Isnin, 28 Februari 2011

Masjid Negeri Sembilan

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, pada 19 Januari 2011 (Sabtu) bersamaan 16 Rabiulawal 1432, kami dijemput ke kenduri kahwin bapa saudara (sebelah isteri) yang diadakan di sekitar Ampangan, Seremban, NSDK. Dalam jam 12 tengahari lebih sikit kami bertolak dari rumah dan sampai di tempat kenduri sekitar jam 1 tengahari. Kelihatan RELA mengawal lalu lintas di sekitar rumah pengantin dan ini membantu kenduri ini berjalan dengan lancar. Rumah pengantin ini merupakan pengantin lelaki dan isterinya (pengantin perempuan) merupakan orang Kedah.

Juadah yang dihidangkan secara buffet agak menyelerakan, apatah lagi dengan kehadiran rendang daging...perggh...Tuan rumah juga menyediakan menu tambahan, 'cendol' kepada para hadirin...Dua mangkuk cendol 'dibedal' oleh isteri hamba, hamba semangkuk saja...he3...Selain itu, tapai juga disediakan sebagai pencuci mulut. Hamba tak minat sangat tapai ni, so tapai hamba 'dibedal' sekali lagi oleh isteri hamba. Isteri hamba ni bukan gemuk orangnya dan bukan kuat makan, tetapi sekali-sekala kalau kena dengan selera dia, boleh tahan juga...:-) Bunga telur disediakan kepada para hadirin selain snek kepada budak-budak.

Dalam jam 2 petang lebih, setelah sempat bertemu dengan Mak Lang, Mak Tih, dan saudara-mara yang lain (semua belah isteri), kami meninggalkan rumah kenduri dan nak bersolat. Mulanya cadang nak bersolat di Masjid Rasah, tapi tukar ke Masjid Negeri. Kami dah banyak kali ke Masjid Negeri, cuma hamba belum 'buat kerja' di Masjid Negeri. Kami sampai dalam 2.30 petang dan duduk di situ sekitar 1 jam. Di bawah merupakan sedikit gambar Masjid Negeri Sembilan di Seremban yang sempat dirakam oleh kamera kompak hamba. Kamera 'canggih' hamba, Nikon D5000 tak bawa, so takat ni saja yang hamba sempat rakam.




Mimbar utama

Ruang solat utama

Kawasan solat wanita di belakang

Dari kawasan parkir

Menara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan