Asssalamu'alaikum,
Ini merupakan beberapa petua hamba sendiri dalam menziarahi guru-guru mursyid dan alim-ulamak. Yang pertamanya, betulkan niat kita dalam menziarahi iaitu bukan untuk mencari kesalahan dan kelemahan guru yang ingin kita ziarah. Di sini, hendaklah kita berprasangka baik dengan guru mursyid yang ingin kita ziarah. Kedapatan sebahagian guru mursyid yang sengaja 'menguji' mereka yang ziarah dengan perkara-perkara yang pelik, atau berkelakuan yang pelik-pelik. Ada guru mursyid yang sekadar menerima dan melayan tetamunya di beranda rumah, maka terimalah itu caranya. Ada guru yang menerima anak murid dan makan sekali bersama tetamu/anak muridnya, bersyukurlah kalau begitu. Ada anak murid yang tidak dilayan pada kali pertama, redha atas ketentuan begitu, jangan putus ada untuk ziarah lagi. Ada guru yang menerima tetamu dan menyediakan kemudahan penginapan untuk tetamunya, bersyukur juga. Banyak kaedah guru mursyid menerima tetamu, bersyukurlah dengan apa yang kita tempuhi. Ada yang dimarahi pada kali pertama bertemu, bersyukurlah juga atas 'marah' itu kerana kita ini memang banyak salah-silapnya. Yang penting betulkan niat kita menziarahi. Susah nak dapat niat ziarah lillahi taala, kalau niat sekadar menghubungkan silaturrahim sesama Muslim pun baik juga.
Keduanya, jangan kita terhijab dengan isteri, anak-anak guru atau anak-anak muridnya yang lain, jangan terhijab dengan rumahnya, cantiknya atau buruknya, jangan terhijab dengan perhiasan atau bukan perhiasan yang ada di dalam rumahnya, jangan terhijab dengan harta-hartanya. Bukan itu yang kita cari dari seorang guru mursyid, bukan isteri, anak-anak, rumah, hartanya. Bacalah dan kajilah bagaimana Baginda Nabi SAW mengembangkan Islam pada awal-awalnya. Bacalah dan hayatilah kisah Nabi-Nabi yang lain dan suruhan-suruhan Allah Taala yang ada di dalam kitab Al-Quran. Ada ilmu yang benar yang Allah Taala 'letakkan' pada mereka-mereka yang 'terasing', 'pelik' dan 'ganjil'.
Ketiganya, jika berada dekat dengannya, berusahalah seberapa dekat dengannya, sama ada bersebelahan atau duduk bertentangan dengannya. Moga-moga limpahan nur dan rahmat Ilahi yang ada pada dirinya itu 'melimpah' dan dapat kita sama-sama merasainya. Jagalah adab, kata-kata dan perbuatan sepanjang berada di sampingnya. Bertanya jika diminta bertanya, jangan potong cakapnya, jangan tunjuk pandai di hadapannya, apa-apapun lakukanlah dengan penuh adab dan sopan selayaknya sebagai seorang Muslim.
Keempat, fokus kepada kebenaran ilmu dan kata-katanya, pasti tidak lari dari Al-Quran dan As-Sunnah. Ilmu yang benar, itulah yang kita cari. Sudahkan anda membaca kisah-kisah Wali-Wali Allah dahulu yang diuji macam-macam sebelum mengenali seseorang guru itu mursyid. Pernahkah anda membaca kisah Wak Kandar di Johor? Pernahkah anda belek kisah Tok Peramu di Kuantan? Fahamkah anda kisah Nabi Khidir A.S. dan Nabi Musa A.S. di dalam Al-Quran? Jangan terhijab ilmu anda dengan 'ilmu yang anda miliki' sahaja. Anda akan 'menyempitkan' ilmu Allah Taala kemudiannya.
Kelimanya, kalau ada masa dan kelapangan, sebelum sampai bertemu dengannya pada kali pertama dan kali-kali seterusnya, mohonlah kepada Allah Taala, sama ada melalui doa ataupun solat hajat, jika ada apa-apa ilmu, amalan, petua disisi guru itu yang baik disisi Allah untuk diri sendiri, isteri, dan anak-anak, mohon Allah Taala membukakannya kepada kita. Kalau tak dapat apa-apa pun redha atas kehendak dan ketentuan-NYA.
Itulah sepintas lalu petua-petua hamba dalam menziarahi guru mursyid dan alim-ulamak. Moga-moga ada manfaatnya. Wassalam.
Bagus petua ziarah guru mursyid anda...susah mencari guru yang kuasai dunia dan akhiratnya bersamaan cinta akhirat tapi tidak tinggal kan dunia berzikir bukab hanya di tikar sejadah sahaja;;;buat apa yg di katanya
BalasPadamWww.dewanbagsharif.com
BalasPadamLihat bahagian (wazifa)
Berat bg kalian untk memamahi sesuatu yg tersurat dan tersirat yg zahir dan batin yg syariat dan rohani..bg sahabatku yg ingin mengenal rasul dan Allah..perlulah binbingan dari mutajjid betaraf wali Allah..dari keturunan Saw,fatimah az-zahra,hassan..ahlul ba'id..yg dtunggu2 oleh dunia..setiap percakapan x kan terhenti..melainkan pergilah kalian walaupun terpaksa merangkak!!!demi hanya bermodalkan wang rm1000 pergi dan balik dari kl..pergilah demi kebenaran akhir zaman..penghidup muhammadi islam!!!saksikan pertemuan dmi mahukan petunjuk..dan kebenaran!!!!!