Rabu, 22 Mei 2013

Canopy Walk, Taman Negara Pahang D.M.

Assalamu'alaikum,

Pada 11 Februari 2013, Isnin, kami sekeluarga berhajat untuk naik Canopy Walk di Taman Negara. Ini hari terakhir kami di sini kerana perlu check-out dari hotel jam 1200 tengahari.  Kami keluar awal dari bilik hotel, dan terus ke lokasi Canopy Walk. Perjalanan dari Taman Negara ke Canopy Walk adalah sejauh 2km. Jadi pastikan anda bersedia dengan sedikit bekalan minuman. Anak bongsu buat ragam pulak, terpaksa hamba bertukar-tukar dengan isteri mendukungnya.  Alhamdulillah, kami sampai awal dan hanya sepasang Orang Putih yang ada. Lihat gambar di bawah untuk mengetahui waktu Canopy Walk dibuka.  Kami orang ketiga yang naik Canopy Walk. Anak kedua dan ketiga tak ada masalah, suka saja, tak takut pun naik Canopy Walk. Sekali lagi, anak bongsu buat ragam, tak mahu berjalan atas Canopy Walk. Sesuku perjalanan, isteri hamba terpaksa mendukungnya dan tiga suku perjalanan, hamba yang mendukungnya. Letih mendukung anak bongsu menyebabkan hamba terlupa mengambil pelbagai gambar dari atas Canopy Walk.  Sebahagian jalan Canopy Walk ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. 


Antara gambar di salah satu check-point di Canopy Walk

Ini check-point terakhir


Canopy Walk dari bawah


Trek sebegini dari Taman Negara, jadi anda tak perlu risau sangat kalau hujan, takut sesat dan sebagainya. Ikut saja trek ini dan panduan sepanjang jalan

Nampak tak Canopy Walk atas pokok tu?

Waktu datang penat panjat, bila balik relaks sikit

Nampak Canopy Walk?


Perasan tak check-point di salah satu pokok tu???





Bilik air disediakan


Dalam perjalanan balik ke Taman Negara



Alhamdulillah, kami sampai semula di hotel jam 11 pagi, sempat berehat, mandi-manda sebelum check-out.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan