TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 6 Disember 2015

Makam Tok Temong

Assalamu'alaikum,

Dalam perjalanan pulang ke Selangor sewaktu Cuti Hari Raja Haji yang lalu, hamba sempat singgah di Makam Tok Temong di Daerah Kuala Kangsar. Hajat di hati dah lama nak singgah, kata orang, apabila bertemu masa dan janji, maka jadilah ia.  Alhamdulillah, kami sempat ziarah, dan hamba menghabiskan masa 35-45 minit di sini. Satu yang lumrah di Makam Manusia yang hebat disisi Allah adalah ketenangan ketika berada di makam mereka, antaranya. Kata seorang guru hamba, di jirat Cina, kubur Hindu, kubur bukan Muslim, sebenarnya yang kita rasa takut dan bimbang bukan sebab hantu di situ, tapi hakikat 'alam barzah' di situ. 'Hakikat alam barzakh' di situ tidak akan menyebabkan kita tenang di hati, khusyuk dan tawadhuk kepada Ilahi.

Bersyukur ke hadrat Allah, sampai juga hamba di Makam Wali Allah wanita ini. Tidak banyak Makam Wali Allah Wanita di Tanah Melayu. Di Pulau Besar ada beberapa Makam Zahir dan Makam Tanda, yang lainnya begitu susah dicari. Apatah lagi tradisi masyarakat Melayu di mana wanita itu 'di belakang', tidak dikedepankan dalam bab dakwah dan urusan agama. Sewaktu hamba menyelesaikan urusan di sini, ada beberapa kereta sampai dan tidak jadi 'singgah', agaknya sebab hamba ada di situ. Hamba bukan buat apapun, sekadar membaca beberapa ayat/surah dalam Al-Quran sahaja, melazimi adab ASWJ dalam menziarahi makam. 

Kisah Tok Temong jadi popular semula dengan pertabalan Sultan Perak yang baru. Al-Fatihah untuk Tok Temong.










Jalan turun ke sungai

Kompleks Makam

Kawasan kuburan lain berdekatan Kompleks Makam



sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tok_Temong

Tok Temong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tok Temong adalah seorang perempuan, pemerintah di daerah 'Temong' / 'Tumong', negeri Perak sebelum bermulanya pemerintahan Sultan Muazaffar Shah (1528-1549). Di hari pertabalan baginda, beliau telah menghadiahkan sebuah 'geliga embun' (mastika embun) yang dijadikan sebagai salah satu daripada alat kebesaran negeri Perak hingga ke hari ini.
Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab menyerahkan jajahan Hulu Perak kepada kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini. Tok Temong juga dikenali sebagai 'Keramat Temong' oleh penduduk tempatan.
Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar. Makam Tok Temong telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1979.

Jasa Tok Temong dan Tun Saban

Dalam buku 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak'menceritakan tentang Tun Saban yang meninggalkan Kampar di Sumatera untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Patani. Kemudian Tun Saban pindah ke kawasan Belum , Hulu Perak lalu membuka perkampungan Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum .Adik perempuannya Tun Perabu dilantik menjadi ketua di 'Temong'. Perak ketika itu dikunjungi oleh para pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi.Seorang perempuan bernama Tok Masuka dari Daik telah memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Siguntang tiada terputus di Tanah Melayu. [1]

Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak. Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama 'Mastika Embun'.Kini, Mastika Embun menjadi salah satu alat kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak.

Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mudik Sungai Perak. Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makam di sebelah kiri mudik Sungai Perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Panjat [Hulu Perak dalam sejarah,oleh Raja Razman bin Raja Abdul Hamid ; 1963]
  • Historical and Archaeological Sites and Monuments of Perak
  • Tempat-tempat bersejarah Perak, oleh Abdul Halim Nasir dan ‎Mohd Zulkifli bin Hj. Abdul Aziz (Hj.) ; 1981 hlm 78
  • Asal-usul negeri-negeri di Malaysia oleh Zakiah Hanum ; 1989 ,hlm 56

Tiada ulasan:

Catat Ulasan