmin dan Solehin serta darjat2 di atas orang2 Soleh itu, maka semakin berat ujian yang dihadapi. Jangan dikatakan apabila yang haram sudah dijauhi, maka hati di dalam bongkak berkata bahawa Si Salik itu tidak takut akan keupayaannya menjauhi dosa2 besar itu. Sesungguhnya menjauhkan diri dari melakukan dosa besar itu boleh menjadi 'ujian yang susah ditempuhi' jika Allah berkehendak menguji akan kita.  Maksudnya suatu ujian yang kita sudah lulus, yakin tidak akan gagal lagi, jangan kita bongkak dengannya. Allah SWT berkehendak 'membawa ujian menjauhkan diri dari melakukan dosa besar itu' menjadi satu yang amat sukar bagi kita jika DIA menukarkan wataknya, tempatnya, keadaannya, situasinya dan 1001 perkara. Hamba sendiri pernah menempuhi ujian sebegini, dan bersyukur ke hadrat Allah, Allah Taala 'lepaskan' hamba ujian ini apabila hamba 'duduk pada tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah'. Nak merintih dan memohon serta merayu kepada-NYA dan merasai DIA maha berkuasa atas segala sesuatu, kita ini amat lemah, cukup-cukup lemah, maka pertolongan dari-NYA akan sampai, Insya-Allah.  

Si salik di jalan kanan akan menempuhi ujian demi ujian dalam meningkatkan darjatnya, semakin mendekatkannya dengan Tuhannya. Maka jika ditakdirkan Allah AWJ, Si Salik mungkin akan diuji dengan "wangian tertentu ada kegunaannya, batu tertentu ada fadilatnya, tongkat tertentu ada hikmahnya, sifat baharu tertentu ada khasiatnya, amalan ini ada gunanya, amalan itu boleh buat ini, amalan sekian-sekian akan menghasilkan sekian-sekian".  Maka Si Salik memang sudah di jalan kebenaran, kerana dia berupaya 'memutuskan dirinya' dari kejahatan, keburukan dan kekotoran jalan batil dan dosa-dosa besar. Akan tetapi bentuk ujiannya tidaklah sama. Apa matlamat beliau dalam kehidupannya? Apa hakikat kebenaran yang sebenar-benar beliau cari dalam hidup yang singkat ini? Jika Si Salik asyik melayan, menyibukkan dirinya dengan  'sifat baharu ada natijahnya', maka Si Salik berkemungkinan besar akan sibuk sehingga ke penghujung akhir hayatnya dengan 'sifat baharu ada natijahnya'. Ilmu dan perbendaharaan Allah Taala mana ada penghujungnya dalam dunia yang singkat ini. Lepas ini, yang itu, lepas itu, yang ini, lepas satu selesai, satu yang lain pula akan timbul... 

Di jalan kanan ini, Si Salik wajib berhati-hati dengan ujian dari alam ghaib, sama ada dari alam ghaib peringkat rendah mahupun tinggi. Jika yang datang itu bersih, mengaku sekian-sekian, bagaimana mahu disahkan yang datang itu dari yang hak?  Dalam Al-Quran ada beberapa ayat, contohnya ayat 88 dan 96 dari Surah Taha ini.  Ada musuh tersembunyi dapat dinukilkan dari ayat ini sehingga pengikut Nabi Musa A.S. menyembah anak lembu yang ditempa Samiri.  

Surah Taha- [88]
“Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: “Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!”

Surah Taha - [96]
Ia menjawab:” Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku”.

*Rasul yang dimaksudkan adalah Jibril. Apabila Jibril datang kepadanya, dia perasan bahawa ada perubahan kepada bekas tanah yang dipijak oleh Jibril. Jibril waktu itu datang menyerupai manusia.

Isunya bagaimana anak lembu yang tidka layak disembah, disembah. Isunya, barang yang tidak layak, diangkat  ke tempat yang tinggi. Isunya adalah manusia yang mendewa-dewakan sesuatu, mengangkat2 barang yang tidak layak untuk ditinggikan tetapi ditinggikan dan dimuliakan. Ini antara ujian Jalan Kanan dan para guru dan mursyid. Di jalan kanan ini juga akan berhadapan dengan ujian seperti 'menzahirkan barang yang ghaib', ayat ini untuk kegunaan ini, ayat ini untuk kegunaan itu, amal ini dapat ini, amal itu dapat itu.  Salahkah berbuat sebegitu? Pada umumnya tidak salah kerana mereka yang diuji di Jalan Kanan sudah terpilih juga orangnya, sudah Muslim dan Mukmin, bahkan juga ada yang Solihin, Cuma satu perkara pokok adalah ke mana halatuju mereka? Sudah cukupkah yang dicari dengan amalan-amalan begitu? Apakah hakikat pengabdian yang sebenar? Cukupkah perkara yang baharu dalam menggapai Cinta Yang Abadi? Adakah perkara baharu tidak mengganggu dalam mencari Cinta Yang Satu? Adakah Cinta Sang Maha Pencinta boleh diperolehi jika hati masih diseliputi, masih berhajat, masih berkehendak dengan perkara-perkara baharu? Dan di jalan kanan ini juga ada ujian-ujian ujub, riak, sum'ah, takabbur, ghurur dan lain-lain sifat terkeji tersembunyi jauh di dalam lubuk hati.

Justeru itu, Perjalanan Diri menuju Allah bukanlah mudah jika tidak berhati-hati dengan Jalan Kiri dan Jalan Kanan. Dan sudah pasti jalan yang benar adalah jalan yang lurus. Apakah jalan yang lurus itu? Itulah Jalan dirintis RSAW, tidak lari daripada Al-Quran dan As-Sunnah pada syariat dan hakikat. Itulah jalan yang lengkap dan sempurna. Itulah Jalan yang membawa kepada kenyataan bahawa matlamat Tariqat, Hakikat dan Makrifat itu adalah menyempurnakan Syariat pada diri Si Salik. Lihatlah kehidupan dan perjalanan hidup RSAW kerana itulah Jalan Yang Lurus. Apa2 masalah mengadap Allah SWT, mohon pertolongan dan bantuan Allah SWT, berkehendak kepada Allah SWT semata2. Berjuang atas nama Allah, beribadat semata2 Lillahi Taala, dunia dipakai, diguna atas apa yang perlu sahaja. Apa yang ada di dalam hati? Hanya Allah dan Rasul-Nya.  

Moga kita semua berusaha gigih dan berjaya menempuhi perjalanan ketuhanan yang penuh mencabar ini. Hamba sendiri, jika bukan kerana kasih-Nya, bukan kerana bantuan dan pertolongan kekasih2-Nya, bukan kerana berkat doa para guru yang mursyid, maka kecundang juga. Selagi kita belum menempuhi ujian yang  berat iaitu membebaskan diri dari dunia,  mematikan diri sebelum mati, mencintai Rasulullah SAW melebihi kita mencintai diri sendiri, bekehendak dan berhajat kepada DIA semata-mata, maka masih jauh perjalanan kita.  Moga-moga barangsiapa yang tersilap, tersalah langkah di pertengahan jalan, diberikan petunjuk-NYA dan pertolongan-NYA untuk kembali ke pangkal jalan dan berjalan semula menuju DIRINYA.

Itulah lantunan kata-kata dari hamba dari sedikit ujian Allah untuk hamba ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. Allah Taala 'mengingatkan' semula akan matlamat hakiki penghambaan di dunia. Ketika hamba mengerjakan umrah baru2 ini, terniat (terdetik di dalam hati) untuk membeli suatu wangian yg ada khasiat tersendiri, mana nak tahu, boleh guna masa2 depan. Terdetik ini timbul apabila seseorang meminta hamba membelikan sesuatu. Hamba memang tidka suka dikirim membeli barang jika ke Mekah/Madinah kerana 'mengganggu' urusan hamba di kedua Tanah Suci. Akan menghormati si punya badan, hamba belikan juga. Dan hamba pun memang tahu khasiat dan natijah barang yang ingin dibeli ini. Dan terniat untuk dibeli ini sesudah membeli barang ini dan balik ke hotel. Maka Allah Taala Yang Maha Penyayang memberikan petunjuk-NYA ..... "Nak yang itu, tidak boleh masuk dan kekal duduk di dalam Rumah-NYA", walaupun masih boleh berlegar2 di luar rumah-Nya. Pilih sama ada mahu berlegar2 di luar rumah-NYA atau masuk dan bersama dengan-NYA di dalam rumah-NYA"...

Petunjuk yang diterima melalui isteri hamba yang turut bersama (isteri hamba tidak tahu akan niat hamba itu), menyedarkan hamba kembali akan hakikat pengabdian, hakikat jalan ketuhanan yang sebenar. Alhamdulillah.....Wassalam. 


*Catatan ini sekadar pandangan penulis tentang Perjalanan Diri menurut kefahaman dan amalan penulis, dan tidak bermaksud mengeneralisasikan tulisan ini untuk semua perjalanan tariqat tasawuf.


Rabu, 1 Julai 2015

Sheikh Toyyib al-Makki di Baling, Kedah

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, pada cuti awal Mei 2015 yang lalu, hamba berkesempatan balik kampung di Utara tanahair. Dan bersyukur kepada Allah, hamba sekeluarga berkesempatan menziarahi Sheikh Toyyib al-Makki di Baling Kedah.  Berdasarkan panduan lokasi oleh sahabat hamba, Tuan Kanjeng Sunan, kami sampai di rumah Sheikh Toyyib kira-kira jam 430 petang dan menghabiskan masa dengan beliau sehingga jam 730 malam. Dan bersyukur juga kepada Allah kerana melapangkan masa kami dengan beliau, tiada orang lain datang ketika dan waktu itu.

Hamba pernah cuba menziarahi beliau apabila beliau datang ke Rawang beberapa minggu sebelumnya. Namun kedatangan hamba sekeluarga itu lewat sehari apabila beliau sudah kembali ke Baling.  Ada ujian Allah juga sebelum sampai ke sini. Selepas menghadiri satu jamuan kenduri pada jam 1200 tengahari, hamba jadi agak kurang sihat dan berbaring di rumah. Bangun kemudian, timbul pertanyaan dalam diri, nak pergi atau tidak, nak pergi atau tidak... Kuatkan semangat, betulkan niat, kami melangkah pergi

Setiba di lokasi yang diberikan, tengok gambar rumah dah sama, Sheikh Toyyib di luar rumah, sedang membuat sesuatu. Hamba mendekati beliau dan menyatakan hajat. Ditanya sebab datang, hamba jawab nak ziarah. Kata Sheikh Toyyib, nak ziarah tak payah datang sini. Sheikh Toyyib tanya lagi sebab apa nak ziarah tak payah datang sini? Ehmmm, fahamlah hamba, nak ziarah pergilah Kota Mekah dan Madinah, kata hamba, dan itulah jawapan yang beliau setuju. Sheikh Toyyib kata nak ngaji boleh datang sini, nak ziarah boleh pergi Mekah dan Madinah.

Setelah dipersilakan masuk ke rumahnya, hamba ke kereta memberitahu isteri dan anak-anak.  Isteri dan anak perempuan hamba ke rumah jiran dan tiga lagi anak lelaki hamba ikut masuk ke rumah Sheikh Toyyib. Adalah satu kebiasaan bagi mereka yang datang berkunjung untuk kaum Hawa ke rumah jiran, ada tempat yang disediakan dan hanya kaum Adam bersama Sheikh Toyyib. Ataupun kaum Hawa diminta duduk di dalam bilik di dalam rumah Sheikh Toyyib.

Setelah hamba dan tiga anak lelaki masuk, Sheikh Toyyib bertanyakan mana orang rumah dan anak perempuan tadi? Hamba kata di rumah jiran (sepertimana pengunjung lain). Sheikh Toyyib meminta hamba memanggil isteri dan anak perempuan. Katanya, "panggil masuk, buat apa dok di situ". Hamba pun memanggil isteri dan anak perempuan. Jiran yang menyediakan tempat untuk kaum Hawa bertanya sebab apa panggil isteri dan anak perempuan masuk, hamba kata Sheikh Toyyib yang suruh. Jiran ini berkata, biasanya kaum Hawa dok di situ (kawasan menunggu).  

Ada dua fasa bab ziarah kami ini.  Fasa pertama sebelum beliau Solat Asar. Banyak perkara yang ditanyakannya kepada hamba, hamba beri jawapan dan beliau bagi pandangan. Banyak isu yang dibincangkan. Berbincang bab pendidikan anak-anak, berbalik pada usul, Al-Quran dan As-Sunnah, bukan A, B, C.  Bab pemerintah, berbalik pada Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya sistem demokrasi rekaan manusia.  Persoalan yang beliau ajukan, jawapan yang diberikan oleh Sheikh Toyyib adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.  

Fasa Kedua selepas beliau Solat Asar.  Pendekatan 'tegas' dalam fasa pertama berakhir. Pendekatan beliau bertukar menjadi lembut. Disampaikan nasihat-nasihat dengan cara yang lembut. Isteri hamba disuruh mengamalkan Amalan Imam Ghazali (zikir yang berbeza 1000X setiap hari). Kata Sheikh Toyyib, itulah juga amalan beliau.  Hamba disuruh mengamalkan membaca Al-Fatihah dan Ayat Kursy sebelum keluar rumah, semasa dalam kenderaan dan selepas tiba di destinasi. Untuk kami dihidangkan teh dan roti/biskut. Banyak juga anak- hamba makan (budak2, kata hati hamba).  Banyak kali, dalam 5/7 kali beliau menyuruh isteri hamba masak di dapurnya, masak apa saja yang ada dalam peti aisnya, katanya, "sama-sama kita boleh makan, dia pun boleh tumpang makan". Hamba yang lurus bendul, menolak dengan baik sebab akan ke rumah adik selepas itu. Sheikh Toyyib kata "boleh masak bihun, ayam dalam tanah..... (dah lupa)"...Itulah yang diulangnya dalam 5/7 kali. Hamba dan isteri menolak dengan baik. Kami yang lurus bendul menawarkan beli apa makanan di kedai, kalau Sheikh Toyyib berkehendak. Tidak mahu pula Sheikh Toyyib.

Sebelum bertolak balik, hamba pohon Sheikh Toyyib  doakan hamba yang banyak dosa ini. Panjang dan lama beliau doakan hamba dan keluarga. Bab ni yang syahdu sikit...Dalam jam 730 malam, kami meninggalkan Sheikh Toyyib. Alhamdulillah, dapat juga ziarah dan mengambil sedikit ilmu dari beliau. Sheikh Toyyib pun suruh datang lagi, lain kali.  Dalam kenderaan selepas bertolak, isteri hamba bertanya hamba apa maksud Sheikh Toyyib "masak apa saja yang ada dalam peti aisnya, di dapurnya, sama-sama kita boleh makan, dia pun boleh tumpang makan"? Hamba tanya kenapa? Isteri hamba kata tiada dapur masak di rumah  Sheikh Toyyib. Tong gas tak ada, dapurnya tak ada, dalam peti ais, tiada ayam, ikan dan lain-lain. Apatah lagi, ayat itu diulang2nya beberapa kali dan ketika kami menawarkan untuk beli makanan di kedai, tak mahu pula dia.... Ehmmm, rupa2nya ia satu kiasan dari beliau untuk hamba dan isteri serta anak-anak. Puas kami memikirkan maksud kiasan itu sebelum menemui jawapannya. Apatah lagi Sheikh Toyyib memang diketahui hanya makan roti, tidak makan makanan lain seperti nasi, bihun, ayam dan lain-lain....... Boleh anda berikan pandangan apa maksud Sheikh Toyyib "masak apa saja yang ada dalam peti aisnya, di dapurnya, sama-sama kita boleh makan, dia pun boleh tumpang makan"? 

Bagi pencari jalan ketuhanan, pencari kebenaran, pengamal tariqat tasawuf, carilah masa untuk ziarah sebutir permata ini. Wassalam.


Empat gambar pertama hamba ambil dari internet




http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/12/jaulah-ulama-kembara-ilmu-mendekati.html


Ini gambar hamba ambil sendiri


Rumah Sheikh Toyyib 



sumber : http://diribathinku.blogspot.com/2014/04/dari-ulama-solihin-al-arif-billah-tuan.html

Inilah beliau Ulama’ Solihin Al-Arif Billah 
Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,

Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan 
beliau ke Makkah sejak British jejak tanah 
melayu sehingga sekarang .. Selama di 
Makkah , beliau sempat menuntut ilmu 
dgn Masyeikh Makkah yang terkenal 
antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki
-Syeikh Hassan Masyath..Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah 
adalah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama ‘Hj 
Tayyib Roti’ kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun..
Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang 
bakal beliau beri bertepatan dengan 
peribadi orang yg meminta nasihat. . 
Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau.

Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh 
kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan 
keras dan sekapit simen lama sebagai 
bantal.. Beliau seorang yang menegakkan 
kebenaran .. Oleh sebab itu setengah orang 
kampung tidak menyukai beliau tapi sangat 
disukai,dihormati dan terkenal di Makkah..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu 
dan ketemu dengan beliau ialah Habib 
Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu 
Al Banjari Al Makki & ramai lg ulama 
muktabbar yg lain datang utk mereka 
membuat rujukan serta bertukar pendapat..

Sahabatku Semua.. Ulama Solihin ini telah 
lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah 
Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. 
Selagi masih ada peluang .. selagi masih 
ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi 
beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. 
Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan 
kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan 
sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..
Kali pertama bertemu dgn ulama ini,mmg benarlah kata org beliau seorang yg sentiasa menegakkan kebenaran serta tidak putus di bibirnya mengajak sesiapa shj yg menziarahinya utk betapa pentingnya mengenal Allah dan Nabi Muhammad dgn sebenarnya dan beliau sgt menekankan cara beriman dgn betul sekaligus selamat bila diamalkan setiap org mukmin yg akn menyerahkan amanah Allah bila tiba masa nya nanti spt beriman kpd Allah & beriman kpd Muhammad,langkah selamat ke syurga,amalan yg menyelamatkan org mukmin ketika dlm kubur,dan byk lg,yg pasti hakikat beriman kpd Al-Quran & As-Sunnah menjadi amalan.