Isnin, 9 Mei 2011

Masjid Putra, Putrajaya

Assalamualaikum,


Jumaat sampai Sabtu (6-7 Mei 2011), anak sulong hamba, anak gadis hamba ajak dua rakan sekolahnya untuk bermalam di rumah hamba sambil mengulangkaji. Beliau nak bawa 'budaya' di UK, 'sleep over' adalah budaya dalam kalangan masyarakat pelajar Melayu di UK. Memandangkan komuniti Melayu tidak besar, adalah sesuatu yang biasa untuk anak-anak remaja, yang sedang meningkat usia ini mengajak rakan2 mereka untuk bermalam di rumah mereka, sama ada mengulangkaji pelajaran, bermain2, masak2, buat kek, dan sebagainya. Hamba beri izin sebab anak2 dah besar ni, tak boleh nak kongkong sangat. Apatah lagi zaman remaja ini zaman mencabar, zaman  kawan2 lebih dekat di hati mereka berbanding kita. Nabi SAW sendiri menyuruh kita mendidik anak2 kita berdasarkan zaman mereka...


8 Mei 2011 bersamaan 5 Jamadilakhir 1432, kami sekeluarga tak rancang nak ke mana-mana. Namun, tengahari anak2 dah bising. Al-maklumlah, dok terperok kat rumah...Akhirnya, kami buat keputusan ke Alamanda Putrajaya. Alamanda Putrajaya ni tak jauh mana dari rumah hamba, dlm 20-25 minit dengan kereta. Sukalah anak2 nak ke Alamanda. Seperti biasa, selepas solat Asar, kami ke Alamanda. Hamba terlupa bawa kamera, jadi tak dapat paparkan gambarnya di blog ini. Mungkin lain kali, Insya-Allah.


Alamanda memang penuh pada petang ahad ni...Parkir kereta penuh, kena tunggu untuk dapatkan parkir kosong. Tempat rasmi hamba dan keluarga ke Alamanda adalah Carrefour, sebuah pasaraya besar yang berasal dari Peranchis.  Sewaktu hamba sekeluarga pusing Sepanyol pada tahun 2009 dahulu, kami ada singgah di Carrefour untuk membeli barang. Rekabentuk dalaman dan sebagainya tidak banyak berbeza dengan Malaysia.  Membeli-belah di pasaraya besar memang menyeronokkan bagi anak2 tetapi sebagai ibu-bapa, kita kena berhati2, tidak semua barangnya murah. Lampin pakai buang di Carrefour ni, isteri hamba kata tak murah mana, mahal RM7-RM8 drp harga biasa. Telur ayamnya murah, lebih murah berbanding di pasar malam...apa2pun harga di pasaraya besar berubah2, pengguna perlu bijak untuk mencari barang mana yg perlu (yg perlu saja) dan bandingkan harganya. Nafsu membeli kena kawal sebab bila tengok macam2, memang nak beli macam2...

Selepas Carrefour, kami ke kedai buku MPH....Tak ada buku yang hamba cari.  Ada satu buku tentang Firaun, hamba belum nak beli....nantilah, kata hati...Anak2 minta belikan buku macam2, hamba kata 'No', bajet bulanan dah habis di Pesta Buku Antarabangsa KL baru2 ini. Kemudian pusing2 jamu mata saja di Alamanda. Pengunjungnya 90% Melayu kerana Putrajaya adalah bandar kakitangan kerajaan yang 90% adalah Melayu. Akan tetapi pengusaha di Alamanda tidak ramai Melayu....:-(...

Memandangkan kami agak lewat keluar dari rumah, waktu Maghrib dah masuk dan kami masih di Alamanda...Apa nak buat? Solat di Alamanda @ surau dalam perjalanan balik @ di mana2 masjid? Akhirnya, hamba buat keputusan untuk bersolat di Masjid Putra, Putrajaya.  Kami memang dah banyak kali solat di sini, tetapi hamba 'belum buat kerja yang patut' di masjid ini dalam siri ziarah masjid2 utama di Malaysia. Jadi kami ke Masjid Putra dan alhamdulillah, parkir tersedia untuk kami di satu sudut. 


Waktu Maghrib sampai Isyak, kami habiskan di masjid ini. Selepas Isyak, kami balik ke rumah dan singgap sekejap di kedai Sate Kajang Hj Samuri. Sate Kajang Hj Samuri memang merupakan  pengusaha sate yang paling terkehadapan dalam ramai2 pengusaha Sate Kajang di Kajang. Kalau ke Medan Sate di Kajang, anda boleh baca sejarah di mana pengusaha2 sate ini semua adik-beradik dan saudara-mara belaka. Hamba taklah obses sangat dengan Sate Kajang Hj Samuri ni. Memang kuahnya antara kelebihannya tetapi hamba sebenarnya lebih suka sate yg kecil, yg harga 30-40 sen di kampung hamba. Kalau Sate Kajang Hj Samuri ni, dalam setahun adalah kami makan 2-3 kali sahaja, terutamanya kalau ada tetamu di rumah.  Tetapi sebagai anak Melayu, hamba sebenarnya tumpang bangga dengan Sate Kajang Hj Samuri ni kerana kejayaannya membesarkan perniagaan sate ini.  Dulu pada tahun 1980-an, ada Sate Ria, yang cuba dipopularkan oleh MARA tetapi gagal.  Semoga Sate Kajang Hj Samuri terus popular dan berkembang seantero dunia.


Berikut, hamba sertakan beberapa maklumat dan gambar tentang Masjid Putra, Putrajaya. Semuanya ada sumber dan diambil dari internet.


SEJARAH
sejarahMasjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun. 





Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. 





DEWAN SOLAT UTAMA
Dewan Solat Utama Masjid Putra mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang ringkas dan menarik. Ia amat luas dan tidak mempunyai dinding dalaman, sebaliknya ia mempunyai 12 tiang seri. Dewan Solat Utama yang berada di Aras G boleh memuatkan sehingga 8000 jemaah lelaki manakala di Aras 12000 jemaah wanita dalam satu-satu masa. pula boleh memuatkan sehingga




Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama (Aras G) juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid Putra mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya yang bersesuaian dengan konsep masjid sebagai sebuah tempat ibadah.




Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan kemudahan bolehlah menghubungi En. Mohd Shuhaidi Bin Mohamad atau Pn. Norhidayah binti Hj Zainal ditalian 03-88885678.

RUANG LEGAR
Masjid Putra dilengkapi dengan sebuah Ruang Legar yang boleh memuatkan sehingga 400 orang. Ia sering digunakan untuk urusan pendaftaran bagi program/aktiviti yang diadakan di Masjid Putra terutamanya jika program/aktiviti tersebut menggunakan Auditorium. Memandangkan kedudukannya yang berada di antara Dewan Makan dan Auditorium, ia turut digunakan sebagai tempat jamuan makan sekiranya Dewan Makan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah peserta/tetamu yang hadir.



Ia dibuka untuk sewaan dengan kadar harga RM 35.00 sejam atau RM 250.00 sehari (8 jam) dengan disertakan kemudahan penghawa dingin dan meja pendaftaran.

Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan/sewaan kemudahan bolehlah menghubungi En. Mohd Shuhaidi Bin Mohamad atau Pn. Norhidayah binti Hj Zainal ditalian 03-88885678.



PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Masjid Putra sehingga kini mempunyai sejumlah 10,193 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur daripada kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, belia/pelajar universiti/kolej, pegawai dan kakitangan kerajaan hinggalah ke jemaah Masjid Putra sendiri.




Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan rujukan kepada umum manakala pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan Masjid Putra sahaja. Pinjaman hanya akan dibuka kepada umum setelah sistem perpustakaan yang bersesuaian dan berkesan diperolehi.

Koleksi buku yang ada di Perpustakaan Masjid Putra meliputi pelbagai bidang keilmuan antaranya kitab-kitab Fekah, Hadith, Tafsir Al-Quran, Sirah, Undang-undang, Akidah, Tasauf Khutbah, buku rujukan peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, kamus, ensiklopedia, buku motivasi, majalah bercorak kekeluargaan, novel, buku cerita kanak-kanak, majalah PC dan sebagainya.



BILIK KULIAH
Masjid Putra dilengkapi dengan dua buah Bilik Kuliah yang boleh memuatkan sehingga 70 - 80 orangP.A. System. dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid Putra sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Selain itu, ia turut digunakan untuk aktiviti perbincangan secara rasmi ataupun tidak rasmi terutamanya jika melibatkan penggunaan LCD kerana Bilik Kuliah tersebut dilengkapi dengan kemudahan LCD dan



Ia dibuka untuk sewaan dengan kadar harga RM 35.00 sejam atau RM 240.00 sehari (8 jam) dengan disertakan kemudahan penghawa dingin, peralatan P.A. System dan kerusi meja.

Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan/sewaan kemudahan bolehlah menghubungi En. Mohd Shuhaidi Bin Mohamad atau Pn. Norhidayah binti Hj Zainal ditalian 03-88885678.



AUDITORIUM
Masjid Putra dilengkapi dengan sebuah Auditorium yang boleh memuatkan sehingga 380 orang. Ia digunakan untuk program/aktiviti anjuran Masjid Putra sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun. Ia turut digunakan sebagai tempat penyampaian taklimat/maklumat berkaitan Masjid Putra kepada tetamu Masjid yang membuat permohonan lawatan secara rasmi.



Ia dibuka untuk sewaan dengan kadar harga RM 170.00 sejam atau RM 1200.00 sehari (8 jam) dengan disertakan kemudahan penghawa dingin dan peralatan P.A. System.

Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan/sewaan kemudahan bolehlah menghubungi En. Mohd Shuhaidi Bin Mohamad atau En. Mohamad Syaril Bin Johari ditalian 03-88885678.


DEWAN MAKAN
Masjid Putra dilengkapi dengan sebuah Dewan Makan yang boleh memuatkan sehingga 230 orang. Ia digunakan untuk jamuan makan bagi program/aktiviti anjuran Masjid Putra sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun. Ia dibuka untuk sewaan dengan kadar harga RM 85.00 sejam atau RM 600.00 sehari (8jam) dengan disertakan kemudahan penghawa dingin, peralatan P.A. System dan Kerusi serta meja makan.


Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan/sewaan kemudahan bolehlah menghubungi En. Mohd Shuhaidi Bin Mohamad atau Pn. Norhidayah binti Hj Zainal ditalian 03-88885678.



BILIK PENGURUSAN JENAZAH
Bilik Pengurusan Jenazah Masjid Putra dibuka 24 jam sehari dan sedia untuk beroperasi sekiranya berlakunya satu-satu kematian. Ia dilengkapi dengan peralatan pengurusan jenazah seperti tempat untuk memandikan jenazah yang selesa dan peralatan mengapan (dikenakan bayaran RM 200.00/set). Turut disediakan ialah ruang menunggu untuk kemudahan ahli keluarga si mati sementara menunggu proses pengurusan jenazah selesai.


Masjid Putra turut menawarkan perkhidmatan menyembahyangkan jenazah dan membacakan Talqin di kubur. Selain itu, Van Jenazah juga ada disediakan untuk kemudahan pengangkutan jenazah.

Sekiranya berlaku sesuatu kematian, Masjid Putra boleh dihubungi ditalian 03-88885678 atau melalui:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan