Ahad, 17 Februari 2013

Eagle Feeding - Langkawi Island (Bagi Makan Helang)

Assalamu'alaikum,

Selepas bertolak dari jeti, aktiviti pertama kami adalah Eagle Feeding atau bagi makan helang. Aktiviti ini pernah dirakamkan dan masuk dalam Majalah Tiga.  Semua anak hamba termasuk isteri hamba begitu teruja dengan aktiviti ini.

Kelihatan radar di puncak bukit. Radar ini dapat mengawasi dan memantau kawasan Utara tanah air.

Hamba dimaklumkan oleh pemandu pelancong/jurumudi kami bahawa ramai orang dari Eropah membawa kapal layar mereka dan 'parkir' di Langkawi, kawasan ini (bukan kawasan sebelah Teluk Malai) kerana kosnya yang murah. Setahun sekali mereka turun ke Langkawi dengan kapal terbang dan bersama kapal layar mereka.


Cuaca hari ini elok sekali

Hutan bakau dah mula kelihatan




Kawsan ini dahulunya tempat bakar arang. Kayu bakau dibakar berbulan-bulan di sini sehingga menjadi kayu arang. Apabila Langkawi menerima status Geopark, maka aktiviti ini ditamatkan kerana merosakkan alam sekitar.

Ada lebih kurang empat 'rumah bakar arang' di sini.

En. Hafiz, jurumudi kami mengangkat enjin bot dan membuatnya berbunyi seperti suatu untuk menarik perhatian burung helang

Burung helang dah mula berkerumun di atas kami


Semakin lama, semakin banyak burung helang yang datang

Makanan yang disediakan untuk Burung Helang ini adalah kulit ayam. Kulit ayam ini diperolehi dari restoran terapung di kawasan sungai ini. Satu perkara yang menarik adalah pemandu pelancong/jurumudi dilatih agar tidak memberikan terlalu banyak makan kulit ayam kepada burung helang ini untuk memastikan spesis ini tidak berpenyakit / mengalami macam2 penyakit kerana memakan kulit ayam. Kalau 4-5 bot datang sekali, maka hanya satu bot dibenarkan untuk memberikan Burung Helang ini makan kulit ayam. Burung pun dipelihara agar tidak terancam dan pupus. Kulit ayam juga diberikan kerana ia terapung di atas air, tidak tenggelam. Seperti yang anda mungkin tahu, mata burung helang amat tajam dan mereka mampu menjunam dari kawasan tinggi untuk menangkap/mencengkam makanan/dll di atas air/daratan......Yang peliknya, ramai  manusia suka pula makan kulit ayam!!! Tu kena penyakit macam-macam.

Sepengalaman hamba, memang berbaloi aktiviti Eagle Feeding ini... Pergi, saksikan dan rasa sendiri kenangan ini.

Sepengalaman hamba, binatang akan 'jinak' / tak lari dengan kita kalau kita tiada niat buruk terhadap mereka. Di taman-taman bunga di London contohnya, tupainya amat jinak. Kita boleh beri mereka makan di atas tapak tangan.



Ada dua jenis Burung Helang yang datang iaitu Helang Laut dan Helang Bukit



Dalam 4-5 minit, aktiviti ini pun selesai...Helang pun beredar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan