Khamis, 9 Jun 2011

Ke Arah Kosong : Pandangan Terhadap Dunia (Futuhul Ghaib SAQJ)

Assalamu'alaikum,

Apabila kamu melihat dunia dalam tangan orang-orang ahli dunia dengan hiasan dan kekosongannya, penipuan dan perangkapnya, dan dengan racunnya yang membunuh, yang diluarnya lembut, yang di dalamnya mencederakan, dan cepat pula merosak dan membunuh sesiapa yang memegangnya dan menipu mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam dosa dan maksiat.  Apabila kamu lihat semua ini, maka hendaklah kamu bertindak selaku seorang yang melihat seorang lain membuang air besar yang membuka anggotanya yang sulit dan mengeluarkan bau yang busuk. Dalam keadaan itu, kamu hendaklah menghindarkan pandangan terhadap ketelanjangannya itu dan menutup hidungmu supaya tidak berbau yang busuk. Begitulah kamu bertindak terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya, hindarkan pandangan dari pakaiannya dan tutup hidung kamu dari membau keseronokannya yang tidak kekal, mudah-mudahan kamu terselamat darinya dan cubaan-cubaannya. Apa yang telah ditetapkan untuk kamu, tentu kamu akan merasainya. (halaman 26).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan