Jumaat, 27 Mei 2011

Tanah Ini....Kepulauan Ini...Keris Di Sini...

Assalamu'alaikum,

Tanah ini, tanah penuh rahsia, tanah penuh misteri, tanah penuh tandatanya...
Tanah ini dan pulau-pulau di sekitarannya, Kepulauan Melayu namanya...
Tanah ini, dahulunya penuh misteri...
Tanah ini, sekarang, masih misteri...
Tanah ini, masa depan, bakal mengungkap misteri, bakal mengubah 'history'

Tanah ini, tanah leluhurku, tanah tumpah darahku...
Tanah ini, kepulauan ini, berakhir tamadun misteri umat terdahulu...
Tanah ini, hujung Benua Asia...
Tanah ini, jantung dunia kata guruku di hujung benua...
Mengapa jantung dunia?
Kajilah sejarah, tanyalah para pertapa...

Tanah ini, tanah yang amat subur...
Tanamlah apa saja, boleh hidup dengan mudahnya...
Cuma perlukan ilmu dan teknologi saja...
Untuk menjadikan ia lebih enak, lebih manis, sesedap rasa

Tanah ini, banyak sangat khazanahnya...
Begitu ramai yang mencuba...
Disangka mereka itu mereka yang punya...
Disangka mereka itu mereka yang berhak memilikinya...
Disangka mereka itu ilmu setinggi gunung mampu menzahirkan cita-cita...
Yang dapat hanya sepitis-dua...
Tanda kasihan dan belas ihsan mencuba 1001 cara...
Sebenarnya terlupa mereka akan pesanan Baginda...
Tentang umat akhir zaman itulah bahagiannya...

Tanah ini, kepulauan ini,...
Tiada musykil, tiada keraguan...
Itulah kebangkitan akhir zaman...
Itulah bermulanya kegemilangan Islam...
Sebelum diserah amanah pada yang dimaksudkan...

Tanah ini, kepulauan ini,
Kata-kata Dato Laksamana Hang Tuah...
Takkan Melayu Hilang Di Dunia...
Walau nampak seperti berkelam-kelam...
Akan menjadi kenyataan jua akhirnya...
Kalau mahu dikaji dan ditahkiq akan maksudnya...
Kalau mahu direnung siapa yang berbicara...

Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini,
Apakah misteri, apakah yang dicari...
Sedangkan ribuan mencari dan berusaha merungkai misteri...
Takkan dijumpa dan ditemui...
Kalau bukan dengan petunjuk Ilahi...

Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini, 
Senjata unik, milik Melayu asli,
Senjata hebat, lambang kepahlawanan Melayu sejati...
Senjata ampuh, hanya untuk Melayu yang berani...
Bukan untuk gandingan di majlis perkahwinan...
Bukan untuk santapan dalam almari hiasan...
Senjata pelik, senjata misteri...
Sekali dihunus, perang boleh terhenti...
Sekali dilibas, 1000 musuh boleh mati...
Sekali dibelah, gunung boleh terbelah...

Tanah ini, kepulauan ini, keris di sini,
Jangan menyibukkan diri mencari-cari...
Kelak bertemu yang bukan asli...
Lebih banyak padah dan bahaya menanti...
Biarkan ia, usah fikirkan, usah risaukan...
Kerana itu Rahsia Ilahi...
Kerana itu Amanah Ilahi...
Hanya pada yang layak akan diberi...
Dari DIA sendiri melalui mereka di sepanjang tali...


*Nukilan hasil ..... Malam Jumaat 23 Jamadilakhir 1432..

1 ulasan:

  1. hamba dah padam satu iklan di sini...Maaf, blog ini bukan utk iklan macam2...

    BalasPadam