Selasa, 18 Januari 2011

Semalam Di Pulau Besar - 15-16 Januari 2011

Assalamu'alaikum,

Bersyukur ke hadrat Ilahi, pada hari Sabtu pagi (12 Safar 1432/15 Januari 2011), jam 1045 pagi, hamba selamat sampai ke Pulau Besar buat ke sekian kalinya. Kali ini, anak saudara turut serta, buat teman bicara. Rancangan asal nak ke Pulau ini pada Cuti Thaipusam, namun gerak yang kuat hari Khamis (13 Januari 2011), maka ditukar rancangan ke hari Sabtu. Telefon anak saudara pada hari Jumaat petang dan malamnya beliau kompom akan turut serta.

Memandangkan hamba tiada rancangan bermalam di Gua Yunus (sepertimana permergian2 sebelumnya), maka tak perlu bawa banyak barang. Cukuplah pakaian sehari, pakaian solat dan pakaian keesokannya selain barang peribadi seperti kain tuala, berus gigi, lampu suluh. Bawa juga sedikit bekalan air kerana makan-minum di Pulau Besar 'agak mahal', sesuai dengan statusnya sebagai 'pulau terpilih'..he3...

Jam 805 pagi, hamba dah meninggalkan rumah. Alhamdulillah, anak saudara datang awal dan beliau sempat bersarapan di rumah hamba sebelum pergi. Jam 940 pagi, kami sudah sampai ke Jeti Anjung Batu, jeti untuk ke Pulau Besar melalui feri. Kalau anda dari bandaraya Melaka,  ambil jalan ke Muar. Di pertengahan jalan, ada papan tanda ke Umbai.  Selepas itu, akan ada papan tanda ke Anjung Batu, perlu ambil simpang masuk kanan dan dalam 10-20 meter, ambil simpang kecil ke kanan juga.  Bayaran untuk parkir kenderaan adalam RM5..OK lah tu sebab parkir ini berpagar dan berjaga 24 jam. Satu lagi laluan adalah melalui bot sewa di Umbai, tetapi hamba tak pernah ambil laluan itu kerana perlu tunggu ramai orang, kalau sewa bot dua orang, 'puas juga nak membayar'.

Alhamdulillah, selepas kira-kira 2 tahun lebih, hamba dapat menjejakkan kaki sekali lagi di Pulau Besar. Terus berjalan ke gerai makan. Ada 6 gerai/kedai makan yang diuruskan oleh Majlis Daerah Jasin (dulu, sekarang ???). Yang buka nampaknya 4 gerai saja, 2 lagi 'bertutup saja'....Berhampiran kawasan perkuburan ada 4 gerai baru yang baru siap dibina oleh Majlis Agama Islam Melaka, tetapi masih belum dibuka..Tidak pasti apa tujuan gerai itu dibina, kalau gerai makan-minum, yang enam sedia ada pun tak senang nak bertahan. Maklumlah, pengunjung hanya ramai ketika Sabtu dan Ahad selain hari-hari kelepasan. Kalau datang waktu hari kerja, memang lengang pulau ni.

Kami makan nasi lemak dan kopi/teh, harganya??? RM13 lebih, nasi lemak biasa sepinggan dalam RM4.50, 'boleh tahan' juga la....Selepas itu, bertanyakan orang di gerai tentang PakTam, diberinya clue Paktam dah jadi Bilai surau/masjid di situ.  Dulunya PakTam kerja sebagai pelayan di salah sebuah gerai makan di situ. Maka hamba/kami menuju ke surau dan PakTam kelihatan ada di situ, berbual dengan rakan-rakannya. PakTam dikenali sebagai Atuk Ramle (Ramle Abdul Majid) oleh orang-orang di situ, cuma hamba seorang saja yang panggil beliau PakTam. Tapi PakTam OK saja hamba panggil beliau dengan nama tu...

PakTam masih mengingati akan hamba dan beliau tertunggu-tunggu akan kedatangan hamba, maklumlah dah lebih dua tahun tidak ke situ. Ini merupakan kunjungan pertama selepas kembali dari luar negara. PakTam kata, biasanya dlm sebulan dua, hamba akan ke situ, lani dah lama tak nampak batang hidung...Mak Azizah, 'wanita misteri' yang menghuni Pulau Besar selama 15 tahun tanpa keluar ke mana-mana sudah 3 tahun meninggalkan Pulau Bertuah ini. Dulunya Mak Azizah adalah 'penghibur' Pulau Besar dengan Ultramannya, dengan cakap2nya dan kerenahnya.  Hamba 'ada kenangan tersendiri' dengan Mak Azizah ni, tak boleh cerita di sini, rahsia...:-)...Sebelah gerai makan didirikan tandas awam, jadi pengunjung yang mandi dan menemui panggilan alam tidak perlu risau-risau kerana tandas awam yang disediakan agak besar dan beroperasi sehingga malam. Kini terdapat sekurang-kurangnya tiga tandas awam, yang ini, satu dalam kawasan surau dan satu lagi di kawasan perkhemahan.

Mak Bonda dah 2-3 bulan kembali menemui Pencipta-Nya.  Mak Bonda tinggal di kawasan berhampiran Makam Tujuh Beradik bersama suaminya dan seorang cucunya. Apabila cucunya mula bersekolah, beliau berpindah ke Tanah Besar dan hanya datang ke Pulau Besar pada hujung minggu.  Orang-orang lama kenal dan tahu 'peranan Mak Bonda' di Pulau Besar ni. 

Setelah berbual dengan PakTam, hamba dan anak saudara mengambil keputusan untuk pusing pulau. Kami pergi ke Perigi Nenek Kebayan. Tiga suku penuh perigi ni. Biasanya mereka di jalan hikmah suka seluk-menyeluk perigi ni dan mendapat 'bahagian masing2' sama ada tasbih, batu permata, syiling, dll.  Nampaknya tak ada orang yang menyeluk perigi sepanjang musim hujan ni ..:-)...Kemudian lihat Makam Nenek Kebayan dari jauh, macam2 ada.  Menurut maklumat yang hamba tahu, itu 'makam tanda', bukan makam sebenar. Mungkin ada kebenarannya. Orang lama Pulau Besar pasti tahu makam yang sebenar.

Seterusnya kami beralih ke pantai di kawasan belakang pulau, menghadap Selat Melaka. Kelihatan tiga orang pelancong Peranchis mandi-manda. Seharusnya Pulau Besar tidak dijadikan destinasi pelancongan kerana kedatangan pelancong asing akan 'merosakkan' Pulau Besar. Pelancong ini naik satu feri dengan kami dan bahasa yang dipertuturkan dalam feri menunjukkan mereka orang Peranchis. Hamba memang menyukai pantai belah sini kerana tidak ramai orang dan suasanya lebih tenang. Apatah lagi..... Kelihatan sebuah bot dengan 5-6 orang Cina memakai pakaian penyelam skuba di tengah laut, botnya  berhenti dan apa mereka buat ha???  Polis Marin, APMM kena ambil tahu benda-benda macam ni, khazanah negara di Pulau Besar ni macam2...

Kami menyelusuri tepi pantai, berjalan di atas padang golf yang terbiar, terserempak dengan 15-20 orang Pemuda India yang datang dari arah Resort terbengkalai. Kelihatan tiga pelancong Peranchis tadi menghampiri kawasan  pantai, agaknya bimbang dengan pakaian dan peralatan peribadi mereka. Menghampiri resort terbengkalai, ada Pak Guard di sini yang berkawal dari 8 pagi sampai 6 petang. Mulanya kami tidak dibenarkan masuk, namun setelah hamba menceritakan tujuan kami dan kami 'dah biasa' dengan Pulau Besar, beliau mengizinkan. Beliau baru sebulan lebih bertugas di situ dan masih banyak yang tidak diketahuinya tentang Pulau Besar.

Dahulunya, hamba dan 'Biras' naik resort terbengkalai ini sampai ke puncak resort, lihat master plan Pulau ini,  kali ini kami menyusuri kawasan pantainya sahaja. Lalu sebelah Pulau Hantu/ Tanjung Hantu, kami tidak singgah kerana ada tujuan lain. Insya-Allah, lain kali kena singgah Pulau Hantu ni. Din, orang lama di Pulau Besar (kini dah keluar) bertahun-tahun tinggal seorang diri di Pulau Hantu. Tok Puteh, seorang tua yang berbelas tahun berpengalaman di Pulau Besar, tinggal tiga tahun seorang diri di Pulau Hantu. Banyak lagi misteri Pulau Hantu, tetapi tidak diceritakan kepada orang ramai atas sebab-sebab tertentu, khususnya orang ramai biasanya tidak pandai menjaga amanah. Elok juga dinamakan Pulau Hantu, dengar namanya sahaja orang dah tak nak pergi. :-)

Selepas resort, kami menyusuri pantai dan melalui kawasan berpaya bakau dan berbatu-batu. Kawasan utara Pulau ini jarang diganggu, namun ada sebuah pondok di kawasan ini yang dibina untuk mereka yang ingin menyendiri. Agak lama juga menyusuri kawasan utara Pulau ini sebelum kami tiba di kawasan Banglo, milik Tan Sri Wan Azmi, pemilik resort terbengkalai dan banglo sewa di situ. Ada beberapa keluarga yang mendiami salah sebuah banglo ini, kenalan kepada Tan Sri Wan Azmi agaknya. Sebenarnya resort terbengkalai ini sesuai dijadikan Pusat Tahfiz, kerana lokasinya yang tersembunyi dan jauh dari kesibukan dunia, jadi mudah budak-budak takfiz nak belajar.

Selepas kawasan banglo, adalah chalet milik PKNM, dulunya dikenali sebagai Putera, juga tidak dibuka, tetapi masih dijaga. Akhirnya jam 2 lebih kami sampai semula ke Surau/Masjid dan bersolat di sini. Lepas solat, kami makan tengahari percuma memandangkan ada orang bayar nazar di Pulau ini dengan membekalkan berpuluh-puluh nasi bungkus/polisterian. Apabila nasi dah turun, baring sekejap untuk merehatkan badan.  Kira-kiranya 4/5 pulau kami dah pusing, kecuali bahagian selatan. Petangnya hamba menghabiskan masa di Makam Sultan Arifin (Sheikh Ismail r.a.). Dikatakan guru Sultan Arifin, Sheikh Yusuf Siddiq r.a. dan saudaranya Sheikh Ibrahim r.a. turut dimakamkan di situ. Namun ada pendapat yang mengatakan makam itu juga makam tanda, makam sebenar disembunyikan orang lama untuk tujuan tertentu. Terpulang kepada pembaca untuk mencari kebenaran cerita ini.

Malamnya selepas solat, makan nasi gireng kampung di gerai makan. Anak saudara hamba pekena Asam Pedas...perghh...Melaka terkenal dengan asam pedasnya...Makan di gerai no. 1 dan 2 lebih murah berbanding gerai 6. Panjang sembang dengan anak saudara hamba ni, sampai dekat jam 11 malam. Al-maklum dah lama tak jumpa, dan beliau 'ada masalah tersendiri', jadi peluang sebeginilah nak digunakan untuk memberikan nasihat yang sesuai. Hamba pun ada masalah tersendiri dan ke Pulau Besar ini berkaitan dengan masalah tersendiri hamba itu.

Chalet sebelah kawasan makam masih dibuka dan merupakan satu-satunya chalet yang boleh disewa oleh orang ramai yang ingin bermalam dalam air-cond, ada bilik air, tidur atas tilam. Chalet ini dibawah Institut Pengurusan Melaka dan diswastakan kepada syarikat lain untuk menguruskannya. Masalahnya adalah pengurusan chalet ini selalu bertukar tangan/syarikat, jadi urusan penyelenggaraan chalet ini bermasalah. Dalam kawasan chalet ini, ada batu besar yang di atasnya menunjukkan tapak kaki seseorang, dikatakan milik Sheikh Ismail r.a. suatu ketika dulu.

Kawasan sebelah Makam Tujuh Beradik kini semakin riuh dan sesak. Ia juga dijadikan kawasan tapak perkhemahan. Dahulunya kawasan hadapan makam dijadikan tapak perkhemahan. 'Makan percuma', sembelih kambing telah berpindah dari sebelah surau ke kawasan ini. Ini suatu yang baik memandangkan sebelumnya, ramai orang yang tidur, buat bising apabila waktu makan percuma, tidur merata-rata dan mencemarkan kesucian surau. Apatah lagi pengunjungnya berbilang bangsa dan agama. Kelihatan 'kedai menjual buku agama', gerai-gerai menjual tasbih, khemah-khemah, pondok untuk makan percuma didirikan di kawasan ini.

Jam 11 lebih, hamba dan anak saudara masuk tidur. Kelihatan PakTam dan mereka yang lain telah nyenyak. Jam berapa pagi, terkejut kerana kelihatan beberapa orang berjubah putih masuk bersolat di surau ini. Mimpi ke betul ni? Malaikat ka sapa ni? Terletap balik.  Esoknya tahu mereka ini dari Perak. Jam 4 pagi, hamba bangun dan menghabiskan apa yang patut sampai waktu Subuh. Selepas itu, mandi dan tukar pakaian lain, kemudiannya disapa oleh seorang 'pemuda misteri'.  Kami menghabiskan masa agak lama dengan 'Pemuda Misteri' ini, dari selepas Subuh, sarapan pagi sampai jam 1130 pagi.

Dlm masa itu, kami turut disapa dan berkenalan dengan seorang yang dikenali sbg Haji Zul. Seorang tua dlm 50-an yang juga penuh misteri. Beliau ke Pulau Besar semenjak tahun 1967 dan kata beliau 'Tak Kenal Pulau Besar kalau tak tahu 3 misteri Pulau Besar'...1 misteri dibuka mukadimahnya oleh beliau, iaitu berkenaan Gua Yunus yang sebenar, gua yang biasanya dikunjungi itu Gua Tanda saja, terpulang kepada kami untuk mencari jalan penutupnya. 2 lagi misteri belum dibuka beliau. Beliau juga mengkiaskan tentang 'stargate' di Pulau Besar. Makin banyak yang kita tahu tentang Pulau Besar, makin banyak lagi yang kita tidak tahu rupanya...:-)

Kemudian kami minta diri, kembali ke surau untuk kemaskan baju dan ambil beg, lalu menuju ke jeti. Tak sempat singgah ke Makam Tok Janggut dan Tok Putih kali ini, lain kali, insya-Allah, bisik hati kecil. Feri tiba awal sedikit dalam jam 1220 tgh. Feri memang padat dan bergerak ke Tanah Besar dalam jam 1240 tgh. Setelah sampai di Tanah Besar, terus naik kenderaan dan balik ke rumah. Alhamdulillah, selamat sampai di rumah dalam jam 230 petang. Ke Pulau Besar untuk menyelesaikan beberapa masalah, bawa balik satu 'puzzle' yang lain pula???? Apa hikmahnya? Masih mencari jawapan dan penyelesaian untuk puzzle baru ini.

Kali ini tiada gambar diselitkan kerana hamba tak bawa kamera, lain kali, Insya-Allah.

wassalam

8 ulasan:

  1. Rajin mike ke pulau besor..teman takde rezki lagi kesana..mudah mudahan satu hari nanti sampai juga teman ke sana...melihat keistimewaan pulau tersebut dengan mata kepala sendiri

    BalasPadam
  2. siapkan diri, pabila sampai masanya, hati akan melonjak2 untuk ke sana...

    BalasPadam
  3. sebenarnyer ada tujuh misteri lagi... kalo dapat bertemu laa..

    BalasPadam
  4. Salam Anon 653pm,
    Hamba rasa misterinya banyak, cuma yg dibukakan kpd masing2 tu ikut bahagian masing2...dan misteri itu dirahsiakan...dan hamba ke Pulau Besar bukan kerana misterinya...

    BalasPadam
  5. As salam saudara. Minta bantuan tentang info untuk berkhemah di pulau besar jika ada. Perlukah tapak perkhemahan ditempah awal? Serta siapa yang perlu dirujuk untuk tujuan yang berkenaan?

    BalasPadam
  6. Fazli lasiman...pergi bawak khemah dan pacak...tak perlu booking2...

    BalasPadam
  7. boleh sesape cerita sikit pasal mak bonda. teringin nak tahu

    BalasPadam