Rabu, 25 Mei 2011

Menghadiri Bengkel Di Nilai Springs Golf & Country Club

Assalamu'alaikum,

24 Mei 2011, bersamaan 20 Jamadilakhir 1432, hari Selasa, hamba ada bengkel di Nilai Springs Golf & Country Club di Nilai, NSDK.  Bengkel setengah hari saja. Mula2 hantar anak ke sekolah agama menengah jam 710-715 pagi, kemudian hantar anak ke sekolah integrasi antara jam 720-725 pagi, kemudian terus ke Nilai.  Berhenti di Perhentian Nilai untuk baca akhbar sebab awal pagi. Nak sarapan? Tak perlu sebab dah sarapan pagi di rumah sebelum keluar jam 700 pagi tadi. Tu untungnya isteri tak kerja, jadi suri rumah sepenuh masa. Rumah lebih kemas, kain-baju lebih terjaga, sarapan, makan-minum lebih lancar, anak-anak lebih 'manja' dengan ibunya, bukan dengan 'Bibik' a.k.a orang gaji @ Nursery, kehidupan berumah-tangga lebih harmoni....he3....Apabila mengamalkan tasawuf berbelas tahun dulu, hamba memang cari isteri yang tak bekerja (selepas kahwin) dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dijodohkan dengan isteri yang tak bekerja selepas kahwin. Sebelum kahwin, isteri hamba kerja juga, dah kahwin pun masih kerja sebab dok rumah pun bukan ada apa, macam2 tak ada, tapi berhenti kerja selepas melahirkan anak sulong kami....sehinggalah sekarang jadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sepenuh masa...:-)

Namun, hamba akui ada keluarga yang isterinya 'terpaksa bekerja' kerana tuntutan keadaan. Cuma kalau mampu, isteri tak payahlah kerja, tanggungjawab mencari nafkah asalnya pada suami, bukannya pada si isteri. Banyak bezanya anak2 yang dididik dan dibesarkan oleh si ibu yang tinggal dengan di rumah dengan si ibu yang bekerja. Dua orang kak ipar hamba, dulunya bekerja, Alhamdulillah sekarang dua-dua dah berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa sebab si suami 'dah mampu' menyara keluarga dengan satu punca pendapatan.  Apa bezanya? Tanya sendiri kat anak2, sama ada mereka mahu si ibu bekerja atau tinggal di rumah, hamba pasti mereka mahukan si ibu tinggal di rumah.

Hamba sendiri dah melihat dan menilai sendiri anak2 yang dibesarkan oleh si ibu dan dibesarkan oleh orang gaji @ bibik @ Nursery, memang ada bezanya. Memanglah, kalau dari dua pendapatan jadi satu pendapatan, maka 'kemewahan akan berkurang', tapi dengan berjimat-cermat, Insya-Allah, keberkatan dari si isteri tinggal di rumah, kita makan hasil tangan si isteri, anak2 mendapat belaian dan kasih-sayang si ibu dan macam2 lagi, rumahtangga akan lebih harmoni, tenang dan tenteram. Apatah lagi kalau anak-anak sedang membesar, dah masuk sekolah menengah, lagi peri pentingnya si ibu jadi suri rumah.  Waktu ini, zaman remaja, zaman penuh pancaroba, kalau si ibu tiada di rumah, macam2 boleh jadi kat si anak. Malangnya, masyarakat hari ini masih menyalahkan sekolah, dan lain2, diri mereka sendiri tidak disalahkan. 

Ingatlah, jangan nilai semua perkara dengan wang, dengan kebendaaan, sedangkan kasih-sayang, keakraban, tenang dan tenteram, keberkatan dan semua perkara sebegini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

He3, selingan tadi tu....hamba baca akhbar di Perhentian Nilai sebab kalau nak teruskan, sampai awal sangat nanti sedangkan 'Menunggu' adalah antara perkara yang paling hamba tak suka...

Dah melepasi Nilai Square dan pusat bandar

Ada kolej di sini...strategi kerajaan Negeri Sembilan menjadikan Nilai sebagai bandar ilmu 'mengena' juga kerana lokasi yang berhampiran dengan KLIA, Putrajaya,  dan kawasan yang belum dibangunkan yang masih luas.

GPS hamba suruh ikut jalan in, ikut je lah...

Masyarakat sekarang dah tak kisah halal dan haram

Beberapa buah banglo di kawasan ini

Sekali lagi, ''dah jadi arwah'...GPS hamba sebenarnya tersilap sikit, melencong ke tempat lain....nasib baik hamba banyak masa, jadi pusing2 akhirnya

Sampai juga ke tempat yang dituju...

Ada Golf Range di sini...

Baca nama yang tertulis...malangnya masyarakat Malaysia sebahagiannya masih dijajah mindanya, sikapnya, kelakuannya

Malang sekali nama negara Islam, patung Dewa Hindu ini yang menjadi bahan promosi

Ada kolam renang saiz olimpik agaknya...

Biasalah, hotel @ resort ada benda2 macam ni...

Ada kolam yang sesuai untuk kanak2


Sebenarnya ini kali pertama hamba ke sini. Rakan sebengkel kata, hamba terlajak cari sebab bukan 'kaki golf'...


Hamba meninggalkan kawasan ini jam 145 tengahari. Singgap sekejap di rumah sahabat di taman berhampiran untuk ziarah dan solat Zohor sebelum balik semula ke tempat kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan