Isnin, 14 Januari 2013

Air Terjun Kota Tinggi

Assalamu'alaikum,

12 November 2012, hamba sekeluarga ke Air Terjun Kota Tinggi. Kali pertama hamba sampai ke Kota Tinggi adalah pada tahun 1992.  Selepas menaiki Bas dari Mersing, hamba singgah ke Kota Tinggi. Hamba naik bas dari Kota Tinggi ke Air Terjun Kota Tinggi. Malamnya hamba tumpang bermalam di Surau Bandar, Kota Tinggi. Tak tahulah sama ada surau bandar ini masih wujud. Kalau bersama isteri dan anak-anak, ini kunjungan ke 3 atau 4...dah lupa. Kami sengaja datang hari Isnin, nak mengelakkan hari cuti, tempat sebegini pasti penuh, apatah lagi cuti sekolah. 

Selepas bersarapan pagi di rumah adik ipar di Pasir Gudang, kami pun bertolak ke sini,,, itupun dah lewat sedikit kerana bateri belum penuh. Bayaran masuk boleh tahan, hamba dah lupa. Maksudnya kalau nak masuk, pastikan anda menghabiskan masa yang panjang, kalau tidak rugilah. Makanan luar tidak boleh dibawa masuk. Kalau dibawa, pengawal suruh habiskan atau tinggal dalam kereta. Hamba dah tahu taktiknya. Boleh bawa makanan luar, simpan dalam beg baju, sorok2 sikit. Pengawal memang tak periksa beg pengunjung. Jadi makanan kami selamat dibawa masuk ke dalam...he3...

Hamba, isteri dan anak-anak menghabiskan banyak masa juga di sini...ehmmm, berapa jam ya? Rasanya 4-5 jam juga...Petangnya hujan waktu nak bertolak balik, jadi hamba tak sempat ambil gambar-gambar sekitar kawasan sini. Jadi banyak gambar di sini hamba ambil dari internet.  Satu kurang Air Terjun di sini ialah tiada kolam untuk kanak-kanak. Pihak pengusaha sepatutnya mengempangkan dan buat satu kolam untuk kanak-kanak, dengan kedalaman satu kaki ke dua kaki...Kena ikut Gunung Ledang di Sagil, banyak kolam untuk kanak-kanak...Selepas puas berendam di sini, kami singgah solat di sebuah masjid dan seterusnya ke Johor Lama dan Makam Laksamana Bentan....tunggu!!!













Ini gambar hamba ambil sendiri



Tiada ulasan:

Catat Ulasan