TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Selasa, 10 November 2015

Makam Sheikh Muhammad Nur al-Khalidi

Assalamu'alaikum,

Dalam misi ziarah Makam Tujuh Wali Melayu, hamba dan keluarga sempat singgah ke Makam Sheikh Muhammad Nur al-Khalidi di Kampung Sungai Cincin, Gombak, Selangor. Alhamdulillah, hamba dah ziarah Makam Tuan Tulis, Makam Tok Kenali, Makam Tokku Paloh, Makam Sheikh Muhammad Said Linggi, Makam Habib Noh, dan ini merupakan Makam keenam. Hanya Makam Tuan Hj Hussain al Banjari, Kedah yang hamba belum sempat. 

Hamba sudah 2/3 kali ziarah ke Makam ini sebelum tahun 2006. Semenjak balik dari luar negara, ia merupakan kunjungan pertama, juga kali pertama buat anak ketiga dan keempat.  Alhamdulillah, damai sekali di makam ini menghabiskan 'urusan rasmi hamba dengan Allah Taala'... Satu perbezaan nyata dan jelas apabila anda berkunjung ke Makam Wali Alllah adalah aman, damai, tenang yang dirasai oleh hati kita semasa berada di situ. Kalau boleh nak duduk lama-lama rasanya apabila anda berkunjung ke Makam Wali Allah. Ada ketikanya, kita diberikan rasa khusyuk, tawaduk sekali ketika berada di Makam Wali Allah. Boleh juga diberikan rasa kesedihan dan malu amat sangat atas dosa-dosa dan kesalahan kita dengan Allah. Apa bahagian kita apabila menziarahi Makam Wali Allah, adalah terpulang kepada-NYA.

Selepas habis urusan hamba, hamba sekeluarga ziarah seorang guru hamba 'dekat-dekat Taman Melewar'. Beliau merupakan anak murid yang masih hidup kepada salah seorang anak Sheikh Muhammad Nur al-Khalidi. Beliau menjual akar kayu dan herba sebagai 'kerja di dunia'. Kecintaan beliau kepada Junjungan RSAW amat tinggi sekali. Maaf, hamba tidak dibenarkan mencoretkan tentang beliau, siapa beliau, di mana beliau tinggal oleh beliau. Hamba adalah ambil beberapa petua dan amalan dengan beliau. Minat hamba untuk belajar tentang perubatan tradisional Melayu dengan beliau belum kesampaian dek kesibukan dan urusan-urusan dengan Allah yang perlu diselesaikan. Cuma beliau ada istimewanya disisi Allah, itulah petunjuk Allah kepada hamba sebelum bertemu dengan beliau kali pertama dahulu.  Wassalam.


















sumber : https://lonelymusafir.wordpress.com/2011/08/28/cukuplah-mati-itu-sebagai-peringatan-syeikh-muhammad-nur-al-khalidi/

Cukuplah Mati Itu Sebagai Peringatan: Syeikh Muhammad Nur Al-Khalidi

Ayat yang dipetik daripada hadith Rasulullah s.aw ini merupakan moto kepada Syeikh Muhammad Nur al-Khalidi, pengasas Kampung Sungai Chinchin, Gombak dan juga merupakan syeikh khalifah Tariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiah yang ke-35. Beliau yang tersenarai sebagai salah seorang 7 wali Melayu di samping Habib Nuh,Tok Kenali,Tokku Paloh,Tuan Tulis,Sheikh Muhammad Said al Linggi dan Tuan Hussein Kedah al Banjari, adalah seorang yang sangat zuhud, warak dan sering mengingati mati. Ayat diatas diukirnya pada sekeping duit syiling  yang akan dibawa beliau kemana-mana saja beliau pergi.
Syeikh Muhammad Nur juga membangunkan banyak kubur contoh di sekitar kawasan Masjid Sg. Chinchin. Tujuannya adalah sebagai peringatan kepada orang yang masih hidup. Sekarang, hanya tinggal satu kubur contoh sahaja yang berada di bahagian luar mihrab Masjid Sungai Chinchin.

sumber:  http://anakberingin.blogspot.com/2012_07_01_archive.html

Sungai Cincin kini menjadi nama khas yang dirujukkan kepada sebuah perkampungan lama di Batu 7 3/4 Gombak Selangor Darul Ehsan. Kg. Sg Cincin merupakan perkampung lama yang wujud 100 tahun lalu yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Nur Al Khalidi iaitu salah seorang wali melayu yang masyhur yang mengamalkan tarikat Naqsyabandi Kholidi yang diberi kepercayaan dan izin oleh Sultan Alaudin Sulaiman Syah , Sultan Selangor untuk mendiami dan mentadbir kawasan tersebut.

Sejarah Kampung Sungai Cincin. Kg Sg Cincin diasaskan sekitar tahun 1894 Al marhum Sheikh Muhammad Nur Al Khalidi ( berasal dari Penyambongan, Sumatera Utara) di tanah yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Alaudin Sulaiman Syah , Sultan Selangor yang ke 5.




sumber : http://futureglobalnetwork.com/projek-projek-fgn/9-projek-perkampungan-islam-sheikh-muhammad-nor-.html
Projek Perkampungan Islam Sheikh Muhammad NorPDFPrintE-mail
Kompleks Perkampungan Islam Sheikh Muhammad Nor – Pusat Dakwah dan Tarbiyah

ImageKompleks Perkampungan An-Nur ini akan menjadi sebuah perkampungan Islam yang mendukung konsep Hablum min Allah wa Hablum min Al-Nas.  Selain daripada membangunkan tempat kediaman, perkampungan ini akan juga menyediakan prasarana yang lengkap dan menzahirkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan orang Islam yang bermastautin di situ mendalami ilmu agama disamping menunaikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi menjadi orang mukmin yang beriman dan bertakwa terhadap kebesaran Allah Subhanahuwataala.


Tapak

Perkampungan An-Nur ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 12 ekar di Kampung Sungai Cincin, Batu 7 ¾ Jalan Gombak, Selangor Darul Ehsan. Pada masa ini kawasan tersebut merupakan perkampungan traditional Melayu.

Jarak tapak projek dari bandaraya Kuala Lumpur ialah lebih kurang 13 kilometer  dan 4 kilometer dari kampus induk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
  
Sejarah Kampung Sungai Cincin

ImageKampung Sungai Cincin diasaskan sekitar tahun 1894 oleh Almarhum Sheikh Muhammad Nur Al Khalidi (yang berasal dari Penyambongan, Sumatera Utara) di tanah yang diwakafkan oleh DYMM Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang kelima.

Almarhum Sheikh Muhammad Nur merupakan ahli sufi dan terkenal sebagai wali Allah dengan berbagai karamah.  Almarhum telah membangunkan kampong dan memimpin ahli jemaahnya berteraskan syariat Islam. Di dalamnya tertegak tarbiah dan ta’alim (pendidikan dan pelajaran) untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.

Almarhum juga membina sebuah masjid dan sebuah sekolah agama yang bukan sahaja menekankan soal-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah. Anak murid Almarhum terdiri daripada anak masyarakat tempatan dan juga dari luar daerah dan luar negeri Selangor.

Perkampungan An-Nur akan meneruskan tradisi ilmu dan sistem kemasyarakatan yang mendukung pendidikan rohani yang diasaskan oleh Almarhum Tuan Sheikh Muhammad Nur Al-Khalidi.  



Pembangunan Kompleks Perkampungan An Nur di Sungai Cincin


Mengikut perancangan, Kompleks Perkampungan An Nur akan dibahagikan kepada lapan zon:-

Zon 1 - Kompleks Masjid


ImageSebuah masjid 2 tingkat akan dibangunkan di tengah-tengah perkampungan yang melambangkan simbol kedaulatan Islam dan paksi penyatuan masyarakat Islam Perkampungan An-Nur.  

Tingkat atas ialah tempat berjemaah, manakala tingkat bawah akan menempatkan pejabat untuk pegawai-pegawai masjid, bilik pembelajaran ilmu duniawi dan ukhrawi, bilik komputer, perpustakaan dan pejabat pengurusan Kompleks Perkampungan An-Nur.

Kedudukan masjid yang strategik membolehkan ia mudah dikunjungi oleh penghuni yang tinggal dari beberapa penjuru perkampungan.  Ahli-ahli jemaah yang dianggarkan berjumlah 2000 orang terdiri daripada penghuni dari dua buah blok kondominium, kumpulan warga emas dan juga murid-murid dari Maahad Tahfiz al-Quran. Keadaan sedemikian akan menjadikan Masjid An-Nur sentiasa mempunyai bilangan jemaah yang besar untuk menunaikan bukan sahaja sembahyang fardu dan solat Jumaat malahan juga disertai bagi aktiviti-aktiviti ibadah lain seperti sembahyang tahjud, Qiamullail, kuliah seperti taskirah, pengajian dan tafsir al-Quran.

Suasana seumpama itu akan mengimarahkan Masjid An-Nur dan menyalakan obor kemuliaan Islam seperti yang terpancar di Masjidilharam di kota Mekah.

 
Zon 2 - Kompleks Warga Emas
Kompleks tersebut akan menempatkan golongan warga emas yang dhaif.  Menolong golongan tua yang tidak berkemampuan merupakan satu kerja amal ihsan dan tuntutan fardhu kifayah.

Kehadiran warga emas juga akan dapat meningkatkan rasa kesedaran dan keinsafan di kalangan penghuni dan juga pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz, Dakwah dan Tarbiyah selaras dengan konsep penyayang dan kebajikan yang menjadi kekuatan perpaduan Islam.

Dengan menempatkan warga emas berdekatan dengan masjid akan membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan mudah disamping berada dalam kumpulan jemaah yang berilmu.


Zon 3 - Hotel Musafir

Sebuah kompleks untuk penginapan sederhana (budget hotel) akan dibangunkan.  Kos sewaan dianggarkan antara RM60 – RM100 semalam.

Permintaan penginapan dijangka tinggi terutama apabila Universiti Islam Antarabangsa mengadakan persidangan, majlis konvokesyen dan kunjungan daripada ibu bapa.

Selain daripada itu, ibu-bapa dan keluarga pelajar-pelajar dari British Malaysian Institute, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Integrasi yang berhampiran juga berkemungkinan menggunakan kemudahan penginapan di Hotel Musafir.


Zon 4 - Maahad Tahfiz, Dakwah dan Tarbiyah

Sebuah kompleks untuk menampung 1000 orang pelajar mengikuti pengajian tahfiz, dakwah dan tarbiyah Islam akan dibangunkan.

Pusat pengajian tersebut akan menawarkan kursus-kursus dalam pengajian Islam dan hafiz al-Quran serta pembentukkan sahsiah yang tinggi untuk membolehkan  mereka menjadi imam, guru serta pendakwah yang berwibawa.

Selain boleh menguasai bahasa Arab, pelajar-pelajar juga akan diajar beberapa bahasa lain yang relevan untuk bangsa-bangsa yang didakwah.
Maahad ini adalah untuk melahirkan generasi pendakwah dari rantau Alam Melayu yang mempunyai ilmu dan ketrampilan yang sesuai dengan cabaran abad 21.

Untuk tujuan pengiktirafan, pusat pengajian ini akan bekerjasama dengan pihak Universiti Islam Antarabangsa dan mana-mana institusi yang relevan.

Dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz, Dakwah dan Taribiyah ini akan dapat meneruskan usaha Almarhum Sheikh Muhammad Nur Al-Khalidi untuk menjadikan Sungai  Cincin sebagai tempat dakwah dan tarbiah yang unggul di rantau Alam Melayu.
Zon 5 - Apartmen Mampu Milik

ImageSatu blok apartmen akan dibangunkan. Ia dijangka mengandungi unit kediaman bertaraf ‘high ends’ yang akan dijual dan juga disewa untuk golongan yang berkemampuan.  Kemudahan apartmen yang baik seumpama ini sudah tentu boleh menarik kakitangan akademik dan profesional di daerah Gombak untuk memilih tinggal di sini.


Zon 6 - Flat Mampu Milik


Sebuah ‘Flat Mampu Milik’ akan juga dibangunkan. Ia dijangka mengandungi unit kediaman untuk dijual dan disewa kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Flat Mampu Milik ini juga akan dapat menampung keperluan kakitangan sokongan yang bertugas di institusi pendidikan di daerah ini.

Adapun penduduk asal kampung akan diberi keutamaan untuk membeli atau menyewa dengan beberapa kelonggaran dan keistimewaan yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan.

 
Zon 7 - Kompleks Makam dan Warisan Sejarah

ImageKompleks Makam dan Warisan Sejarah akan mengumpul dan menyimpan artifek-artifek, bahan-bahan sejarah seperti gambar-gambar yang menjadi identiti dan corak pembentukan  kemasyarakatan Perkampungan Islam Kampung Sungai Cincin yang dipelopori oleh Almarhum Sheikh Muhammad Nur Al-Khalidi.
                  
Makam Almarhum Sheikh Muhammad Nur Al-Khalidi akan menjadi satu mercu tanda kenangan silam yang perlu dipelihara untuk dijadikan sejarah warisan Perkampungan An Nur.
Zon 8 - Kompleks Komersial

Kompleks Komersial akan menyediakan kemudahan perniagaan dan membeli belah untuk penghuni dan juga penduduk di  pembangunan berhampiran.

Pulangan dari zon komersial akan diguna untuk menampung pengurusan pembangunan Kompleks Perkampungan An-Nur.


Semoga usaha yang murni ini akan diberkati Allah Subhanahuwataala.  Insya’Allah!

Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman (03 - 6187 7020)

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (Kota Kinabalu City's Mosque, Kota Kinabalu)

Assalamu'alaikum,

Selesai urusan di Masjid Negeri Sabah, hamba bergegas ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Kedua-dua buah masjid ini merupakan masjid terpenting di Bandaraya Kota Kinabalu.  Alhamdulillah, hamba selesai urusan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, cuma terlewat sedikit. Jadi trafik agak sibuk selepas waktu pejabat di Kota Kinabalu. Setelah lebih 9/10 tahun tidak ke Kota Kinabalu, Bandaraya ini pesat membangun. Kalau dahulunya pembangunan tertumpu ke pusat bandar, kini pembangunan tertumpu sekitar kawasan Universiti Malaysia Sabah.  Hamba ada dua urusan rasmi di Kota Kinabalu, satu urusan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan satu lagi urusan dengan Universiti Malaysia Sabah.  Alhamdulillah, hamba sempat dibawa pusing  kampus Universiti Malaysia Sabah yang indah dan tenang ini.  Satu yang membezakan kampus ini dengan kampus lain adalah kewujudan pantai universiti. Pening-pening kepala, stres dan lain-lain, boleh menenangkan fikiran ke Pantai Universiti. Lihatlah pantai ciptaan Allah yang terbentang luas, mendengar ombak menyapu pantai, menyebut-nyebut nama-NYA, mendengar desiran angin sayu-sayu dan kekadang keras, masih menyebut-nyebut nama-NYA...Kita aja yang selalu lupa menyebut nama-NYA... Wassalam.
























gambar dari Google Image











sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Bandar_Kota_Kinabalu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota KinabaluSabahMalaysia selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya. Ia telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-8.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Kota Kinabalu city Mosque.jpg
Masjid Bandaraya (MBR)
Maklumat am
Cabang/mazhabShafi'e
Dibuka pada18 Februari 2000
StatusMasjid daerah
Maklumat pentadbiran
ImamDatuk Hj. Moktar Rapok (Imam Besar)
Afizan Hj. Wangkee (Timb. Imam Besar)
Hj. Abdul Sani Hassan
Zamzuhardi Zakaria
Suhaidi Kuanting
Mohd Mokhtar Hj. Munir
BilalAmli Deauddin
Jaslan Mailan
Hj. Mohamad Idrus Ahmad
PengerusiTn. Hj. Jamal Tun Sakaran
Dimiliki olehKerajaan Negeri (JHEAINS)
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
LokasiLikasKota KinabaluSabah
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat1 1/2 tingkat
Bil. menara4
Kapasiti jemaah12 ribu jemaah
Keluasan14.83 ekar
Laman sesawang
http://www.mbr.sabah.org.my