Rabu, 27 Februari 2013

Laksa Power Berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Assalamu'alaikum.

Ada satu tempat yang 'wajib' hamba kunjungi kalau ke Langkawi iaitu Laksa Power. Laksa Power terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Masih pada 2 Disember 2012, kami mencari Laksa Power. Dulunya tak ada apa-apa kat sini. Pengusaha Laksa Power dengan vannya, pembantunya dan beberapa buah kerusi dan meja sahaja. Kini, medan makan dan tempat letak kereta yang lebih selesa disediakan dan berhampiran dengan pantai.  Selain Laksa Power, ada beberapa menu lain yang ada dan pengusaha-pengusaha makanan yang lain.


Char Kuey Teow dan Mee Udang Ketam pun ada...

Siapa tak suka laut? Deruan ombak dan sapuan angin begitu mengasyikkan....Cuba dengar angin dan ombak memuji-muji nama Ilahi.....Kenapa pula kita sebagai khalifah Allah tidak mahu memuji-muji Diri-NYA.

Ramai orang...Meja dan kerusi lebih tersusun. Lantai lebih bersih...


Hamba tengok, lampu pun ada. Maknanya, malam pun buka...lain kali nak datang waktu malam pula...

Rojak ada

Pelangi...hamba dan isteri ada sejarah tersendiri berkaitan Pelangi...

Ni Laksa Power...memang power!!!

Pantainya bersih tetapi tak ramai yang mandi-manda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan