Jumaat, 30 September 2011

Masjid Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamu'alaikm,

Dalam kunjungan ke Bukit Bendera sepertimana dalam artikel sebelumnya (2 September 2011), hamba ke Masjid Bukit Bendera. Apa yang istimewa masjid ini? Tiada apa yg istimewa bagi orang biasa...:-)... Masjid ini antara masjid yang kedudukannya terletak antara yang tertinggi di Malaysia selain Masjid Kayangan, Masjid Tanah Rata dan Masjid Ringlet di Cameron Highlands.

Satu-satunya masjid di kawasan ini

Kawasan imam dan mimbar

Ramai juga umat Islam yang datang bersolat

Kubahnya biasa2 saja

Kawasan perempuan bersolat di bahagian belakang

Tempat berwudhuk, sudah kosong, pakai paip sajalah..


Rumah imam atau bilal, tak ingat pulak...

Kemudahan bilik air disediakan

Wakaf yang disediakan di luar


Dari kawasan yang berhampiran dengan 'kawasan larangan'

Kawasan hutan sebelum sampai ke puncak Bukit Bendera 'bukan sebarang kawasan'. Orang Pulau Pinang, Jabatan Pertahanan Aawam Malaysia, Polis, Tentera tahu bab ni...


Kalau anda ke Bukit Bendera, jangan lupa ke masjid ini. Kalau dah bersolat sekalipun, pergilah dan masuklah dan dirikanlah Solat Sunat Tahiyatul Masjid...

Dirasmikan pada tahun 1966 oleh Gabenor pada waktu tersebut, Raja Tun Uda, emhhh, dah 45 tahun usia masjid ini...

Dalam sebuah kitab lama, dikatakan Makam Raden Mas terletak di puncak Bukit Bendera....Siapa Raden Mas, di mana makamnya, mengapa di Bukit Bendera? Hamba serahkan kepada pembaca untuk mencarinya...:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan