Jumaat, 29 April 2011

3 hari bercuti

Assalamu'alaikum,

Tiga hari hamba bercuti, bukan cuti rehat tetapi direhatkan. Hamba memang jarang ambil cuti sakit (MC), kalau setakat demam biasa2, sakit biasa2 tu, pergi juga ke pejabat. Bukan apa, tak mahu dimanjakan sangat badan ni. Namun ketentuan Allah, ambil MC juga tiga hari lepas. Duduk di rumah tiga hari pun pening juga, nak buat kerja tak cukup keupayaan, dan bagi mereka yg biasa aktif akan lebih terasa 'keboringannya'...Namun, Alhamdulillah, hamba terima sakit demam itu semua ujian dari Allah. Hamba pesan kat isteri, kalau sakit ini kerana kifarah jangan minta diangkat.  Biar hamba melalui sakit itu...

Dan seperkara lagi, hamba tak makan ubat tahan sakit yang dibekalkan doktor kerana nak 'merasa sakit itu'...He3, memanglah sakit kalau nak merasa dan menikmati sakit.  Terasa sakit seluruh tubuh badan, tulang dan sendi.  Berubah-ubah denyutan sakit itu di dalam badan dan tulang dan sendi...Kemudian hamba ikuti rasa sakit itu satu persatu dan seterusnya untuk kurangkan rasa sakit itu, 'rasa sakit' itu perlu diisi....jadi pandailah2 'mengisi' sakit itu dengan apa yang selayaknya...tidaklah langsung berkubur 'rasa sakit' itu, kalau langsung tak 'rasa sakit' itu, itu dah peringkat Saidina Omar r.a. dan Saidina Ali kwh...sedangkan hamba ni masih peringkat bayi baru nak mula berjalan.... Apabila datang kebenaran, maka lenyaplah kebatilan dan yang batil itu pasti akan musnah...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sakit di rumah, kalau di hospital lagilah menjemukan....Banyak masa diberi ruang untuk berfikir. Rancangan hujung minggu dek cuti sampai Isnin terpaksa ditangguhkan. Anak-anak sedikit kecewa tetapi apakan daya, belum cukup kudrat untuk melaksanakan apa yang dirancang dengan anak-anak. Walaupun begitu rancangan back-up ada...Moga2  terisi juga masa hujung minggu dengan kegiatan yang bermanfaat...

wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan