Selasa, 26 Mac 2013

Tanjung Hantu, Pulau Besar, Melaka

Assalamu'alaikum,

Pada bulan 26-27 Januari 2013, hamba ke Pulau Besar Melaka sekali lagi. Kali ini penting kerana menunaikan salah satu nazar hamba. Bukan apapun, setelah tertunai hajat di hati, cuma niat nak buat kenduri sikit-sikit di Pulau Besar. Hamba keluarkan sedikit wang, pihak Surau Pulau Besar Melaka yang uruskan segalanya. Hamba tak bawa kamera pun, jadi ambil gambar menggunakan telefon hamba. Kali ini anak lelaki sulong hamba, anak kedua nak turut serta. Bawalah, orang tua-tua kata, 'buat semangat'.


Jadual feri dan tambang ke Pulau Besar Melaka dari Anjung Batu

Kawasan ini dinaiki air sewaktu air laut pasang. Jadi masa yang betul adalah penting jika berhajat meninjau Tanjung Hantu.

Sabtu, 26 Januari 2013, memandangkan kami sampai masih awal, takkan nak lepak-lepak kat surau sahaja. Hamba pun dah lama tak masuk hutan. Masuk hutan ada keseronokannya tersendiri. Kalau malam memang boleh dengar macam2, he3...Hamba ambil keputusan untuk ke Tanjung Hantu di sebelah belakang Pulau Besar. Dengan bekalan sebotol air, hamba dan anak lelaki hamba berjalan kaki dan memanjat bukit untuk ke Tanjung Hantu.  Walaupun dah banyak kali ke Pulau Besar, hamba belum pernah dan belum tergerak nak ke Tanjung Hantu. Memandangkan gerak dan isyarat yang kuat dah ada, maka hamba pun ke sana dengan anak lelaki hamba. Rezeki anak agaknya, siapa tahu???


Resort terbiar dari puncak Tanjung Hantu.

 
Ini merupakan kawasan permatang, puncak bukit Tanjung Hantu. Mengapa dinamakan Tanjung Hantu? Orang Melayu terkenal dengan kebijaksanaan mereka dan kemisterian mereka dalam menamakan sesuatu!!! Tanjung Hantu sebenarnya merupakan sebuah Pulau, salah sebuah pulau yang mengelilingi Pulau Besar. Hamba terasa damai sekali ketika berada di Tanjung Hantu. Kalau boleh nak duduk lama-lama kat puncak bukit Tanjung Hantu ni dan tinjau kawasan sekeliling....Tapi apakan daya, masa dan keadaan belum mengizinkan.......Apa ada di Tanjung Hantu sehingga dinamakan sedemikian rupa? Biarlah yang misteri kekal misteri.................


Salah satu lopak  air semasa dalam perjalanan menuju Tanjung Hantu

Kami dah meninggalkan Tanjung Hantu selepas berehat di situ buat bebrapa ketika

Tanjung Hantu dari pantai sebelah Utara Pulau Besar

Kami berjalan merentas hutan dan belukar meninggalkan Tanjung Hantu sebelum masuk semula ke dalam Padang Golf yang terbiar dan meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Kawasan Makam Sultan Arifin. Anak lelaki hamba kata 'suka berjalan dengan Abah, adventurous....'  Macam dalam filem Indiana Jones pulak...he3....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan