Rabu, 3 November 2010

Tolaklah Kebatilan

Tolaklah kebatilan jika ia jelas batil disisi Allah.
Tolaklah kebatilan walaupun ia manis seperti gula.
Tolaklah kebatilan walaupun ia enak seperti madu.
Tolaklah kebatilan walaupun ia lazat selazat rasa.
Tolaklah kebatilan walaupun ia sedap mata memandang.
Tolaklah kebatilan walaupun ia suka telinga mendengar.
Tolaklah kebatilan walaupun ia menggembirakan jiwa.
Tolaklah kebatilan walaupun ia membuatkan anda ceria.
Tolaklah kebatilan walaupun ia perkara yg paling anda suka.
Tolaklah kebatilan walaupun ia selalu bermain-main di minda.
Tolaklah kebatilan walaupun ia cukup berharga.
Tolaklah kebatilan walaupun ia adalah sealiran dengan anda.
Tolaklah kebatilan walaupun ia datangnya daripada orang yang paling anda kasih.
Tolaklah kebatilan walaupun ia datangnya daripada pemimpin atasan anda.
Tolaklah kebatilan walaupun ia datangnya daripada sahabat baik kamu.
Tolaklah kebatilan walaupun ia datangnya mereka yg kamu amat hormati.
Tolaklah kebatilan walaupun ia datangnya daripada mereka yg kamu anggap mulia
Tolaklah kebatilan kerana kebenaran akan tegak dan kebatilan akan musnah, kerana itu janji daripada-NYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan