Selasa, 18 Jun 2013

Masjid A'ishah, Pulau Langkawi

Assalamu'alaikum,

Selepas menghabiskan urusan di Masjid Kuah, hamba ke Masjid A'ishah. Masjid ini terletak di Jalan Padang Matsirat, tidak jauh dari Kuah. Kalau anda dari Kuah menuju ke Pantai Cenang dll, anda akan ternampak masjid ini di sebelah kanan. Kira-kiranya selepas keluar dari Pekan Kuah, anda perlu perhati sebelah kanan untuk sampai ke masjid ini.  Hamba tidak mendapat maklumat di internet mengapa dinamakan Masjid A'ishah, adakah sempena nama bekas Raja Permaisuri Agong atau mengapa? Tiada jawapan. Kena tanya Jawatankuasa Kariah masjid ini kalau hendak tahu. 



Ruang solat wanita di belakang


Kemudahan bilik air

Kawasan perkuburan di sebelah masjid

Kemudahan van mayat





Tiada ulasan:

Catat Ulasan