Rabu, 21 November 2012

Makam Panglima Tuan Djunjungan di Bukit Siguntang

Assalamu'alaikum,

Tanggal 19 Oktober, hari Jumaat, hamba ke Bukit Siguntang yang terkenal dalam sejarah Melayu dengan pelbagai dongeng, lagenda dan fakta. Walaupun hamba mempunyai pelbagai darah keturunan dari Melayu Kedah, Melayu Patani dan Melayu Acheh, itu yang diketahui setakat ini, hamba kira Nusantara adalah tanah untuk orang Melayu seperti Benua Kecil India untuk orang India, Tanah Besar China untuk orang Cina dan Timur Tengah untuk orang Arab. Itu sejarah sebelum zaman globalisasi ini. Ditakdirkan Allah, hamba nak tukar matawang rupiah sebab terlupa dan tak sempat tukar di Malaysia, UNSRI 'memberikan' Pak Supirnya untuk membantu hamba menukarkan wang Ringgit ke Rupiah. 

Kalau anda berjiwa pengembara seperti hamba dan pernah mengembara ke sana-sini, nak tukar matawang, jangan ke bank. Hamba dah tanya orang Palembang dan diberitahu lokasinya di depan hotel Lembang di ibu kota. Hamba bersama Pak Supir ke situ dan apabila hamba nak ke kedai Money Changer, orang di situ memberitahu ada tempat lebih murah tukarannya iaitu di kaki lima tidak jauh dari situ. Hamba bertemu dengan tokey money changer yang beroperasi di kaki lima dan memang betul kadar tukarannya paling menguntungkan hamba. Kemudian memandangkan masa masih ada sebelum masuk waktu Jumaat, hamba bertanyakan tentang Bukit Siguntang dan Pak Supir UNSRI bersetuju membawa hamba ke situ. 

Setelah tiba di situ, makam pertama yang hamba ziarah adalah Makam Panglima Tuan Djunjungan. Kalau anca tiba di sini, pelbagai versi sejarah ada tentang setiap makam di sini. Pak Supirnya cerita lain, pemandu pelancongnya cerita lain, jumpa orang itu ceritanya lain. Takpalah...apa-apapun hamba ziarah saja, bukan apa-apa sebab hamba memang sukakan sejarah. Tak banyak cerita tentang Panglima Tuan Djunjungan yang ada di internet, hamba sertakan dua URL kalau anda mahu korek pelbagai versi cerita tentang kawasan ini.

http://suryawardana.com/asalketik/mitos-seputar-sriwijaya-malaka-dan-gunung-jempol/

http://yasirmaster.blogspot.com/2011/09/misteri-sriwijaya-di-bukit-siguntang.html

Waktu yang betul adalah kurang sejam dari waktu dalam gambar kerana waktu dalam gambar adalah waktu Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan