Selasa, 12 Julai 2011

Bersama Kita Memanfaatkan Nisfu Syaaban

Assalamu'alaikum,


Keutamaan Bulan Syaaban
Banyak yang telah diperkatakan tentang keutamaan Bulan Syaaban.  Para pembaca boleh melihat kembali artikel-artikel / posting sebelum ini berkaitan Bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban. Ringkasan tentang keutamaan Bulan Syaaban hamba senaraikan di sini:
1)Dalam Hadis, bulan Syaaban bulan RSAW paling banyak berpuasa selain Puasa Ramadhan.

2)RSAW juga hanya berpuasa penuh selain Ramadhan pada bulan Syaaban (rujuk Hadis)

3)Mengikut hadis juga, ada ketikanya RSAW berpuasa penuh sepanjang bulan Syaaban dan ada ketikanya tidak.

4)Bulan Syaaban merupakan bulan kesukaan RSAW untuk berpuasa (Hadis sanad Hasan)

5)RSAW suka amalannya dingkat bersama 'puasa' baginda (An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi)((HR Ahmad dan Nasai – Sunah Abu Dawud)

6)RSAW tidak meninggalkan puasa Isnin dan Khamis dalam bulan Syaaban (An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi)

7)Bulan teragung selepas Ramadhan ialah bulan Syaaban.
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Ringkasnya dalam mengikut Sunnah RSAW, antara amalan utama Junjungan RSAW dalam bulan Syaaban adalah berpuasa. Bulan paling afdal berpuasa selain Ramadhan juga ialah Syaaban. RSAW dikatakan sama ada berpuasa penuh, tidak meninggalkan puasa Isnin dan Khamis dan banyak berpuasa dalam bulan Syaaban ini. Jadi berpuasa penuh dalam bulan Syaaban ada dalilnya, bukanlah umat Islam buat ikut suka sahaja. Bagi ulamak hadis dan ulamak fiqh, mereka lebih arif asbab, mengapa RSAW ada ketikanya berpuasa penuh dan ada ketika tidak berpuasa penuh dalam bulan Syaaban.
 
Nama Lain Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban juga diberikan beberapa nama lain oleh para ulamak. Antaranya ialah Lailatul Mubaarokah (Malam keberkahan), Lailatul qismah (Malam pembagian), Lailatut Takfiir (Malam pengguguran dosa), Lailatul Ijaabah (Malam pengabulan doa), Lailatu ‘iidil malaaikah (malam hari raya malaikat), Lailatusy Syafa’ah (Malam pemberian syafa’at), Lailatul Baraa ah (malam pembebasan), dan Lailatut Ta’dziim (malam kemulian)

Tempoh Masanya Nisfu Syaaban Itu
Tempoh Masa Nisfu Syaaban itu adalah dari dari waktu Maghrib (matahari terbenam) sehingga terbitnya Fajar.  Ini dapat dilihat dari hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika malam nishfu Sya’ban tiba, maka salatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, karena sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu Aku menyelamatkannya, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar. (HR Ibnu Majah).

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….

“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hamba-Nya)“



Amalan Yang Penting Pada Nisfu Syaaban

1)Berpuasa Sunat pada siangnya
Lihat dan kaji hadis di bawah. Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Jika dikaitkan dengan (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari), maka RSAW juga berpuasa pada tiga hari berturut-turut iaitu pada 13,14 dan 15 Syaaban. Mengapa RSAW berpuasa pada siangnya juga dijelaskan dalam hadis tersebut. Kalau tak dapat buat pada tiga hari itu, maka lakukanlah pada 15 Syaaban sahaja. Tiada paksaan dalam beragama. 

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (Riwayat An-Nasaie).

2)Mohon Pengampunan Allah Taala
Kita digalakkan memohon pengampunan dari Allah Taala pada malam Nisfu Syaaban. Rahmat dan maha pengampun Allah Taala pada malam Nisfu Syaaban berbeza dengan malam selainnya sepertimana maksud hadis. Ini dijelaskan dalam Hadis (Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani) (H.R. Baihaqi)(HR Tirmudzi, Ahmad dan Ibnu Majah), (Musnad Imam Ahmad hadits no.24825), (HR Ibnu Majah), dan (Shahih Ibn Hibban hadits no.5755)   Bagaimana memohon pengampunan dari Allah Taala?  Bab ni seeloknya tanya guru mursyid kerana guru mursyid arif dalam 'memberikan amalan yang bersesuaian' dengan peringkat anak murid. Umumnya, banyakkan beristighfar, bagi yang mengamalkan Penghulu Istighfar, boleh memperbanyakkan membaca Penghulu Istighfar, bagi yang mengamalkan Istighfar Kabir, boleh memperbanyakkan Istighfar Kabir, bagi yang suka mendirikan solat Sunat Taubat, boleh memperbanyakkan Solat Sunat Taubat. Dan tidak ada salahnya untuk mendirikan solat hajat khusus, memohon atas sifat maha pengampun Allah Taala untuk diampunkan segala dosa dan kesalahan kita kepada-NYA. Ini kerana kita ditunjuki RSAW untuk mendapatkan pengampunan Allah Taala pada malam itu.

Hadis berbeza meriwayatkan golongan berbeza yakni golongan yang tidak mendapat pengampunan Allah Taala seperti orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah),   musyrik dan orang yg pemarah pada sesama muslimin” (Shahih Ibn Hibban hadits no.5755)  ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, (Abi Hurairah r.a)., orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak (Al-Baihaqy)  Semoga kita tidak tergolong dalam golongan seperti itu.

RSAW bersujud lama, Allah Taala memaafkan mereka yang meminta ampunan, memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan menyingkirkan orang-orang yang dengki” (H.R. Baihaqi) .

Sesungguhnya Allah Azza Wajalla turun ke langit dunia pada malam nishfu Sya’ban dan mengampuni (dosa) yang banyaknya melebihi jumlah bulu domba Bani Kalb.” (HR Tirmudzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Berkata Aisyah ra : di suatu malam aku kehilangan Rasul saw, dan kutemukan beliau saw sedang di perkuburan Baqi’, beliau mengangkat kepalanya ke arah langit, seraya bersabda : “Sungguh Allah turun ke langit bumi di malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa dosa hamba Nya sebanyak lebih dari jumlah bulu anjing dan domba(Musnad Imam Ahmad hadits no.24825)

Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”



“Sesungguhnya Allah pada malam nishfu Sya’ban mengawasi seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah)


Sabda Rasulullah saw : “Allah mengawasi dan memandang hamba hamba Nya di malam nisfu sya’ban, lalu mengampuni dosa dosa mereka semuanya kecuali musyrik dan orang yg pemarah pada sesama muslimin” (Shahih Ibn Hibban hadits no.5755)


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.



3)Memperbanyak Solat malam sebagaimana maksud hadis
Memperbanyak shalat malam di malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa keesokannya, sebagaimana Hadits Rasul saw.  

4)Banyakkan Berdoa di malam Nisfu Syaaban (lihat kembali)
Yg paling pokok adalah berdoa, kerana memang ada pendapat para Mufassirin bahwa malam Nisfu Syaaban adalah malam ditentukannya banyak takdir kita.  Imam Syafie juga menyatakan akan peri mustajabnya doa pada malam Nisfu Syaaban.

5)Amalan Para Sahabat, Imam, Wali Allah dan Solihin

a)Baca Yaasin 3 kali
Anda boleh lihat dalam artikel sebelumnya yang telah membahaskan perkara ini. Tiada paksaan dalam beragama cuma harus jelas kalau mahu diamalkan Yaasin 3 kali, tujuan membacanya dan kaedah membacanya agar dalam tatacara yang dibenarkan dalam agama. Kalau mahu cepat habis contohnya, buat apa. Kalau tak dapat 3 kali, tiada ruginya membaca 1 kali sahaja. Akan mereka yang melarang hal ini, hamba selitkan hadis di bawah sebagai panduan.

Barangsiapa membuat kebiasaan baru berupa kebaikan maka baginya pahalanya dan pahala orang yg mengikutinya, dan barangsiapa yg membuat kebiasaan buruk berupa kebaikan maka baginya dosanya dan dosa orang yg mengamalkannya” (Shahih Muslim hadits no.1017).maka pelarangan akan hal ini adalah hal yg salah dan batil.


b)Amalan Saidina Ali k.w.h
Sayidina Ali bin Abi Tholib Karromalloohu Wajhah meluangkan waktunya untuk ibadah pada 4 malam dalam setahun, yakni: malam pertama bulan Rojab, malam 2 hari raya, dan malam Nisfu Syaaban. (Manhajus Sawiy dan Tadzkiirun Nas)

c)Imam Syafie r.m.h
Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam, yaitu malam jumat, malam idul Adha, malam Idul Fitri, malam pertama bulan rajab, dan malam nisfu sya’ban” (Sunan Al Kubra Imam Baihaqiy juz 3 hal 319).

d)Imam Ghazali r.m.h.
Imam Ghazali mengistilahkan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam yang penuh dengan syafaat (pertolongan). Menurut al-Ghazali, pada malam ke-13 bulan Sya’ban Allah SWT memberikan seperti tiga syafaat kepada hambanya. Sedangkan pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh. Dengan demikian, pada malam ke-15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun. Karepa pada malam ke-15 bulan Sya’ban inilah, catatan perbuatan manusia penghuni bumi akan dinaikkan ke hadapan Allah SWT.

e)Sheikh Abdul Qadir al-Jailani r.a.
Tuanku Kanjeng Syaikh‘Abdul Qadir al-Jailaniy berkata, “Malam Nishfu Sya’ban adalah malam yang paling mulia setelah Lailatul Qodr.” (Kalaam Habiib ‘Alwiy bin Syahaab)

f)Universiti Al-Azhar
Al-Azhar sebagai yayasan pendidikan tertua di Mesir bahkan di seluruh dunia selalu memperingati malam yang sangat mulia ini. Hal ini karena diyakini pada malam tersebut Allah akan memberikan keputusan tentang nasib seseorang selama setahun ke depan. Keutamaan malam nisfu Sya’ban diterangkan secara jelas dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali.



Ringkasan Beberapa Pandangan Hamba Yang Jahil Ini

1)Lakukanlah apa yang dilakukan oleh RSAW iaitu berpuasa Sunat di siangnya.
Berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15 Syaaban. Jika kurang mampu, berpuasa sunat pada 15 Syaaban sahaja.

2)Mohon pengampunan Allah Taala pada malam Nisfu Syaaban.

Selain banyak beristighfar, dirikanlah solat sunat taubat. Antara solat sunat taubat yang mudah adalah 1 salam 2 rakaat. Dalam rakaat pertama,  baca surah al-kafirun selepas a-Fatihah. Dalam rakaat kedua, baca surah al-Ikhlas selepas al-Fatihah. Kalau anda baca dalam kitab, banyak lagi saranan para ulamak tentang solat sunat Taubat. Selepas salam, berdoalah dengan istighfar (7 kali sebagai contoh), Doa Taubat Nabi Allah Adam a.s. (7 kali sebagai contoh) dan penghulu istighfar (7 kali sebagai contoh). Ini adalah sebagai contoh. Lakukanlah mana yang mampu dan terdaya, yang terpenting adalah khusyuk dan tawaduk dalam solat, ikhlas dalam berdoa, betul-betul merasai diri kita ini berdosa, bersalah kepada-NYA. Menangislah semahu-mahunya kita kepada-NYA akan salahnya kita, berdosanya kita kepada DIA. Rujuklah guru mursyid, tok guru, ulamak tentang solat sunat taubat ini.

Boleh juga didirikan solat hajat yang khusus. Antara hajat yang sesuai adalah mohon atas sifat maha pengampun Allah Taala, diampunkan segala dosa dan kesalahan kita kepada-NYA, siang dan malam, dulu, kini dan akan datang, zahir, ghaib dan batin, sengaja dan tidak sengaja, segala dosa dan kesalahan atas kesalahan hati kita, atas kesalahan tutur kata, perbuatan, dan kelakuan kita, segala dosa dan kesalahan dari pandangan, penglihatan, pendengaran, perasaan, sentuhan, akal fikiran, dan perjalanan kita, dalam setiap kerdipan mata, dalam setiap hembusan nafas yang keluar masuk.

3)Perbanyakkan Solat Malam pada Malam Nisfu Syaaban. 
Boleh didirikan Solat Sunat Tahajud, Sunat Taubat, Sunat Syukur, dan Sunat Istikharah sebagai contoh.

4)Perbanyakkan solat hajat yang khusus pada malam Nisfu Syaaban.  
Antaranya ialah:-
a)Mohon Allah Taala murahkan dan mudahkan rezeki kepada kita.   (rujuk (HR Ibnu Majah) dan Dari `Aisyah r.a)

b)Jika sedang ditimpa bala, mohon Allah Taala menyelamatkan kita dari bala itu (rujuk (HR Ibnu Majah)./ Ibnu Majah

c)Mohon kasih-sayang Allah Taala. Mohon agar kita mendapat kasih dan sayang Allah Taala sebagaimana Allah Taala kasih dan sayang kepada Junjungan Nabi SAW. rujuk  (H.R. Baihaqi)

d)Memohon Allah Taala menjauhkan kita dari mereka yang hasad dengki. rujuk  (H.R. Baihaqi)


e)Kalau berkehendak kepada anak, mohon diberikan zuriat keturunan, seelok-eloknya mohon dikurniakan anak yang soleh/solehah. (rujuk Dari `Aisyah r.a)

f)Kalau berkehendak panjang umur, mohon ditambahkan dan diberkati umur dan usia. (rujuk Dari `Aisyah r.a).

g)Mohon perlindungan dengan Allah dari seksa-NYA dan murka-NYA (rujuk Doa RSAW)


h)Mohon keredhaan Allah Taala (rujuk Doa RSAW). 

i)Mohonlah apa-apa hajat yang sesuai di atas limpahan rahmat Allah Taala pada malam ini.


5)Jika kurang mampu mendirikan solat hajat, maka banyakkanlah berdoa pada malam ini. Antaranya ialah Doa RSAW "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha."

6)Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Ada begitu banyak selawat, amallah mana yang mampu seikhlas mungkin. Kalau hamba sendiri, Selawat Azimiah memang insya-Allah tak tinggal. 

7)Banyakkan zikrullah pada malam ini.  
Contohnya 'bawa zikir munajat'.

8)Dirikan solat hajat khusus yang sama dalam tiga malam (malam 13,14 dan 15 Syaaban).
Lebih 8 tahun dahulu, hamba ada terbaca dalam sebuah kitab Imam Nawawi r.m.h. mengenai Jibrail AS mengejutkan RSAW untuk bangun malam mendirikan 3 solat  hajat yang sama pada 3 malam Nisfu Syaaban ini. Ringkasnya daripada 3 hajat yang dipohon RSAW itu, dua hajat RSAW dimakhbulkan Allah Taala dan satu tidak iaitu tentang permohonan RSAW agar umat baginda tidak berpecah-belah. Anda boleh rujuk hadis Bukhari atau Muslim tentang permohonan baginda SAW yang tidak dimakhbulkan Allah Taala ini (maaf hamba terlupa Sahih yg mana). Dari itu, hamba kalau ada hajat khusus, kami akan mendirikan solat hajat ini (yang sama) pada ketiga-tiga malam Nisfu Syaaban, mengambil ikhtibar dari pengalaman RSAW sendiri dan juga ada ulasan mengenai perkara ini dari pandangan Imam Ghazali.

Yang penting adalah kita menghidupkan malam itu (rujuk Ibnu Majah) kerana telah dibuka 300 pintu rahmat dan  Rasul SAW menjelaskan banyak kemuliaan malam itu dari Allah swt menjawab doa doa kita. ( Tafsir Imam Qurtubi Juz 16 hal 127. - Sunan Ibn Maajah hadits no. 1388 ) .  
Semoga kita berusaha memanfaatkan malam itu sepenuhnya, berusaha jangan tidur sepanjang bermalam dgn apa saja amal soleh, amal yg baik dan bermanfaat. Sudah ditunjukkan RSAW, para sahabat, Wali Allah, dan para ulamak sufi dalam memuliakan Malam Nisfu Syaaban, mengisinya dan memanfaatkannya sebaik mungkin dan kita membiarkannya sahaja sia-sia.

Ruginya umat Islam yg begitu asyik mencari Lailatul Qadar yg memang susah ditemui kerana ia anugerah pada hakikatnya (tak salah nak  cari Lailatul Qadar), akan tetapi Nisfu Syaaban yg terbentang di depan mata, dibiarkan berlalu begitu sahaja...

wallahu'alam. wassalam.

 

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah tuan

    Terima kasih atas segala tunjuk ajar

    kc

    BalasPadam
  2. ..Mudah2an mendapat berkat & Rahmat Nur Allah SWT.. Mohon REdha & kasih sayangMU Ya Allah hari ini dan seterusnya..Dipermudahkan urusan dunia akhirat & sentiasa dilapangkan pintu kebaikan dan rezeki yg halal .. AMIN

    BalasPadam