Rabu, 27 Februari 2013

Menyelusuri Sungai - Bagi Makan Monyet

Assalamu'alaikum,

Selepas bagi makan helang, kami terus menyelusuri paya ini. Kelihatan bukit-bukau yang usianya cukup lama. Kalau anda rajin membaca, beberapa bukti di Pulau Langkawi menunjukkan  pulau ini sudah berusia lebih 130 juta tahun, lama tu. Ini antara faktor yang menyebabkan Pulau Langkawi diiktiraf sebagai Geopark, yang diusahakan oleh tenaga akademik dari UKM. Bagi  orang tempatan, pengiktirafan sebagai Geopark mungkin tidak membawa makna apa-apa, tetapi di peringkat dunia, ia suatu pengiktirafan besar. Ini akan menarik ramai pelancong yang mahu melihat keunikan rupa bentuk muka buminya. Pengiktirafan ini juga membolehkan kegiatan-kegiatan yang merosakkan alam sekitar dihentikan. Ini bermakna, pembangunan tidak boleh dibuat suka-suka seperti Pulau Pinang.



Mereka yang cintakan alam sekitar sukakan pemandangan sebegini. Bagi orang biasa, ia tidak membawa makna apa-apa.


Pemandangan sebegini mengasyikkan hamba

Berjuta tahun diperlukan untuk bukit ini berbentuk sebegitu.

Jurumudi kami, En. Hafiz sudah dikenali oleh monyet-monyet di sini....



En. Hafiz memanggil monyet untuk diberi makan





Dengan pelancong, mungkin monyet ini "malu"  tetapi tidak dengan En. Hafiz.


Rapatnya En. Hafiz dengan salah seekor monyet di situ...

Setiap kumpulan monyet mempunyai ketua mereka sendiri.



Ikan pun banyak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan