Rabu, 22 Mei 2013

Kampung Kuala Tahan, Taman Negara Pahang D.M.


Assalamu'alaikum,

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, hamba cari juga masa untuk selitkan kisah hamba sekeluarga ke Taman Negara Pahang. Pada 9-11 Februari 2013 (Sabtu-Isnin) yang lalu, hamba sekeluarga ke Taman Negara Pahang.  Kami sampai agak lambat sebab Lebuhraya Karak 'jem teruk', semua orang nak balik kampung.  Akhirnya malam baru sampai ke Kampung Kuala Tahan di Taman Negara. Selepas check-in di hotel, kami keluar malam untuk lihat sekitaran. Ini merupakan gambar sekitar Kampung Kuala Tahan, bertentangan dengan Taman Negara. Banyak perubahan di Kuala Tahan berbanding kali terakhir hamba sampai, tahun 2004 dahulu.

Pusat Pelancongan di Kampung Kuala Tahan terletak bertentangan dengan Taman Negara

Di seberang sungai adalah Taman Negara Pahang

Kawasan ini waktu malam agak cerah dan boleh bersantai

Pengunjung perlu mendapatkan permit untuk masuk ke Taman Negara...Kalau nak pancing juga kena ada permit 

10 Februari 2013 - Inilah Sungai Tembeling yang membahagikan Taman Negara dan bukan Taman Negara

Terdapat klinik kesihatan di Kuala Tahan

Hujung jalan adalah jalan mati iaitu perhentian terakhir sebelum memasuki Taman Negara melalui jalan darat

Sedikit info tentang Taman Negara

Ada bilik air/tandas di sini (bertentangan  Pejabat Perhilitan) 

Ada kedai menjual pelbagai baju, pakaian dan cenderamata

Harga? kena buat perbandingan sebelum membeli. Anda boleh tawar-menawar dengan penjual

Kenderaan boleh turun sampai ke gigi sungai, bersebelahan dengan Restoran Terapung

Kalau anda nak bermalam di dalam kawasan Taman Negara, ada parkir berbayar yang berpagar dan dikawal, tidak jauh dari Kampung Kuala Tahan, jalan kaki dalam 5-10 minit.

Juga ada Masjid Kampung Kuala Tahan di sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan