Jumaat, 10 Jun 2011

Singgah Sebentar di Kuala Lipis, Pahang

Assalamu'alaikum,

Selepas berehat dan makan tengahari di Lata Jarum, kami menuju ke Kuala Lipis. Diuji Allah Taala, penghawa dingin kereta tidak berfungsi. Timbul persoalan, nak teruskan ke Kelantan atau balik rumah. Hamba boleh bertahan kalau tak ada penghawa dingin dalam kereta, tapi anak2 dan mak anak mungkin 'bermasalah'.  Alhamdulillah, terbuah satu idea, ke kedai servis kereta, masukkan gas dulu, biasanya dapat bertahan dalam 4-5 hari.... kalau nak suruh mekanik tengokkan, sistem penghawa dingin kereta hamba ni 'komplikated' sikit...Seorang mekanik yg juga kawan hamba selalu pesan, ambil masa kalau nak tengok apa masalah yang sebenarnya... ehmmm, jadi kami ke Kuala Lipis, mencari kedai untuk masukkan gas ke dalam sistem hawa dingin kereta. Alhamdulillah, selepas bertanyakan seorang tua di simpang ke Ulu Dong, kami meneruskan perjalanan ke arah Utara dan masuk ke Kuala Lipis dan seterusnya berjumpa dengan sebuah kedai hawa dingin. Kedai milik orang Cina ini memang pakar bab hawa dingin. Selain kereta, kedai ni juga servis peti ais dan hawa dingin rumah. Alhamdulillah, lepas masukkan semula gas, penghawa dingin kereta dah sejuk balik walaupun melayang juga RM50....bukan rezeki kami RM50 tu...:-)

Seterusnya, kami masuk ke Bandar Kuala Lipis.  Hamba dan keluarga pernah lalu jalan ke Gua Musang melalui Kuala Lipis ini tetapi tak pernah singgah nak tengok Kuala Lipis. Jadi kami masuk nak tengok Bandar atau Pekan Kuala Lipis...Hamba sempat rakamkan satu masjid lama yang dibina tahun 1888, nanti nak kena singgah ni pada masa depan...Dah 123 tahun masjid tu...yang hairannya tertulis 'Masjid Negeri'...mungkin masjid negeri Pahang dulu2, tak pulak hamba tanya orang di situ. Kami juga ke Bandar Baru Kuala Lipis, dan kecil saja bandar baru ni, sebesar satu seksyen di Shah Alam atau setengah seksyen saja. Kami berhenti sekejap dalam 15-20 minit di depan sebuah kedai. Yang ni slot 'isteri' pula.... Akhir sekali, kami berhenti di Masjid Sultan Mahmud dan solat Jamak di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Gua Musang.



Masjid ini dibina tahun 1888

Bandar Baru Kuala Lipis


Pasar Bunga Cengkih

Kompleks Perniagaan

Terminal Anggerik - Stesen Bas yang baru

Kawasan perumahan pun tak besar mana

Kami solat Jamak di masjid ini - Masjid Sultan Mahmud.

Google Map untuk masjid ini...


2 ulasan:

  1. Kuala Lipis pernah menjadi ibunegeri Pahang satu masa dulu. Hari ini Kuala Lipis merupakan bandar pengeluar emas utama di Malaysia. Lombong emas Penjom khabarnya menghasilkan lebih dari 90% hasil emas untuk pasaran tempatan.

    SRD

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tuan SRD...ehmmm jadi selesailah misteri masjid lama 1888 yg tertulis masjid negeri...

    BalasPadam