Ahad, 25 November 2012

Panglima Bagus Karang Dan Panglima Bagus Sekuning

Assalamu'alaikum,

Ada dua makam panglima dalam pondok ini. Sepertimana 'adat orang Indonesia', ziarah ke makam dipenuhi dengan pelbagai adat, ritual dan mistik. Bunga yang ditabur, colok yang dipasang dan macam2 lagi khazanah di makam2 orang-orang tertentu di Indonesia. Kubur juga dipuja oleh sebahagian orang Indonesia untuk tujuan tertentu. Kebanyakan adat, ritual ini lebih menjurus kepada perkara khurafat dan syirik dalam Islam. Sebaik-baiknya jauhilah adat dan ritual yang tiada nas dari Al-Quran dan As-Sunnah ini.  Justeru itu, kebanyakan makam/kubur di Indonesia dipenuhi dengan makhluk-makhluk bukan hak, dari bangsa jin yang pelbagai dan dewa-dewi yang menunggu manusia-manusia memuja-muja kubur yang diziarahi. Kubur tidak boleh memberi manfaat kepada manusia yang hidup. 

Isunya adakah roh-roh yang bersih dan suci dalam kalangan pemilik makam 'suka berada' di tempat-tempat yang dipenuhi dengan khurafat dan kesyirikan? Adakah mereka 'akan turun' jika kita menziarahi makam-makam mereka dan kita melakukan pelbagai kemungkaran dan kesyirikan? Wassalam.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan