Isnin, 23 Mei 2011

Serban bukan budaya, tetapi salah satu pakaian di syurga



Serban itu bukanlah budaya orang arab, tetapi pembawaan dari Nabi-nabi di Tanah Hijaz dan bangsa Arab mengekalkannya sehingga Nabi Muhammad diutuskan pun orang arab jahiliyah masih tetap memakai serban. Nabi meniru pemakaian serban dari para malaikat. Ini maknanya serban adalah pakaian syurga. 
 
Tiada satu hadis yang melarang pakai serban tetapi lebih 10 hadis menceritakan keelokan memakai serban   “Berserbanlah kerana para malaikat itu memakai serban.”(Thabrani)   “Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkanlah (hujungnya) ke belakang kerana sesungguhnya ia adalah tanda para malaikat." (Thabrani & Baihaqi)   Umpama songkok, masyarakat melayu menganggap pakai songkok itu islamik kerana ketika zaman islam sampai di Tanah melayu, kerajaan Uthmaniah ketika itu memakai songkok. Seandainya ketika itu Kerajaan Uthmaniah berserban, sudah tentu orang Melayu hingga kini akan berserban. Yang sebenarnya memakai songkok itulah budaya iaitu budaya orang turki.  
 
Serban bukan budaya, tetapi salah satu pakaian di syurga. Buktinya para malaikat itu berserban. Malaikat tidak membeli serban di bumi, jadi dari mana datang serban mereka kalau tidak dari Allah.   Serban masih boleh di lihat di pakai oleh orang tua-tua di pantai timur lebih-lebih lagi negeri Kelantan. Mereka menggelarkannya 'SEMUTAR' dan ianya sudah menjadi satu budaya pemakaian orang-orang tua sejak Islam sampai di Kelantan. Semutar juga boleh dilihat di Pattani.     sumber: http://klinik-muallij.blogspot.com/   
 
Lain-lain hadis tentang serban:   
 
1. Jabir RH meriwayatkan bahawa tatkala Mekah ditawan maka Rasulullah s.a.w memasuki kotanya dengan memakai serban hitam ( Sohih Muslim, Bab Manasik / Sunan Abu Daud, Bab Pakaian / Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Tirmizi, Bab Jihad & Pakaian/ Sunan Nasai’e, Bab Perhiasan)   
 
2. ‘Amr ibn Huraith RH berkata :”Daku melihat Rasulullah s.a.w memakai serban hitam ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian, Hadis 3584/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian, Hadis 4077/ Sohih Muslim, Bab Haji, Hadis 1359/ Sunan Nasai’e)   
 
3. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Saya masih ingat Rasulullah s.a.w berkhutbah memakai serban hitam di kepalanya dan shamlah (ekor serban) berada di antara dua bahu baginda”. ( Sohih Muslim dan Sunan Nasai’e)   
 
4. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Daku melihat Rasulullah s.a.w berkhutbah dengan memakai serban hitam di kepala baginda yang mubaraj (diberkati) ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian/ Sohih Muslim, Bab Haji)   
 
5. Ibnu Umar RH meriwayatkan : Apabila Rasulullah s.a.w memakai serban, baginda akan membiarkan ekor serban baginda itu di antara bahu iaitu di belakang.   
 
6. Ibnu Abbas RH melaporkan : Rasulllah s.a.w pernah menyampaikan khutbah memakai serban hitam atau lilitan kain (yang ada kesan minyak rambut) (Sohih Bukhari, Bab Manaqib)   
 
7. Sabda nabi s.a.w : Pakailah serban selalu kerana ia menambah kesopanan seseorang ( Fathul Bari)   
 
8. Tersebut dalam sebuah hadis : Biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir.  Seorang telah bertanya Abdullah ibnu Umar RH : Adakah memakai serban adalah sunnah?”. Jawab beliau : Benar! Ia adalah sunnah   
 
9. Nafi’ RH berkata : Aku telah lihat Abdullah bin Umar RH meniru cara yang sama Ubaidullah salah seorang murid Nafi’ RH berkata : Daku melihat Qasim bin Muhammad ( cucu Abu Bakar RH) dan Alim bin Abdullah ( cucu Umar RH) juga mengikut cara yang sama ( Sunan Tirmizi , Bab Pakaian, Hadis 1736) 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan