Isnin, 28 Januari 2013

MAHA 2012 - Luar Dewan

Assalamu'alaikum,

Sambung dari cerita MAHA 2012 di dalam dewan. Kita ke luar dewan. Setelah masuk-keluar beberapa dewan, kami ke luar dewan pula.

Beberapa jenis permainan turut disediakan kepada pengunjung....ehmmm, MAHA dah nak jadi apa ye??? Jangan jadi konsert sudahlah...jangan lari dari objektif asal!!! 


Fun-Fair pun dah ada??? Sebelum ini hamba tak pernah lihat fun-fair dalam MAHA...Pembaharuan, tetapi adakah ianya baik untuk pengunjung??? 

Hujan, kami dok bawah khemah saja... 

Inovasi pertanian diharuskan dalam Islam asalkan tidak bercanggah dengan hukum-hakam, tidak memudaratkan manusia.... 


Kalau bukan kerana amanah menyampaikan ilmu dan berdakwah 'secara berhikmah', hamba dah jadi petani moden kerana ia sesuai dengan jiwa hamba...:-)

Waktu hamba mula-mula kahwin dengan isteri hamba, 16 tahun dahulu, beliau dan keluarga beliau kurang makan salad dan sayuran segar....Sekarang isteri hamba suka makan salad, tomato dan lain-lain, hasil didikan suaminya...:-)


 Teknologi membolehkan buah-buahan dan sayuran dipercepatkan tumbesarannya, ditingkatkan produktiviti dalam keluasan yang sama, dan lebih berkhasiat...


Pengalaman tinggal di luar negara tiga tahun 9 bulan membolehkan hamba semakin sukakan salad dan rakan-rakan salad... 



Penyakit di Malaysia ni, kita minum madu Malaysialah... penyakit di Yaman/Timur Tengah, minumlah madu di sana...Khasiat madu tak sama antara negara/kawasan... 

 Permainan pinball pun ada... hamba bertambah hairan, mungkin maksud penganjur adalah bersukan sambil  melawat gerai/pameran atau melawat gerai/pameran sambil bersukan??? Mana yang betul?

Kalau nak beli benih pokok-pokok, kat MAHA macam2 ada... 

 Benih Durian D24...

Lihat orkid sepintas lalu...Sempat berjumpa dengan rakan sekolah menengah hamba yang dulunya hobi menanam orkid dan kini dah jadi perniagaannya. Hamba dah kira-kiranya 20 tahun tidak bertemu secara nyata dengan beliau. Industri orkid negara dimonopoli oleh pengusaha bukan Muslim walaupun pegawai Jabatan Pertanian adalah dalam kalangan anak bangsa. Beliau yang merupakan bekas jurutera dan pengurus di sebuah kilang antarabangsa di Bayan Lepas menceritakan bagaimana pengurusan kanan kilang tersebut yang beragama Hindu mendiskriminasi dan menganaktirikan jurutera dan kumpulan pengurusan berbangsa Melayu dan Cina...

Bab diskriminasi kaum di Malaysia bukan isu rasis tetapi fakta. Kajian pensyarah USM di Pulau Pinang membuktikannya secara jelas dan saintifik. Sesiapa bekerja di kilang MNC/Antarabangsa dan kilang tempatan pun tahu. Tak payah heboh-heboh nak kata ia isu rasis. Ia adalah kenyataan. Hamba sendiri pun pernah mengalaminya apabila bekerja di sebuah kilang milik syarikat tempatan di Nilai, NSDK sebelum sambung pengajian dan tukar tempat kerja. Dalam kita tidak boleh berlaku zalim untuk tidak adil/menzalimi orang bukan Islam, kita juga tidak boleh terlalu berprasangka baik dengan mereka bukan Islam. Bacalah dan hayatilah peringatan yang disampaikan Allah Taala dalam Al-Quran tentang agenda bukan Islam terhadap orang Islam.  Jangan ambil hati orang bukan Islam sampai hak-hak kita digadaikan, peluang-peluang untuk orang  Islam digadaikan, jangan ambil hati orang bukan Islam untuk menang pilihanraya sedangkan sesama orang Islam berlainan parti kita anggap sebagai musuh!!! Tidakkah pelik kita mengambil hati orang bukan Islam dan meraikan mereka dalam majlis hari lahir dan sebagainya, tetapi kita mendoakan tidak baik untuk mereka yang sama agama!!!

Bersatulah atas nama Allah dan Rasul, bukan atas nama menang pilihanraya!!! 





 Selepas solat Maghrib, kami ke gerai ini di dalam khemah berbumbung...


Perlu bezakan masakan Islam dengan masakan bukan Islam, bukan bezakan masakan Melayu dengan bukan Melayu... jangan menanggapi masakan Barat/bukan Melayu sebagai masakan bukan Islam, salah tu...macam kita kata makanan orang Cina sebagai masakan bukan Islam sedangkan berjuta-juta penganut Islam Cina di China pun makan benda tu juga...Masakan cara Islam adalah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah... dalam kita memperjuangkan agenda Melayu contohnya dalam kerangka kerja kepentingan umat Islam di Malaysia, jangan pula sempitkan agenda Melayu dalam pelbagai perkara..

 

 Teh peria keluaran Melayu/Islam



 1001 minyak wangi yang sesuai untuk beribadat



Champs keluaran syarikat farmaseutikal Muslim... Industri farmaseutikal negara masih dikuasai oleh pelabur asing dan bukan Muslim... kalau terjadi perang atau pemboikotan ke atas negara Islam, memang kita akan kehabisan ubat dalam masa yang singkat... 

 Apabila zaman dah berubah, organisasi seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) harus direkayasa semula, diberi nafas baru...Itu tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani



Orang Melayu/Islam di Malaysia harus berhenti jadi ali-baba...tempel nama, ambil komisen atas angin...Kena berubah dan gambar di atas adalah buktinya... 


90% pemamer di MAHA adalah usahawan Melayu/Muslim dan 90% pengunjung juga kaum Melayu... 


Apabila dah lapar, kami ke gerai makanan yang terletak bawah khemah yang besar ini...Ada lebih 100 gerai yang menjual pelbagai juadah dan masakan Malaysia...Ini satu pembaharuan yang baik, mengelakkan peniaga menjual makanan yang sama dan mempopularkan keunikan dan kepelbagaian masakan Malaysia


Hamba makan mee udang lipan... udangnya geli nak makan, kena pejam mata baru telan...:-) 

Jam 9 malam lebih, kami kembali ke kereta dan pulang ke rumah.. Sempat beli beberapa biji buah durian dan anak pokok. Pengalaman MAHA 2012 memang mengujakan walaupun tak pusing habis kerana hujan dan kekangan masa.  Banyak perubahan dan penambahbaikan berbanding 2010 dan 2008, cuma beberapa perubahan hamba rasakan tidak sesuai. MAHA sepatutnya mengekalkan objektif asalnya, iaitu pameran dan ekspo berkaitan pertanian dan hortikultur, bukannya mengajak pengunjung untuk turut 'berhibur'.  Harap-harap Pak Menteri yang jaga MAHA maklum. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan