Rabu, 22 Mei 2013

Hotel, Resort, Chalet, Motel dan Hostel di Kampung Kuala Tahan, Taman Negara Pahang D.M.


Assalamu'alaikum,

Ini posting terakhir hamba tentang Teman Negara Pahang D.M. Semasa hamba mencari hotel, chalet yang sesuai di internet, agak sukar juga kerana tidak semua mempunyai laman sesawang. Akhirnya hamba terpaksa menggunakan Agoda Hotel untuk mencari hotel/chalet yang sesuai. Kami menginap 2 hari 2 malam di Woodland Resort, Kuala Tahan.  Ini merupakan sebuah resort milik Melayu/Islam.  Semoga kerajaan negeri Pahang 'menjaga' Kuala Tahan. Kalau dah masuk 'orang luar' yang hanya tahu untung, rosaklah Taman Negara, khazanah alam ini.

Woodland Resort



Kaunter pendaftaran di Woodland Resort


Rainforest Resort tidak jauh dari Woodland Resort


Woodland Resort dari Rainforest Resort

Ahah, no telefon ada di situ...

Maklumat Rainforest Resort di laman sesawang

Ini kawasan parkir berbayar, berpagar dan berjaga



Untuk pelancong yang memerlukan keselesaan

Teresek View agak murah dan tidak jauh dari Sungai Tembeling


Hostel untuk pelancong Backpackers

Rumah yang diubahsuai untuk dijadikan penginapan pelancong



Teresek View  - anda boleh masuk berapa yang muat




Asrama dan bilik juga disediakan. Kalau nak berkhemah, tapaknya ada


Liana Hostel - Hamba pernah bermalam semalam dengan keluarga pada tahun 2004 sebelum berkhemah di Taman Negara


Kalau pelancong bujang atau backpackers, banyak kemudahan yang bersesuaian

Hamba ambil gambar maklumat sahaja, nak tahu lanjut, telefon sendiri

Agoh Chalet dekat dengan sungai, mudah nak menyeberang ke Taman Negara

Ini gambar terakhir sebelum hamba sekeluarga bertolak balik ke Bandar Baru Bangi...

2 ulasan:

  1. Terima kasih.. Info yg sangat berguna untuk sesiapa yg nak cari tempat penginapan di Taman Negara

    BalasPadam
  2. Boleh bagi sy senarai harga asrama,bilik & campsite di DAKILI...TQ

    BalasPadam