Assalamu'alaikum,
Hamba sertakan beberapa ayat dalam kitab Al-Quran yang mulia tentang peristiwa Nabi Musa A.S. mencampakkan tongkat baginda apabila berhadapan dengan beberapa ahli sihir... Peristiwa ini memanglah mukjizat Nabi Musa A.S. tetapi peristiwa 'mencampakkan tongkat itu' dan sehingga akhirnya ahli sihir itu mengaku kalah dan beriman dengan Allah dan Nabi Musa A.S. mengandungi usul tauhid yg cukup tinggi kalau nak dikaji dan dibahaskan. Rujuklah guru mursyid untuk mendalami. Wassalam.
Surah AlQasas. Ayat 031.
Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. (Dia pun mencampaknya), maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman.
| |||||
Surah AnNaml. Ayat 010.
Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-Rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,
| |||||
Surah AlA’raaf. Ayat 115.
Mereka berkata: Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?
| |||||
Surah AlA’raaf. Ayat 107.
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
| |||||
Surah AsySyu’araa. Ayat 032.
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
| |||||
Surah Taahaa. Ayat 020.
Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
| |||||
Surah AlA’raaf. Ayat 116.
Nabi Musa menjawab: Campakkanlah kamu (dahulu)! Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).
| |||||
Surah AsySyu’araa. Ayat 043.
Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan.
| |||||
Surah Yunus. Ayat 080.
Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (dari benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!
| |||||
Surah Taahaa. Ayat 019.
Allah Taala berfirman: Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan